Skip to main content

Posts

Showing posts with the label 1MDB

BNM Beli Tanah Bayar Hutang 1MDB?

  BNM Beli tanah Bayar Balik Hutang 1MDB? PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyangkal Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang mengesyaki pembelian tanah oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dari kerajaan pada 2017 di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah untuk mendapat dana bagi pembiayaan Pelan Rasionalisasi 1MDB. Beliau berkata, kerajaan tidak perlu menjual tanah pada harga lebih mahal pada BNM sekiranya kerajaan BN dahulu memerlukan dana untuk menyelamatkan 1MDB.  Katanya, ini berikutan BNM adalah milik kerajaan, maka kerajaan hanya perlu meminta BNM membayar dividen tahunan lebih tinggi kepada kerajaan. “Sebagai contoh dividen dibayar BNM pada tahun 2017 adalah RM2.5 bilion berbanding dividen tahun 2019 sebanyak RM4 bilion dan RM3.5 bilion bagi tahun 2020. “Atau kita boleh jual aset Khazanah Nasional seperti aset melebihi RM30 bilion dijual kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). “Atau ambil dari ...

Mahkamah diberitahu usaha sama 1MDB-PSI hasil hubungan baik Najib-raja Saudi

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu usaha sama antara PetroSaudi International (PSI) dan 1MDB terjalin kerana hubungan baik Najib Razak dan bekas raja Saudi, Raja Abdullah. Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata demikian semasa disoal peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah pada hari ke-35 perbicaraan. Respon Shahrol itu ketika peguam menyoalnya, yang selalu mengulangi tentang usaha sama kerajaan dengan kerajaan antara Malaysia dan Arab Saudi. Saksi itu berkata kedua-dua pihak berusaha keras untuk menjayakan urusan perniagaan itu. Shafee: Anda tidak tertanya apakah jenis urusan kerajaan dengan kerajaan ini apabila rakan usaha sama anda itu tidak mahu tunjuk akaun kepada anda? Shahrol: Asas kerjasama ini bersifat peribadi – antara Najib dan Raja Abdullah. Itulah yang saya diberitahu dan ada gambar ditunjukkan kepada saya. Saya tiada sebab untuk meragui yang ia bukan hubungan kerajaan dengan kerajaan. Mengenai perkara lain, sa...

Tak puas hati kes Riza Aziz? Shafee buat perbandingan kes Guan Eng – Shafee

Muhammad Shafee Abdullah, peguam bela utama untuk kes 1MDB, hari ini mempersoalkan kritikan yang dilemparkan terhadap perjanjian penyelesaian yang menyaksikan Riza Shahriz Abdul Aziz diberi pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) berhubung dakwaan pengubahan wang haram. Bercakap kepada wartawan di Kuala Lumpur, Shafee membandingkan respons terhadap kes mahkamah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang dibebaskan oleh Peguam Negara Tommy Thomas atas tuduhan rasuah yang berkaitan dengan pembelian sebuah banglo yang didakwa di bawah nilai pasaran. “Respons saya sangat mudah. Semua yang dikatakan di tangannya (Riza), aset, wang dan apa sahaja, dikembalikan. Dia mengatakan ‘saya tidak bersalah, saya mengembalikannya kerana saya menginginkan hidup saya kembali’. “Kerana jika kamu ingat, dia (Riza) mendapatkannya melalui pinjaman, dan dia memperoleh keuntungan, dan sekarang dia mengembalikannya. “Tetapi anda bandingkan dengan Lim Guan Eng, dia mendapat keuntungan dari pembelian harta itu...
SPRM digesa siasat semula salahguna kuasa Tommy Thomas bayar RM2 Juta kepada Firma Tommy dan kroni Bulan ogos 2018 kecoh salahguna kuasa Peguam Negara lantik Sitpah Peguam firma Tommy Thomas bagi kes Equamimity. Mei 2019 kos guaman dibayar ialah RM2 juta kepada Sitpah dan kroni Tommy. Mohon SPRM buka semula Sehari dua ini nampaknya PH dan bekas Peguam Negara Tommy Thomas menyerang kerajaan PN dan juga SPRM. Ini berikutan Anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Riza Shahriz Abdul Aziz dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen atas tuduhan pengubahan wang haram (AMLA). Riza tidak didakwa pecah amanah atau salahguna kuasa atau rompak seperti juga Jakel Trading, Naza, Institut Terjemahan & Buku Malaysia atau Bustari Yusuf yang memulangkan semula dana. Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mewakili pendakwaan, memberitahu mahkamah bahawa sejak tertuduh didakwa, Riza sudah beberapa kali mengemukakan permohonan representasi dan akhirnya dilul...

Sudah tiba masa ambil tindakan mahkamah terhadap Tun M

Peguam, Tan Sri Muhammad Shafie Abdullah diperiksa suhu badan sewaktu hadir pada perbicaraan anak guamnya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melibatkan kes 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 19 MEI 2020. KUALA LUMPUR – Ketua pasukan pembelaan perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata sudah tiba masanya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad. Ini berikutan tindakan pihak pendakwaan yang akan memfailkan prosiding menghina terhadap bekas Pedana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung sebuah artikel di agensi berita antarabangsa, Reuters baru-baru ini. Reuters melaporkan Najib sebagai berkata, perbicaraan 1MDB dikaitkan dengan penyelewengan RM2.3 bilion yang membabitkan dirinya sedang berjalan secara tidak adil. Justeru Timbalan Ketua Pendakwaan, Datuk Seri Gopal Sri Ram memaklumkan pihaknya akan memfailkan prosiding menghina mahkamah kerana...

1MDB: Pemulangan DANA, niat Jahat PH didedahkan

Pendakwaraya puji DS Najib Apapun DS Najib tak tahu Propaganda PH tuduh DS Najib tak tahu jawab atau apa pun tak tahu dalam mahkamah? Kini, pendakwa raya kata DS Najib telah menjawab dengan jujur dan sebaik-baiknya sepanjang 11 hari beliau disoal dalam mahkamah. DS Najib pilih untuk membela diri menerusi keterangan bersumpah dan disoal dalam pemeriksaan semula.oleh pendakwa raya dalam mahkamah. Berani kerana benar. Tak sama dengan bakal PM5/6/7/8/9 yang memilih untuk memberi kenyataan tidak bersumpah dan enggan untuk disoal dalam pemeriksaan semula.oleh pendakwa raya.  ********* PASUKAN PENDAKWARAYA PUJI DSN! Wartawan telah bertanya kepada Ketua Pendakwaraya lantikan Tommy Thomas, si Sithambaram tentang apa pengalamannya menyoal balas DSN di mahkamah. Sithambaram kata, walaupun DSN adalah mantan PM, sungguhpun beliau dihormati, namun DSN tidak diberi keringanan oleh pasukan pendakwaan ketika sesi soal balas ketika DSN menjadi saksi. Seterusnya Sithambaram mengatakan baha...