Sutan Puasa merupakan orang yang layak dianggap sebagai pembuka Kuala Lumpur, dan bukannya Yap Ah Loy mahu pun Raja Abdullah, demikian menurut pakar sejarah, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim. “Ramai yang tidak mengetahui tentang peranan Sutan Puasa dalam membuka Kuala Lumpur kerana tidak banyak cerita mengenai beliau diketahui umum. “Dahulu orang Melayu tidak suka menyimpan rekod dan ia juga antara faktor menyebabkan pedagang dari Sumatera, Indonesia itu kedengaran asing dalam sejarah Kuala Lumpur,” katanya, memetik laporan Berita Harian. Menurut Jurnal Seni Bina Asia Tenggara 2013 oleh Universiti Kebangsaan Singapura yang disiarkan oleh laman academia.edu, Sutan Puasa atau Sutan Naposo berasal dari Mandailing di Sumatera dan menganut agama Islam. Mengikut catatan Mandailing pula, di akhir hayat Sutan Puasa telah menetap di Kampung Rawa (Jalan Melayu sekarang) sebelum berpindah ke sebuah perkampungan Mandailing di Jalan Chow Kit. Sutan Puasa yang terkenal sebagai ped...