(Malaysia Gazette) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu yang menghadiri perhimpunan bekas kumpulan pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) mengakui penglibatan keluarga beliau seperti datuk dan abangnya dalam PKM sebelum ini. Bagaimanapun, kepimpinan tertinggi DAP khuatir dengan kehadiran beliau dan tidak mahu sesiapa salah tafsir tentang kehadirannya pada perjumpaan yang berlangsung sehari sebelum ulangtahun ke-30 Perjanjian Damai Hat Yai ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989. Portal Malaysiakini yang melaporkan tentang perhimpunan itu yang berlangsung di Kajang hari ini dengan kehadiran hampir 300 orang itu turut disertai pemimpin veteran seperti bekas Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali dan pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Michael Jeyakumar. Rata-rata yang hadir adalah mereka dalam kalangan veteran serta sudah berusia dilaporkan begitu bersemangat menghadiri perjumpaan tersebut. Ronnie ketika berucap mendedahkan beli...