diwujudkan untuk memperkemas urusan awam dan mempercepatkan transformasi digital kerajaan justru kegagalan menyerahkan hasil berjumlah RM314 juta amatlah membimbangkan. Jumlah ini bukan kecil dan ia adalah hak rakyat yang sepatutnya digunakan untuk membiayai pelbagai keperluan pembangunan dan kebajikan masyarakat.
Apabila dua entiti ini gagal menunaikan tanggungjawab kewangan mereka rakyat mula mempersoalkan pengawasan dan mekanisme pemantauan yang ada di bawah kementerian berkenaan. Ia menimbulkan keraguan tentang sejauh mana kerajaan memastikan rakan kongsi yang dilantik mematuhi syarat perjanjian. Perkara yang lebih mendesak adalah ke mana perginya wang tersebut dan mengapa kelewatan ini dibiarkan berlaku sehingga ke tahap penggantungan perkhidmatan. Semua ini berlaku di bawah pengawasan menteri yang bertanggungjawab maka sudah tentu persoalan akauntabiliti timbul di kalangan masyarakat.
Rakyat berhak menuntut penjelasan yang telus dan lengkap daripada pihak kementerian. Menteri yang memegang jawatan ini mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya kerana kelemahan dalam pengurusan dan pemantauan adalah tanggungjawab pucuk pimpinan. Tanpa kebertanggungjawaban yang nyata rakyat akan hilang keyakinan terhadap keupayaan kerajaan melaksanakan tadbir urus yang baik. Isu ini juga memberi pengajaran penting bahawa sebarang kerjasama awam dan swasta mesti disertai dengan kawalan yang ketat supaya kepentingan negara sentiasa terpelihara dan hasil yang menjadi hak rakyat tidak hilang begitu sahaja.

Comments
Post a Comment