Umno kemuka enam tuntutan pada Muhyiddin Umno hari ini mengemukakan enam tuntutan yang perlu diambil tindakan segera oleh kabinet Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, termasuk mengkaji semula siasatan dan pendakwaan kes penyelewengan yang dihentikan pada zaman Pakatan Harapan (PH). Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, berkata ia penting bagi memenuhi aspirasi rakyat dan memelihara kepentingan agama dan negara Selain itu, Umno juga menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat segala dakwaan salah laku dan penyelewengan Pakatan Harapan (PH) terhadap kerajaan BN serta pengurusan Tabung Haji (TH) terdahulu. "Menilai semula semua keputusan penjualan secara lambak aset-aset strategik negara dan agensi-agensi berkepentingan rakyat termasuklah TH, Khazanah Nasional, LTAT dan semua syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC). "Demi prinsip 'rule of law' yang sebenar, Umno mendesak kes-kes penye...