Pihak PH tanpa jemu terus kongsi pelbagai hantaran bagi memberi persepsi bersalah ke atas DS Najib dalam kes Pengubahan Deraf Audit 1MDB. Dengan bantuan portal berita pro PH seperti Malaysiakini, tajuk berita mereka amat sensasi sekali: Salwani - Wanita yang menyelamatkan laporan audit asal 1MDB Malah Malaysiakini menokok tambah kehebatan Salwani seolah-olah Pegawai Jabatan Audit Negara Nor Salwani Muhammad dengan mengatakan beliau menjadi perhatian ramai dan mendapat pujian di media sosial susulan tindakannya menyimpan salinan asal laporan audit 1MDB yang diarah dimusnahkan. Ia merupakan satu laporan yang jelas berat sebelah kerana laporan tersebut tidak menyatakan dengan terperinci apa yang berlaku di mahkamah. Malaysiakini hanya melaporkan tentang rakaman rahsia yang dinyatakan oleh Salwani dibuat secara sembunyi-sembunyi. Apa yang berlaku selepas kenyataan terseb ut dibuat tidak pula dilaporkan oleh pihak media. Ia satu pelaporan yang sangat terpili...