Abdul Hamid Mohamad Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad mengkritik Tommy Thomas berhubung pelbagai tindakannya selama tiga bulan menjawat jawatan Peguam Negara. Kritikan itu antara lain menyentuh keputusan Thomas dalam beberapa kes berprofil tinggi termasuk tuduhan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan 1MDB. Dalam kes 1MDB itu, Thomas yang pada mulanya menjadi ketua pendakwaan menarik diri dan melantik bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Sulaiman Abdullah untuk menggantikan tempatnya. Alasan diberikan Thomas adalah tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kes itu ekoran tanggungjawabnya sebagai peguam negara. "Ini mata pertama oleh Thomas. Tidak pernah dalam sejarah perundangan di Malaysia ada peguam negara mengakui dia tidak dapat berdepan dengan beban tugas sehingga perlu melantik peguam persendirian untuk melakukan pendakwaan. "Atau, apakah dia takut kerana tiada pengalaman dalam pendakwaan? Kes i...