FMT: Presiden Amanah, Mohamad Sabu yakin surat berbahasa Arab kepada gerakan Islam bagi menjelaskan keadaan politik semasa di Malaysia yang tersebar di media sosial baru-baru ini bukan penulisan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. “Ini kerana beliau adalah seorang ulama yang telah membimbing saya ketika dalam PAS sebelum ini. “Walaupun pada 2015 kami mengambil langkah politik berbeza dengan keluar PAS dan menubuhkan Amanah, tetapi penghormatan terhadap beliau tidak pernah hilang sebagai seorang ulama yang dijelmakan di dalam PAS sejak sekian lama,” tulisnya dalam catatan di Facebook hari ini. Dalam surat bertarikh 22 Mac lalu kepada pemimpin Arab itu, Hadi didakwa menceritakan bagaimana kerajaan Perikatan Nasional terbentuk dan kenapa PAS menyokong serta menyertai kerajaan baru. Pada 2 April lalu, Putrajaya mengumumkan pelantikan Hadi sebagai duta khas perdana menteri ke Timur Tengah yang bertaraf menteri. Pejabat Perdana Menteri dilaporkan berkata, pelantikan itu dipersetujui Perd...