Kos PAN BORNEO Sarawak masa BN cuma RM16.48 billion diturunkan ke RM15.13 billion Masa PH Kos Pan Borneo Sarawak tiba-tiba jadi RM21.857 billion dan atas kebijaksanaan menteri kewayangan berjaya diturunkan ke RM18.8 billion. Dengan bangganya dan kompidon yang amat tinggi Lim Guan Eng kata berjaya jimatkan kos sebanyak RM3,1 billion iaitu RM21.857 billion tolak RM18.8 billion maka jimatlah konnonya sebanyak RM3.1 billion? Kat mana yang jimatnya? Masa BN kos cuma RM15.13 billion. dengan kos sebanyak RM18.8 billion yang Lim Guan Eng umumkan tersebut, bermakna telah berlaku peningkatan kos sebanyak RM3.6 billion. Bukan jimat RM3.1 billion. Baca apa yang DS Najib tulis di bawah: ********* Kos pembinaan Pan Borneo Sarawak masa BN diunjurkan pada RM16.48 bilion sahaja. Malah, pelaksana projek yakin mereka mampu mencapai penjimatan kos hampir RM2 bilion. Ini disebabkan ada perubahan kawalan pengurusan serta penghasilan reka bentuk yang cekap masa, ketika pelaksanaan projek. M...