BANGI, 20 Safar 1441H, Sabtu – Fitnah dilemparkan Exco Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Perak, Asmuni Awi yang mengaitkan kempen Beli Produk Muslim (BMF) sebagai suatu kempen politik, adalah tindakan keji serta terkutuk. Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Haji Aminuddin Yahaya berkata, kenyataan Asmuni bahawa Islam hanya mengajar kita mengutamakan produk halal dan bukannya produk muslim jelas menunjukkan kecetekan dan ketidakjujuran Exco itu dalam berbicara mengenai Islam. Beliau menegaskan, BMF adalah gerakan rakyat daripada pelbagai latar belakang untuk mengutamakan produk muslim tanpa mengira parti, dengan syarat beragama Islam supaya ekonomi muslim diperkukuhkan. “Islam mengajar kita supaya saling bantu-membantu sesama muslim terutamanya dalam membina kekuatan ekonomi umat, apatah lagi umat Islam kini sedang jauh kebelakang dan lemah ekonominya. “Kita semua sedar peniaga-peniaga muslim selama ini terpinggir di mana orang Melayu (yan...