Isu penggantungan perkhidmatan MYEG dan Zetrix AI ini bukan sekadar pertikaian komersial biasa tetapi ia satu isu yang melibatkan amanah rakyat dan aliran dana negara. Dua platform ini diwujudkan untuk memperkemas urusan awam dan mempercepatkan transformasi digital kerajaan justru kegagalan menyerahkan hasil berjumlah RM314 juta amatlah membimbangkan. Jumlah ini bukan kecil dan ia adalah hak rakyat yang sepatutnya digunakan untuk membiayai pelbagai keperluan pembangunan dan kebajikan masyarakat. Apabila dua entiti ini gagal menunaikan tanggungjawab kewangan mereka rakyat mula mempersoalkan pengawasan dan mekanisme pemantauan yang ada di bawah kementerian berkenaan. Ia menimbulkan keraguan tentang sejauh mana kerajaan memastikan rakan kongsi yang dilantik mematuhi syarat perjanjian. Perkara yang lebih mendesak adalah ke mana perginya wang tersebut dan mengapa kelewatan ini dibiarkan berlaku sehingga ke tahap penggantungan perkhidmatan. Semua ini berlaku di bawah pengawasan m...