Skip to main content

BNM Beli Tanah Bayar Hutang 1MDB?

 BNM Beli tanah


Bayar Balik Hutang 1MDB?

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyangkal Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang mengesyaki pembelian tanah oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dari kerajaan pada 2017 di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah untuk mendapat dana bagi pembiayaan Pelan Rasionalisasi 1MDB.

Beliau berkata, kerajaan tidak perlu menjual tanah pada harga lebih mahal pada BNM sekiranya kerajaan BN dahulu memerlukan dana untuk menyelamatkan 1MDB. 

Katanya, ini berikutan BNM adalah milik kerajaan, maka kerajaan hanya perlu meminta BNM membayar dividen tahunan lebih tinggi kepada kerajaan.


“Sebagai contoh dividen dibayar BNM pada tahun 2017 adalah RM2.5 bilion berbanding dividen tahun 2019 sebanyak RM4 bilion dan RM3.5 bilion bagi tahun 2020.

“Atau kita boleh jual aset Khazanah Nasional seperti aset melebihi RM30 bilion dijual kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Atau ambil dari Petronas sebagai dividen. Kerajaan BN meninggalkan rizab tunai RM173 bilion semasa PRU-14 dan hanya ambil dividen sebanyak RM16 bilion pada tahun 2016 dan 2017 – berbanding dividen RM24 bilion (2018), RM54 bilion (2019) dan RM34 bilion (2020).

“Atau pinjam dan naikkan hutang negara seperti kenaikan hutang negara sebanyak RM300 bilion dari RM686.8 bilion pada akhir tahun 2017 bawah kerajaan BN dahulu berbanding hutang RM985.9 bilion pada hari ini.

“Jadi, buat apa kita mahu menyusahkan diri dengan mengambil dana tambahan sebanyak RM650 juta dengan menjual tanah dengan harga RM2.07 bilion berbanding nilai RM1.42 bilion yang dakwa DAP (PAC diketui DAP)?,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Semalam, media melaporkan, PAC mendakwa harga yang dibayar BNM untuk tanah seluas 55.8 ekar adalah lebih tinggi iaitu RM2.07 bilion berbanding penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) sebanyak RM1.42 bilion.

Menurut Najib, tanah seluas 55.8 ekar itu sememangnya bersebelahan dengan Muzium BNM, Sisana Kijang milik BNM, Asean School of Business yang juga milik BNM, Kompleks Beli-Belah Sogo dan Kompleks Pertama di tengah Kuala Lumpur.

“Jadi, adakah harga tanah itu benar-benar bernilai RM584 untuk satu kaki persegi (RM1.42 bilion bagi 55.8 ekar) seperti penilaian JPPH yang didakwa PAC? sedangkan harga tanah Kampung Bharu sudah melebihi RM1,000 satu kaki persegi?,” ujarnya. 

Tambah beliau, tanah lokasi strategik itu bukan dijual kepada pihak swasta kerana tanah tersebut masih milik kerajaan di bawah BNM. 

“Bukan seperti penjualan aset negara berpuluh-puluh bilion kepada pihak swasta seperti dibuat oleh kerajaan PH dahulu. 

“Pembayaran dividen Petronas melebihi RM137 bilion atau penambahan hutang negara sebanyak RM300 bilion selepas PRU14, tetapi satu sen prinsipal hutang 1MDB tidak pernah dibayar sehingga sekarang,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE 

Comments

Popular posts from this blog

Tinggalkan DAP

Tinggalkan DAP Memang tak sangka, bila dengar berita ni. Ong Kian Ming ni dah 14 tahun dalam DAP, lama sangat tu, tiba-tiba keluar mesti ada sebab berat. Dari apa yang dia cakap, isu utama dia tak puas hati keputusan parti kekal dalam kabinet. Dia rasa DAP patut keluar dulu, tekan kerajaan buat perubahan yang dijanjikan, tapi parti pilih untuk terus kekal. Bila prinsip sendiri tak sama dengan hala tuju parti, memang susah nak terus tinggal. Dia pun kata tak masuk parti lain, tak nak bertanding juga. Nampak macam bukan sebab nak lari ke tempat lain, tapi betul-betul rasa tak sehaluan dah. Bila orang yang dah lama dalam parti pun buat keputusan macam ni, mesti ada benda yang tak kena di dalam. Entah-entah ini cuma permulaan saja, belum tahu siapa lagi akan ikut jejak langkah dia selepas ni.

Pilih semula BN kalau kami gagal kata Saddiq

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup dibuang seandainya PH gagal memenuhi manifesto mereka selepas dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN,” kata Syed Saddiq ketika sesi acara 'Sinar Debat bersama Exco Pemuda UMNO'. Syed Saddiq berkongsi pentas dengan Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin dalam forum anjuran Sinar Harian diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin. Menurut Syed Saddiq, PH perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu. Ujar beliau, rakyat berkuasa untuk membawa perubahan kerana walaupun negara ditadbir oleh BN lebih 60 tahun, parti itu adalah tidak sama seperti dahulu. Menurutnya, PH juga akan membebaskan media dan mana-mana kerajaan ti...

RM314 Juta Tidak Diterima Kerajaan, Anthony Loke Patut Dipertanggungjawapkan

Isu penggantungan perkhidmatan MYEG dan Zetrix AI ini bukan sekadar pertikaian komersial biasa tetapi ia satu isu yang melibatkan amanah rakyat dan aliran dana negara. Dua platform ini  diwujudkan untuk memperkemas urusan awam dan mempercepatkan transformasi digital kerajaan justru kegagalan menyerahkan hasil berjumlah RM314 juta amatlah membimbangkan. Jumlah ini bukan kecil dan ia adalah hak rakyat yang sepatutnya digunakan untuk membiayai pelbagai keperluan pembangunan dan kebajikan masyarakat.  Apabila dua entiti ini gagal menunaikan tanggungjawab kewangan mereka rakyat mula mempersoalkan pengawasan dan mekanisme pemantauan yang ada di bawah kementerian berkenaan. Ia menimbulkan keraguan tentang sejauh mana kerajaan memastikan rakan kongsi yang dilantik mematuhi syarat perjanjian. Perkara yang lebih mendesak adalah ke mana perginya wang tersebut dan mengapa kelewatan ini dibiarkan berlaku sehingga ke tahap penggantungan perkhidmatan. Semua ini berlaku di bawah pengawasan m...