Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Muafakat Nasional

SPR pilih tarikh mengundi masa Perhimpunan Agung UMNO

‘Banyak-banyak tarikh, tarikh itu juga SPR pilih’ Setiausaha Agung Umno Annuar Musa meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tarikh pilihan raya kecil (PRK) parlimen Tanjung Piai yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini. Beliau berkata demikian setelah tempoh berkempen (2 hingga 16 November) dan tarikh hari mengundi bertembung dengan Perhimpunan Agung Umno di Kuala Lumpur dari 13 hingga 16 November. “Dalam banyak-banyak tarikh yang ada, SPR mempunyai pilihan yang banyak tetapi dengan sengaja pilih tarikh itu. “Kita anggap SPR seperti mempunyai niat yang tidak berapa baik terhadap salah satu parti yang sudah tentu akan terlibat dalam pilihan raya tersebut,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Jelasnya, persiapan bagi perhimpunan tersebut melibatkan banyak perkara dan telah dirancang setahun lebih awal. “Mereka tahu persiapan perhimpunan agung libatkan banyak perkara. Ini melibatkan pemimpin seluruh negeri yang sudah beli tiket penerbangan, hotel su...

Muafakat Nasional: Cina dapat apa?

Oleh  MOHD NASIR ABDULLAH   PADA  PRU14 dahulu, majoriti kaum Cina dengan nekad, telah mencurahkan undi mereka kepada PH, tanpa ragu. Dikatakan PH mendapat 95 peratus undi Cina. Ketika itu, dengan keyakinan tinggi, mereka mempercayai bahawa PH akan mendapat majoriti dua pertiga dengan Anwar, sebaik dibebaskan, akan segera ditabalkan menjadi PM. Melihat kepada keadaan terlemah BN, semua impian itu, seperti benar-benar akan berlaku. Maka mereka semakin giat berkempen, bagi mencapai sasaran itu. Malah majoriti di antara mereka sanggup memungkiri janji dan menikam belakang sama ada BN (baca MCA) mahupun PAS.  Namun, di sebalik keyakinan dan kerja keras, ada suatu lagi kuasa penentu kepada segala perancangan manusia yang mereka lupa, iaitu kuasa Allah. Allah tidak mengkehendaki rancangan itu terjadi. Undi Melayu yang datang kepada PH, tidak sebanyak yang diharapkan kerana DAP ada bersama PH, menjadi penyebab kepada PH hanya menang majoriti tidak sampai dua pert...

Lagu Muafakat Nasional

Lagu Muafakat Nasional menggambarkan hasrat dan aspirasi rakyat Malaysia pelbagai kaum dalam negara ini. 

Jangan terlebih biadab Kit Siang!

BANGI, 16 Muharram 1441H, Isnin  – Tidak salah untuk orang Melayu menjadi terlebih Melayu dan Islam kerana negara asal usul mereka adalah di Tanah Melayu, berbanding kamu sebagai pendatang, kata pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah. Kenyataan ‘pedas’ Ridhuan Tee itu sebagai menempelak pemimpin veteran parti tamak haloba, DAP, Lim Kit Siang yang mengingatkan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak cuba menjadi ‘lebih Melayu daripada UMNO dan lebih Islam daripada PAS’ bagi menghadapi kerjasama politik yang dimeterai Sabtu lalu oleh dua parti berkenaan. Menyifatkan kenyataan Kit Siang sangat kurang ajar, beliau berkata, tiada salah untuk orang Melayu menjadi terlebih Melayu dan Islam kerana ia sudah termaktub dalam Perlembagaan. “Kamu sahaja ultra kiasu, jangan terlebih kurang ajar. Selama UMNO mengetuai kerajaan lebih 60 tahun dan PAS mengetuai kerajaan beberapa negeri, pernahkah hak kamu dijentik dengan label terlebih UMNO Melayu dan terlebih Islam yang kamu berikan? ...