Apa bila kerajaan PH tersembam dog, jatuh tergolek macam nangka busuk, maka bertimbulanlah segala ayat dan kenyataan pemimpin-pemimpin PH bahawa tindakan menjatuhkan kerajaan PH sebagai haram, tidak Islamik, mengkhianati mandat rakyat. Mereka membina naratif bahawa dalam Islam, mengajar umatnya memasuki rumah melalui pintu hadapan kerana ia menggambarkan adab yang tinggi, selain menghormati tuan punya rumah. Perubahan kerajaan baru-baru ini menyaksikan Umno-PAS dan Muhyiddin Yassin bukan hanya memasuki 'rumah rakyat' melalui pintu belakang, malah salam pun tidak diberi. Mereka memasuki rumah itu secara senyap-senyap. Tapi semua orang tahu ia bukan senyap-senyap tetapi memang dah heboh dan Mahathir sendiri yang meletak jawatan. Bila letak jawatan kabinet dan kerajaan yang wujud dengan sendirinya terbubar dan perlukan satu perlantikan Perdana Menteri seketika atau sementara. Rakyat tahu memang PM interim dilantik. Ia diperkenankan oleh DYMM Yang di Pertuan Agong. Ini ...