Skip to main content

Prestasi Thomas dikritik bekas Ketua Hakim Negara

Abdul Hamid Mohamad
Abdul Hamid Mohamad
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad mengkritik Tommy Thomas berhubung pelbagai tindakannya selama tiga bulan menjawat jawatan Peguam Negara.

Kritikan itu antara lain menyentuh keputusan Thomas dalam beberapa kes berprofil tinggi termasuk tuduhan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan 1MDB.

Dalam kes 1MDB itu, Thomas yang pada mulanya menjadi ketua pendakwaan menarik diri dan melantik bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Sulaiman Abdullah untuk menggantikan tempatnya.

Alasan diberikan Thomas adalah tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kes itu ekoran tanggungjawabnya sebagai peguam negara.

"Ini mata pertama oleh Thomas. Tidak pernah dalam sejarah perundangan di Malaysia ada peguam negara mengakui dia tidak dapat berdepan dengan beban tugas sehingga perlu melantik peguam persendirian untuk melakukan pendakwaan.

"Atau, apakah dia takut kerana tiada pengalaman dalam pendakwaan? Kes ini tentunya bukan untuk sesiapa yang baru mahu belajar tentang pendakwaan," katanya dalam satu artikel di blognya hari ini.

Abdul Hamid berkata, apa yang dilakukan Thomas itu membuktikan bahawa beliau sebagai seorang peguam persendirian yang ternama tetapi tiada pengalaman dalam mengendalikan pendakwaan atau kertas siasatan.

Sebab itu kata Abdul Hamid, Peguam Negara seharusnya dilantik dalam kalangan perkhidmatan undang-undang dan kehakiman.

"Apa-apa pun dia terlepas peluang untuk membuktikan dirinya sebagai pendakwa yang bagus dalam satu kes paling kontroversi dan penting dalam sejarah perundangan Malaysia yang akan dikenang untuk satu tempoh panjang.

"Semoga dia tidak akan dikenang sebagai peguam negara yang takut sehingga mengelak daripada mendakwa bekas perdana menteri," katanya.

Abdul Hamid juga mengkritik keputusan Thomas melantik bekas Hakim Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya bagi menyediakan kertas pendakwaan ke atas kes-kes berkaitan 1MDB.

Selain kes 1MDB, Abdul Hamid turut menyentuh kes kapal persiar mewah Equanimity; kes kerajaan Sarawak dengan Petronas; pembatalan dakwaan terhadap ahli Parlimen dan penyokong PH serta kes pengguguran pendakwaan rasuah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang membeli sebuah rumah banglo di bawah harga pasaran semasa.

Setakat ini katanya, Thomas lebih dikenali dengan apa yang tidak dilakukannya, bukan apa yang telah dia lakukan," katanya, sambil menambah Thomas berjaya memujuk tiga anggota Majlis Peguam untuk bekerja dengannya tanpa bayaran.

"Kita hanya boleh berterima kasih kepada peguam-peguam ini atas pengorbanan mereka. Apakah mereka akan melakukan perkara sama jika yang tertuduh adalah menteri kerajaan PH?" soalnya.

Comments

Popular posts from this blog

Tinggalkan DAP

Tinggalkan DAP Memang tak sangka, bila dengar berita ni. Ong Kian Ming ni dah 14 tahun dalam DAP, lama sangat tu, tiba-tiba keluar mesti ada sebab berat. Dari apa yang dia cakap, isu utama dia tak puas hati keputusan parti kekal dalam kabinet. Dia rasa DAP patut keluar dulu, tekan kerajaan buat perubahan yang dijanjikan, tapi parti pilih untuk terus kekal. Bila prinsip sendiri tak sama dengan hala tuju parti, memang susah nak terus tinggal. Dia pun kata tak masuk parti lain, tak nak bertanding juga. Nampak macam bukan sebab nak lari ke tempat lain, tapi betul-betul rasa tak sehaluan dah. Bila orang yang dah lama dalam parti pun buat keputusan macam ni, mesti ada benda yang tak kena di dalam. Entah-entah ini cuma permulaan saja, belum tahu siapa lagi akan ikut jejak langkah dia selepas ni.

Pilih semula BN kalau kami gagal kata Saddiq

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup dibuang seandainya PH gagal memenuhi manifesto mereka selepas dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN,” kata Syed Saddiq ketika sesi acara 'Sinar Debat bersama Exco Pemuda UMNO'. Syed Saddiq berkongsi pentas dengan Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin dalam forum anjuran Sinar Harian diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin. Menurut Syed Saddiq, PH perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu. Ujar beliau, rakyat berkuasa untuk membawa perubahan kerana walaupun negara ditadbir oleh BN lebih 60 tahun, parti itu adalah tidak sama seperti dahulu. Menurutnya, PH juga akan membebaskan media dan mana-mana kerajaan ti...

RM314 Juta Tidak Diterima Kerajaan, Anthony Loke Patut Dipertanggungjawapkan

Isu penggantungan perkhidmatan MYEG dan Zetrix AI ini bukan sekadar pertikaian komersial biasa tetapi ia satu isu yang melibatkan amanah rakyat dan aliran dana negara. Dua platform ini  diwujudkan untuk memperkemas urusan awam dan mempercepatkan transformasi digital kerajaan justru kegagalan menyerahkan hasil berjumlah RM314 juta amatlah membimbangkan. Jumlah ini bukan kecil dan ia adalah hak rakyat yang sepatutnya digunakan untuk membiayai pelbagai keperluan pembangunan dan kebajikan masyarakat.  Apabila dua entiti ini gagal menunaikan tanggungjawab kewangan mereka rakyat mula mempersoalkan pengawasan dan mekanisme pemantauan yang ada di bawah kementerian berkenaan. Ia menimbulkan keraguan tentang sejauh mana kerajaan memastikan rakan kongsi yang dilantik mematuhi syarat perjanjian. Perkara yang lebih mendesak adalah ke mana perginya wang tersebut dan mengapa kelewatan ini dibiarkan berlaku sehingga ke tahap penggantungan perkhidmatan. Semua ini berlaku di bawah pengawasan m...