Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Bicara SRC

DS Najib perlu membela diri atas kesemua pertuduhan kes SRC

Macam Nabeel cakap semalam, keputusan ini sudah dijangka.. Malaysia Baru memang penuh dengan kejutan seperti kes Guan Eng.  Tapi apapun… DSN diberi 3 pilihan: 1) Memberi keterangan secara bersumpah di kandang saksi dan boleh disoal balas oleh pendakwaraya. 2) Memberi keterangan dengan tidak bersumpah di kandang tertuduh dan tidak boleh disoal balas oleh pendakwaraya. 3) Berdiam diri. DSN memilih pilihan no 1 iaitu pilihan paling power dan anak jantan! Boleh sapina sesiapa saja untuk datang ke mahkamah termasuk Zeti lahanat, Guan Eng dan sebagainya. Terbuka untuk soal balas oleh pendakwaraya. DSN sendiri kata tak sabar nak bela diri dan membentangkan cerita di pihak beliau. Berani kerana benar! Bukan macam Bang Non. Bang Non dulu ambik pilihan no 2. Serupa auw auw. Takut kena bogel dengan pendakwaraya.  Apapun, DSN masih tidak bersalah sehingga disabitkan. Memang bertahun-tahun le kes ni berjalan.  Nabeel Naqie

Bicara SRC: Terjemahan kenyataan media Tan Sri Shafee Abdullah susulan keputusan kes SRC

Hari ini kita telah ada satu keputusan berkenaan sama ada pasukan pembelaan perlu membela diri. Anda semua tahu ada 7 pertuduhan. 1 pertuduhan di bawah seksyen 23 iaitu salah guna kuasa, 3 pertuduhan di bawak seksyen 409 iaitu pecah amanah dan 3 pertuduhan AMLA lagi yang menyusuli 3 kesalahan predikat dalam seksyen 409. Hakim yang bijaksana telah memerintahkan supaya DSN membela diri atas ketujuh-tujuh pertuduhan ini. Secara jujurnya, kami menjangkakan keputusan pembebasan DSN. Secara jujurnya kami menjangkakan pertuduhan digugurkan pada peringkat ini. Kerana di dalam pembelaan kami, kami telah berikan hujah dan bukti yang telah menenggelamkam hujah pendakwaan. Ia telah menenggelamkan mereka dari segi fakta dan juga dari segi perundangan. Namun perbicaraan mahkamah tidak boleh diramal. Pandangan saya dan pandangan orang lain mungkin berbeza. Dengan itu, kita telah mendengar apa yang dikatakan oleh hakim. Semestinya kita mesti memberi penghormatan terbesar kepada pandangan hakim. B...

Bicara SRC; Dakwaan dan ulasan TS Shafiee

Anda perlu ingat, terdapat beberapa perkara yang pihak pendakwaan telah katakan. Ada 2 yang agak penting. Yang pertama, mereka telah katakan bahawa DSN telah merancang untuk mengambil RM 42 juta wang SRC itu sejak mula. Bermakna sejak tahun 2011, DSN telah merancang 3 tahun sebelum kejadian untuk menerima RM 42 juta 3 tahun selepasnya. Berapakah peratuskah sebenarnya RM 42 juta ini? (berbanding 4 billion). Ia adalah kurang dari 1%. Jika anda jual sebuah rumah sekalipun, jual hartanah, jual tanah atau anda menjadi broker sebuah perjanjian komersial, anda akan mengambil pulangan minumum 3-5%. Jadi mengapa 42 juta? Ia tidak capai pun 1%. Kenapa 42 juta? Kenapa dia kata dia mahu 42 juta? Ini gagal dijawab oleh pihak pendakwaan sungguhpun kita telah bangkitkan. Dan memikirkan bahawa ia diterima 3 tahun kemudian. Siapa yang terima rasuah, 3 tahun kemudian? Tak ada orang yang akan lakukan perkara ini. Jika saya mahukan rasuah, saya mahukannya SEKARANG. Terutamanya apabila saya ada...

Pendakwaan gagal bukti kes, Najib berhak bebas, kata peguam

(FMT) KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan gagal membuktikan kes salah guna kuasa terhadap Najib Razak kerana penglibatannya dalam memberikan jaminan kerajaan kepada SRC International bagi mendapatkan pinjaman RM4 bilion dari dana pesara bukan amalan rasuah, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini. Peguam Harvinderjit Singh berkata sebahagian besar keterangan itu tidak menunjukkan sebarang hubungan antara penglibatan bekas perdana menteri dalam menyediakan jaminan dan RM42 juta yang dipindahkan ke akaun bank peribadi pada 2014 dan 2015. “Malah, keterangan itu membawa kepada kesimpulan munasabah bahawa transaksi melibatkan RM42 juta itu dilakukan tanpa pengetahuan dan penglibatan Najib,” katanya dalam penghujahan di penghujung kes pendakwaan. Harvinderjit berkata transaksi RM42 juta itu dilakukan atas perintah orang lain untuk tujuan dan manfaat sendiri. “Wang itu tidak boleh dikatakan sama seperti suapan sebagai pertimbangan untuk menggunakan jawatan Najib,” katanya. Beliau berkata ...

SRC; Defence says Najib has no case to answer

Datuk Seri Najib Razak’s lawyers today argued that the former Prime Minister should be acquitted of all charges without his defence being called in the SRC International case, as the prosecution has failed to establish a prima facie case against him. By Sharanjit Singh, Rahmat Khairulrijal October 22, 2019 KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak’s lawyers today argued that the former Prime Minister should be acquitted of all charges without his defence being called in the SRC International case, as the prosecution has failed to establish a prima facie case against him. They argued that Najib has no case to answer, as the bulk of evidence relating to his involvement in the events leading up to the government’s decision to grant Government Guarantees (GGs) for a RM4 billion loan to SRC did not establish the existence of a corrupt arrangement which Najib was party to. They said the evidence also does not establish any nexus between Najib’s participation in matters connected with...

Arab Saudi, Putera Faisal Masuk RM642 Juta Dalam Akaun Najib

(Bernama) – Seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan terdapat kemasukan dana sebanyak RM642 juta daripada Kementerian Kewangan Riyadh (Arab Saudi) dan Putera Faisal Turki ke dalam akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak. Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPj) Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM Rosli Husain, 54, berkata, dana berkenaan dimasukkan ke dalam akaun bekas perdana menteri itu yang bernombor akhir 694. Rosli berkata, demikian ketika disoal peguam Harvinderjit Singh pada hari ke-56 perbicaraan kes Najib yang menghadapi tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. Harvinderjit: Dalam siasatan kamu, adakah kamu juga menyiasat akaun di atas nama Datuk Seri Najib berakhir nombor 694? Rosli: Ya, ada Harvinderjit: Adakah kamu boleh mengesahkan dalam akaun itu ada kemasukan duit daripada Prince Faisal bin Turki? Rosli: Ada Harvinderjit: Jumlahya lebih kurang RM399 j...

Kes SRC akan 'telanjangkan' lebih ramai orang, kata Shafee

Perbicaraan Najib Razak dalam kes SRC International akan 'menelanjangkan' lebih ramai orang yang akan membuktikan bekas perdana menteri itu adalah mangsa manipulasi, kata peguam bela utamanya. "Kes ini sangat menarik, ia akan 'menelanjangkan' ramai orang. "Dan ini akan hampir menyerupai sebuah filem, kerana orang yang kamu paling curigai, saya fikir akhirnya, menjadi mangsa," kata Muhammad Shafee Abdullah. Beliau bercakap kepada pemberita ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas hari kesembilan perbicaraan petang ini. Shafee berkata demikian selepas mendakwa terdapat bukti bahawa Najib tidak mengeluarkan arahan perbankan seperti yang didakwa dan tidak menyedari mengenainya kerana 'manipulasi'. Ini termasuk e-mel yang dikatakan percubaan untuk menghalang penyata bank Najib dihantar ke pejabat dan kediamannya. "Itu muncul dalam e-mel. Kerana antara (pengurus hubungan AmBank pada masa itu) Joanna Yu dan seseorang ya...