VK Lingam persoal kesahihan video ‘lantik hakim’ Tan Sri VK Lingam mempersoalkan kesahihan klip video yang dikemukakan sebagai bukti dalam perbicaraan Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam yang mengeluarkan namanya daripada menjalankan amalan guaman atas dakwaan salah laku. Ini disampaikan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini oleh peguamnya, R Thayalan. Kesahihan klip video itu dipersoalkan memandangkan rakaman asal tidak dikemukakan semasa perbicaraan lembaga tatatertib dan individu yang merakamkannya, bekas Ahli Parlimen PKR, Loh Gwo Burne, mengakui bahawa CD yang ditawarkan semasa perbicraaan lembaga itu bukanlah miliknya. "Pembuat CD yang dimuat turun dari laman web Malaysiakinitidak dipanggil, transkrip juga tidak dikemukakan semasa perbicaraan lembaga tatatertib. "Kami juga menghantar CD itu untuk diuji oleh pakar kami dan mereka mendapati ada fail lain pada CD itu. "Lembaga itu bergantung pada kandungan klip berkenaan dan kami mengatakan terdapat ...