Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Parti dan Pergerakan politik

Lupakan Cerita 100 hari kata Rafidah Aziz

Rafidah Aziz KUALA LUMPUR 24 Ogos - 100 hari bukan ukuran bagi rakyat menilai ‘keberkesanan’ pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan walaupun masih banyak janji dalam manifesto kerajaan itu belum tertunai. Pandangan itu dilontarkan oleh bekas veteran UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz sebagai berkata, rakyat perlu berfikiran lebih realistik bahawa tidak semua janji yang diberikan dapat dilaksanakan dalam jangka masa pendek kerana pelbagai aspek harus dinilai semula. Katanya, tempoh tersebut sebaliknya sebagai satu komitmen kerajaan Pakatan Harapan melakukan apa yang boleh ditunaikan dalam masa tersebut dan indikasi bahawa parti itu tidak membuta-tuli untuk menjadi kerajaan. “Kita undi kerajaan untuk 100 hari? Tidak, tetapi untuk lima tahun, maka pegang pada situ. Dalam manifesto yang diberikan, ada yang sudah dilaksanakan pun. “Jika ada yang tidak dilaksanakan, itu adalah kerana keadaan memerlukan pelbagai siasatan, tidak boleh dibuat dalam tempoh 100 hari. Kalau nak buat ‘cinca...