Skip to main content

Audit 1MDB: Salwani Musuh kebenaran


Pihak PH tanpa jemu terus kongsi pelbagai hantaran bagi memberi persepsi bersalah ke atas DS Najib dalam kes Pengubahan Deraf Audit 1MDB. Dengan bantuan portal berita pro PH seperti Malaysiakini, tajuk berita mereka amat sensasi sekali:

Salwani - Wanita yang menyelamatkan laporan audit asal 1MDB


Malah Malaysiakini menokok tambah kehebatan Salwani seolah-olah Pegawai Jabatan Audit Negara Nor Salwani Muhammad dengan mengatakan beliau menjadi perhatian ramai dan mendapat pujian di media sosial susulan tindakannya menyimpan salinan asal laporan audit 1MDB yang diarah dimusnahkan. 

Ia merupakan satu laporan yang jelas berat sebelah kerana laporan tersebut tidak menyatakan dengan terperinci apa yang berlaku di mahkamah.  Malaysiakini hanya melaporkan tentang rakaman rahsia yang dinyatakan oleh Salwani dibuat secara sembunyi-sembunyi. Apa yang berlaku selepas kenyataan tersebut dibuat tidak pula dilaporkan oleh pihak media. Ia satu pelaporan yang sangat terpilih dan bertujuan untuk menanam persepsi bersalah kepada OKT iaitu DS Najib Razak. 

Selain daripada itu, media juga tidak menerbitkan fakta yang betul di mana apa yang diubah ialah deraf audit 1MDB dan bukan laporan audit 1MDB yang sudahpun diaudit.  

Tugas membuat gambaran dan menanam persepsi bersalah ke atas Dato Seri Najib diteruskan pula oleh Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad. Si lembut ini juga tidak mahu ketinggalan menambah rencah pembohongan dengan menyampaikan penghargaan kepada Salwani, Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan Salwani sebagai wirawati dan mencadangkan agar dia diangkat sebagi Tokoh Maal Hijrah. Jauh sangat dia melompat dan mengajak masyarakat percaya bulat-bulat apa yang dikatakan oleh Salwani masih belum lagi dibuktikan sebagai satu kenyataan yang ada asas kukuh memandangkan ia masih belum dicabar dengan soalan balas daripada peguam bela DS Najib iaitu Tan Sri Shafiee Abdullah.

Kita boleh bayangkan bahasa badan Nik Nazmi Nik Ahmad ini bila berkata,"Saya syor Puan Nor Salwani Muhammad, Jabatan Audit Negara dinobat Tokoh Maal Hijrah.
"Ini contoh wirawati Islam dan Melayu yang amanah, telus dan berani serta Islamik. Bukan kebencian cetek yang digambarkan orang yang mendabik dada pertahan agama, bangsa dan tanah air.
Si lembut ini juga turut mengaitkan saranannya tersebut kerana Salwani berani berkata benar walaupun berada di depan pemerintah yang zalim. 
Di sinilah kita nampak kebangangan melampau si lembik ini. Pertama kerana pemerintah hari ini ialah PH dan bukan BN. Salwani bercakap di depan penguasa sekarang dan bukan di depan penguasa BN. Pendakwaan ke atas DS Najib sekarang ialah oleh kerajaan PH yang jelas sekali mempunyai kepentingan dan berpotensi mengamalkan kezaliman. Apakah si lembik ini yang bercakap macam si sotong ini terlupa yang kerajaan hari ini ialah kerajaan PH. Betullah dia ni kepala bana punya baruah DAP PH.
Dan kita lihat sendiri siapa yang mengangkat Salwani ini sebagai wirawati. Semuanya adalah samada ahli parlimen PH ataupun Pegawai Khas Perdana Menteri. Tidak ada yang datangnya daripada kalangan rakyat yang neutral atau tidak berkepentingan.

[Baca sumber di sini kalau mahulah]
Apapun catatan DS Najib menjawab segala persepsi ini dan boleh menjadi senjata makan tuan kepada PH:  
Oleh kerana kes audit 1MDB dalam perbicaraan, saya tidak boleh menjawab secara terperinci. Kena tunggu pemeriksaan semula saksi oleh peguam saya. Bagaimanapun, saya boleh menunjukkan apa yang telah didedahkan dalam mahkamah untuk menjawab beberapa propaganda menipu kerajaan PH.


1. Rakaman audio yang dibuat secara sulit.

Suara saya tidak ada dalam rakaman itu. Saya tidak hadir dalam mesyurarat tersebut.
Ianya rakaman pegawai-pegawai yang berbincang.

2. 53 dari 60 naskah salinan draf laporan telah dimusnahkan.
Media melaporkan ini adalah draf laporan. Yang saya dituduh ialah mengubah laporan audit akhir.
1MDB audit tampering trial: Najib and six others received draft of final audit reports, 53 other copies destroyed

3. Nama Jho Low dikeluarkan dari laporan audit tahun 2016 untuk menyembunyikan kelibatan dia dalam satu mesyuarat khas 1MDB pada 26 Sept 2009.
Bagaimanapun perkara ini telah diberitahu kepada parlimen pada tahun 2015 dan juga dibincang dalam siasatan PAC.

4. "Ketika perdana menteri (yang juga menteri kewangan) mengadap Yang di-Pertuan Agong pada 27 Mei 2009, perdana menteri setuju untuk menangguhkan terbitan bon agar ia diteliti jawatankuasa penyeliaan khas."
Bagaimanapun bon tersebut sudahpun diterbitkan pada 18 Mei 2009.

Cuba perhatikan perbezaan tarikh-tarikh di atas.Tiada dakwaan dalam kes ini bahawa angka-angka dalam laporan audit itu sudah dipalsukan atau terdapat pemalsuan angka-angka. Turut perlu diperingatkan bahawa ketua audit negara sudah beberapa kali menafikan bahawa laporan akhir audit telah diubah.

Draf memang boleh diubah. Sebab itu, namanya draf untuk dibincang. Laporan akhir bagaimanapun tak boleh diubah jika sudah disahkan oleh ketua audit negara

30 Oktober 2018: Laporan 1MDB tidak dipinda - Ambrin

Yang lain, tunggu pemeriksaan semula saksi oleh peguam saya.


Comments

Popular posts from this blog

Laporan lengkap Tragedi 13 Mei oleh MAGERAN

Laporan lengkap Tragedi 13 Mei oleh MAGERAN Portal Malaysiakini telah menerbitkan artikel mengenai peristiwa 13 Mei dari sumber, dan beberapa wawancara. Ada beberapa perkara penting yang tidak disebutkan dalam artikel tersebut, yang kami rasakan perlu dibaca oleh setiap warga. Untuk makluman pembaca, perkara penting tersebut diceritakan dengan terperinci dalam Laporan Tragedi 13 Mei yang disediakan oleh Tun Abdul Razak, Pengarah Majlis Gerakan Negara (Mageran) ketika itu. Berikut merupakan kata-kata pendahuluan oleh beliau dalam laporan tersebut: Laporan penuh ada di bahagian bawah Oleh : Tun Abdul Razak Hari 13 Mei 1969 akan tercatit di dalam sejarah kita sebagai hari tragedi nasional. Pada hari itu asas perdirian Negara kita telah menerima paluan yang sehebat-hebatnya pernah dialami dengan meletusnya rusuhan antara kaum. Mujur lah Kerajaan telah mengambil tindakan yang segera dan tegas, dibantu dengan setianya oleh pihak Tentera dan Polis, maka dapatlah pihak berkuasa mengawal k

Police Call Up Sarawak Chinese Activist Members For Not Standing For National Anthem

Police Call Up Sarawak Chinese Activist Members For Not Standing For National Anthem Sarawak for Sarawakians (S4S) official spokesman Shaow Tung Leong (The Star) – Police have called up seven members of the Sarawak for Sarawakians (S4S) activist group who did not stand up for the national anthem, as seen in a video clip which has gone viral on social media. State deputy commissioner of police DCP Datuk Dev Kumar said a police report on the incident was lodged on Monday (Sept 30). “Based on the report, we have commenced investigations under Section 8(3) of the National Anthem Act 1968,” he said. Under Section 8, anyone who knowingly shows disrespect to the national anthem in a public place can be fined up to RM100 or jailed not more than one month. S4S spokesman Shaow Tung Leong, who was among those called up by police over the incident, said their action was a “silent protest” against the Federal Government’s “unfair” treatment of Sarawak. “We did not stand up because we feel d

VK Lingam dalam video 'Perlantikan Hakim'

VK Lingam persoal kesahihan video ‘lantik hakim’ Tan Sri VK Lingam mempersoalkan kesahihan klip video yang dikemukakan sebagai bukti dalam perbicaraan Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam yang mengeluarkan namanya daripada menjalankan amalan guaman atas dakwaan salah laku. Ini disampaikan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini oleh peguamnya, R Thayalan. Kesahihan klip video itu dipersoalkan memandangkan rakaman asal tidak dikemukakan semasa perbicaraan lembaga tatatertib dan individu yang merakamkannya, bekas Ahli Parlimen PKR, Loh Gwo Burne, mengakui bahawa CD yang ditawarkan semasa perbicraaan lembaga itu bukanlah miliknya. "Pembuat CD yang dimuat turun dari laman web Malaysiakinitidak dipanggil, transkrip juga tidak dikemukakan semasa perbicaraan lembaga tatatertib. "Kami juga menghantar CD itu untuk diuji oleh pakar kami dan mereka mendapati ada fail lain pada CD itu. "Lembaga itu bergantung pada kandungan klip berkenaan dan kami mengatakan terdapat