Melayu radikal sokong Uighur, Mujahid enggan komen MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof enggan memberikan sebarang komen berkaitan komik ‘Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI)’ yang menggelar orang Melayu sebagai radikal kerana menyokong perjuangan Uighur di China. Mujahid sebaliknya mahu media menumpukan laporan berita kepada Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan dan Ijtimak Penggerak Zakat Kebangsaan 2019 yang dilancarkan beliau semalam. Walaupun wartawan memberi jaminan bahawa laporan berkaitan zakat akan tetap dilaporkan, beliau tetap enggan mengulas isu komik kontroversi yang dikaitkan dengan DAP itu. “Kalau saya jawab, nanti wartawan tulis berita komik sahaja, laporan zakat tiada,” katanya kepada media, semalam. Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kandungan komik yang dianggap melampau kerana menganggap umat Islam menyokong bangsa Uighur ditindas di China sebagai radikal. Sabtu lalu Ketua Armada BERSATU, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman be...