Isu Panas Matrikulasi; Prof. Dr Ridhuan Tee minta Ramasamy DIAM atau belajar semula sejarah serta Perlembagaan Negara
Isu Panas Matrikulasi; Prof. Dr Ridhuan Tee minta Ramasamy DIAM atau belajar semula sejarah serta Perlembagaan Negara Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy dinasihatkan supaya diam jika tidak tahu, atau belajar semula sejarah serta Perlembagaan Negara, sebelum mengulas sesuatu isu membabitkan Melayu dan hak keistimewaan Bumiputera. “Perkara asal sebegini kamu tidak faham, bagaimana nak menjaga rakyat Pulau Pinang, kata pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah selepas Ramasamy mempertikai tindakan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengekalkan kuota Bumiputera untuk program matrikulasi. Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu mengingatkan mengenai sejarah dan Perlembagaan dan menyifatkan isu Bumiputera adalah perkara biasa yang sepatutnya difahami oleh bukan Melayu seperti Ramasamy. “Jika tidak faham mari saya ajarkan. Aspek kuota kaum untuk kemasukan program matrikulasi dengan ketidakadilan ke atas golongan Melayu dalam memohon pekerjaan di sekt...