Skip to main content

PKR Cuba bentuk kerajaan Pintu Belakang



Apa bila kerajaan PH tersembam dog, jatuh tergolek macam nangka busuk, maka bertimbulanlah segala ayat dan kenyataan pemimpin-pemimpin PH bahawa tindakan menjatuhkan kerajaan PH sebagai haram, tidak Islamik, mengkhianati mandat rakyat. Mereka membina naratif bahawa dalam Islam, mengajar umatnya memasuki rumah melalui pintu hadapan kerana ia menggambarkan adab yang tinggi, selain menghormati tuan punya rumah.

Perubahan kerajaan baru-baru ini menyaksikan Umno-PAS dan Muhyiddin Yassin bukan hanya memasuki 'rumah rakyat' melalui pintu belakang, malah salam pun tidak diberi.

Mereka memasuki rumah itu secara senyap-senyap.

Tapi semua orang tahu ia bukan senyap-senyap tetapi memang dah heboh dan Mahathir sendiri yang meletak jawatan. Bila letak jawatan kabinet dan kerajaan yang wujud dengan sendirinya terbubar dan perlukan satu perlantikan Perdana Menteri seketika atau sementara. Rakyat tahu memang PM interim dilantik. Ia diperkenankan oleh DYMM Yang di Pertuan Agong. Ini telah dibuat di mana Mahathir dilantik menjadi PM-interim. Tujuannya ialah untuk membolehkan seorang Perdana Menteri baru dilantik dan Perdana Menteri baru ini hendaklah mereka yang pada pendapat YDP Agong mempunyai sokongan majoriti daripada kalangan ahli-ahli parlimen.

Dr Mahathir letak jawatan perdana menteri, pengerusi Bersatu



PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sudah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kira-kira pukul 1 tengah hari tadi.

Peletakan jawatan itu dipercayai ada kaitan dengan pergolakan politik yang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) sejak mesyuarat Majlis Presiden Jumaat lalu.

[Sumber]

Antara sebab utama, Mahathir meletak jawatan kerana telah hilang sokongan dari kalangan PH

'Hilang' sokongan punca saya berundur


PELETAKAN jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke tujuh Isnin minggu lalu, berlaku selepas beliau tidak lagi memperoleh sokongan daripada penyokongnya.

Dr Mahathir yang memuat naik hantarannya dalam blognya http://chedet.cc hari ini, berkata, ketika itu beliau tidak lagi mendapat sokongan majoriti, seterusnya tidak layak menjadi Perdana Menteri.

Katanya, peletakan jawatannya diterima di Istana Negara sebelum beliau diarahkan memegang jawatan Perdana Menteri sementara.


"Perdana Menteri mendakwa krisis politik bermula apabila saya, Mahathir Mohamad letak jawatan sebagai Perdana Menteri.

"Benarkah, tiba-tiba tanpa sebab saya letak jawatan? Saya yang kononnya disokong oleh parti Kerajaan dan parti lawan, termasuk Najib Tun Razak (Datuk Seri Najib Razak) dan beberapa lagi yang sedang dibicara atas tuduhan rasuah menyokong saya? Ini tidak masuk akal.

"Yang benar ialah saya letak jawatan kerana dalam pengakuan di hadapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong saya tidak dapat sokongan dari penyokong saya. Saya tidak dapat majoriti dan tidak lagi layak menjadi Perdana Menteri," katanya.

Dr Mahathir berkata, rakyat bosan dengan ahli politik yang lebih mengutamakan politik daripada pentadbiran yang baik.

Katanya, beliau mencadangkan penubuhan Kerajaan Nasional yang bukan saja dianggotai orang politik yang berpengetahuan sebaliknya ahli parti juga akan menyertai Kerajaan sebagai orang biasa yang tidak tertakluk kepada agenda parti masing-masing.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, cadangan itu ditolak menyebabkan dia meletak jawatan.

"Dan berlarutanlah krisis ini. Saya tidak tahu bila ia akan tamat?" katanya.

[Mahathir hilang sokongan]

Semua orang tahu selepas itu majoriti MP telah bersetuju melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri dan membentuk kabinet yang baru. Jadi mana yang dikatakan masuk rumah senyap-senyap tu?


Untuk pengetahuan kepada para pemimpin dan penyokong PH yang mudah lupa, Anwar Ibrahim pernah mencuba membentuk kerajaan melalui usaha pintu belakang pada tahun 2008 tetapi tidak berjaya.

Ops Sept 16: 4 pemimpin PKR ke Taiwan

Empat pemimpin PKR akan berlepas ke Taiwan esok dalam usaha untuk menemui ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini telah bersetuju untuk melompat menyertai Pakatan Rakyat di bawah pelan 16 September.

Buat masa ini, keempat-empat mereka terdiri daripada Naib Presiden PKR, Dr Lee Boon Chye; Ketua Penerangan, Tian Chua, Timbalan Pengarah Pilihanraya PKR, Fuziah Salleh dan pakar strategi parti itu, Saifuddin Nasution.

Menurut Tian, keputusan untuk ke Taiwan itu dibuat dalam mesyuarat biro politik parti itu hari ini, yang dipengarusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita perlu berbincang butir-butir terperinci rancangan mengambil alih kuasa, dengan ahli-ahli Parlimen BN. Anwar tidak perlu pergi sendiri (ke Taiwan)," kata Tian.

Keempat pemimpin PKR itu dikatakan akan menemui sebahagian daripada 49 ahli Parlimen BN itu yang menyertai lawatan sambil belajar, yang dianjurkan secara tergesa-gesa oleh Kelab Penyokong Barisan Nasional, untuk meninjau industri pertanian di Taiwan.

Kumpulan ahli Parlimen BN itu berlepas ke Taiwan pada 7 September lalu dan hanya dijadualkan pulang pada 19 September depan - tiga hari selepas tarikh 16 September - yang menurut Anwar, tarikh bagi Pakatan mengambil alih kerajaan pusat.
 MP PKR berlepas ke Taiwan untuk memujuk para MP BN melompat dan
menubuhkan kerajaan melalui Pintu Belakang

Anwar tawar RM100j untuk berpaling tadah


Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau ditawarkan RM100 juta serta jawatan timbalan perdana menteri oleh pasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berpaling tadah.

Katanya, tawaran itu juga bagi membawa 10 MP Sabah menyertai Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan pada 2008.

Beliau menjawab soalan yang diajukan paguamnya, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan menamakan individu tersebut sebagai Datuk Ishak Ismail, bekas pengerusi KFC.

Katanya, Ishak membuat tawaran berkenaan semasa menteri berkenaan berada di Hotel Hilton di KL Sentral.

"Saya kecewa dengan tawaran tersebut dan berasa ia sangat murah kerana saya MP selama tiga penggal. Saya beritahu Ishak, 'jangan sekali-kali diulang kata-kata itu'.

"Saya menyatakan dalam ucapan di parlimen pada Mei 2008 bahawa saya kecewa dengan kerajaan persekutuan (bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi) kerana tidak memberi pengiktirafan kepada MP daripada Sabah dan Sarawak.

"Bagaimanapun, saya nyatakan di parlimen pada ketika itu bahawa, walau kecewa dengan kedudukan itu dan BN tewas lima negeri, saya tidak akan berpaling tadah,” katanya.

[Sumber]

16 Sept: Tidak dedah MP BN, Anwar nafi gagal tapi mahu temui PM


Pakatan Rakyat yang dinanti dengan penuh debaran akan mengumumkan senarai nama Ahli Parlimen yang bakal melompat parti itu, sekali gus membentuk kerajaan baru persekutuan tidak 'menjadi realiti'.

Sebaliknya kata Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau bersedia dan hanya akan mengumumkan nama-nama Ahli Parlimen BN kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad terlebih dahulu.

"Sebaik sahaja jumpa Perdana Menteri, kita akan patuh mengikut Perlembagaan termasuk mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong," kata beliau pada sidang media yang padat di Ibu Pejabat PKR di sini petang ini. Sidang media itu bermula pukul 2.25 petang dengan dihadiri pemimpin-pemimpin komponen Pakatan Rakyat - PKR, DAP dan PAS.

PAS diwakili oleh Setiausaha Agungnya, Kamaruddin Jaafar dan DAP pula Tan Kok Wai, Naib Presidennya dan Ahli Parlimen Cheras.

Isteri Anwar, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail merupakan Presiden PKR.

Katanya, tujuan beliau ingin mengadakan pertemuan dengan Abdullah adalah bagi memastikan proses peralihan kuasa dalam kerajaan berjalan dengan lancar dan aman.

"Kami tidak ingin berulangnya peristiwa yang berlaku sewaktu mengambil alih kuasa di negeri Perak dan Selangor, di mana dokumen milik kerajaan negeri di lupuskan oleh pentadbiran terdahulu.

"Kita faham bukan senang bagi Umno dan Barisan Nasional (BN) menghadapi perkara ini (perubahan kerajaan) kerana mereka sudah terlalu lama dalam kerajaan.

Sambil menambah Perdana Menteri kini berada dalam keadaan terdesak, Anwar berkata, Pakatan Rakyat akan memberikan ruang dan masa kepada beliau untuk bertindak secara bertanggungjawab dan menghormati kehendak rakyat.

Pakatan Rakyat mengumumkan sasaran membentuk kerajaan baru 16 September - sempena pembentukan Malaysia pada 1 April lalu - selepas pilihan raya umum 8 Mac.

Pada sidang media hari ini, sebagaimana dikatakan malam tadi dan beberapa kali sebelum ini, Anwar mengulangi mempunyai bilangan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baru.

Kata beliau, Pakatan Rakyat mempunyai lebih daripada 31 Ahli Parlimen tambahan - daripada BN yang diperlukan bagi mencapai sasaran mereka.

"Kita dapat jumlah Ahli Parlimen yang melebihi keperluan minimum. Mereka mewakili semua kaum, kelompok dan wilayah," katanya.

Anwar juga menjelaskan beliau ada menerima nota daripada seorang Ahli Parlimen mengenai pendiriannya bagi menyertai Pakatan Rakyat.

Ketika ditanya butiran mengenai ahli-ahli Parlimen berkenaan, Anwar berkata: "Kalau umumkan sekarang mereka akan ditangkap kerana kita sudah tahu prosedur kerajaan."

Bagaimanapun Anwar berharap agar kerajaan BN tidak menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap Ahli Parlimen yang akan menyertai Pakatan Rakyat ataupun menggunakan undang-undang darurat atau kuasa polis bagi menghalangnya menubuhkan kerajaan.

Berhubung soalan tindakan susulannya jika Abdullah enggan menemui beliau, Anwar berkata, Perdana Menteri tiada pilihan kerana ini dilakukan atas kehendak rakyat.

"Sama ada beliau suka atau tidak, yang penting kita ada jumlah yang cukup dan ini adalah kehendak rakyat, beliau tiada pilihan melainkan bersetuju mengadakan perbincangan," katanya yang mengaku tidak memberikan sebarang tempoh kepada Abdullah.

Bagaimanapun Anwar percaya Abdullah tetap akan bertemu dengan beliau sedikit waktu lagi untuk membincangkan proses peralihan kuasa dan pembentukan kerajaan baru.

Ditanya apakah janji beliau selepas ini jika beliau gagal membentuk kerajaan seperti yang diperkatakan sebelum ini, solan tersebut mengundang kemarahan Anwar.

"Janji apa? Kenapa nak sebut mengenai janji? Kita dah ada jumlah yang cukup untuk bentuk kerajaan baru," katanya dengan nada yang agak tinggi.

Anwar turut ditanya bilakah beliau akan mengadap bagi memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk kerajaan baru, beliau berkata perkara itu hanya akan dilaksanakan selepas beliau menemui Perdana Menteri.

Mengenai Kabinet baru beliau nanti setelah berjaya membentuk kerajaan, Anwar menjelaskan beliau sentiasa bersifat terbuka sama ada untuk memberi ruang kepada BN ataupun tidak.

"Saya mengambil sikap terbuka dalam soal ini, bagaimanapun ia perlu dibincangkan bersama komponen Pakatan Rakyat yang lain," katanya.


Sikap double standard  juga berlaku dan diamalkan  oleh pihak PH mengenai kerajaan pintu belakang. Kalau wakil-wakil rakyat BN yang melompat menyertai PH, labelnya ialah menyelamat mandat rakyaat. Kalau MP daripada PH melompat itu dianggap sebagai mengkhianati amanah rakyat. Porahhh


Bersih Does Not Mind When BN MPs Cross Over To PH, But Not If It Is The Other Way Around


As the political drama unfolded on Feb 23 with the “Sheraton Move” that saw the eventual collapse of the Pakatan Harapan (PH) government elected less than two years ago at the 14th general election (GE14), Malaysians could only watch in horror, dismay and haplessness as the mandate given to PH was subverted by MPs from PKR and PPBM who joined hands with the opposition parties to form a new backdoor government under Muhyiddin Yassin.
The phenomenon of elected representatives crossing over to the opposition to collapse a government is not new in Malaysian politics as witnessed in the Sabah and Perak state assemblies previously, but never at the federal level until now. This wave of defections has triggered the collapse of PH state governments in Johor, Melaka and Perak so far.
The sight of elected representatives switching their allegiance and trading their seats for power and God knows what else is repugnant and brings disrepute to their supposedly “honourable” positions. But as voters whose votes put many of these into office, we are totally powerless as there are no anti-hopping laws to deal with these political frogs.
The need for an anti-hopping law or mechanism is obvious now to prevent such cataclysmic betrayal of voters’ mandate in the future. The Penang state assembly has amended its state constitution since 2012 so that assemblymen will lose their seats if they join another party other than the one they contested under during the election or are sacked by their party.
The constitutionality of such state-level provisions is questionable and has in the past been rejected by the Federal Court as in violation of Article 10 of our Federal Constitution that guarantees freedom of association, which includes the freedom for elected reps to choose the parties they want to associate with.
Furthermore, anti-hopping laws would give political parties almost absolute power over their MPs and state assemblymen and the notion that our reps are free to vote or act according to their conscience or our best interest would be banished.
The unintended consequences of such rigid anti-hopping laws may be worse than the problem it is trying to solve. A better mechanism would be to recall elections. It is a mechanism that allow voters in a constituency who are not satisfied with the elected rep to withdraw their mandate in another election. If the recall proposal is carried, then a by-election would be held to fill the vacancy.
Normally, the petition for recall must first collect enough signatures (the threshold could be something like 10%) of registered voters from the constituency to force the vote of recall. Such recall elections have already been in place and used in many countries throughout the world, from Argentina, Canada and Germany to New Zealand, the Philippines, Switzerland, Taiwan, the United Kingdom and the United States.
Recall mechanism is designed according to local political and social conditions. The trigger for a recall can be a popular initiative by a signature campaign or meeting some legislated conditions as in the UK.
The thresholds to trigger the process and for a successful recall can be adjusted to prevent political opponents from abusing such mechanism but what it does is to empower voters to recall or revoke their vote for an elected rep mid-term for whatever legitimate reason.
In our Malaysian context, if such recall mechanism is already part of our election laws, it may not prevent politicians from hopping but it will make them think twice before they do. It would also compel reps to work harder for their constituents for fear of being recalled as the reason for recall is not limited to party-hopping.
Party-hoppers often justify their actions as necessary to serve their constituents better. If true, the party-hopper may defeat the recall proposal at the poll. Unlike anti-hopping law, recall election allows the voters to decide if they side with the defector or their old party.
What happened on Feb 29 was a political coup by the political elites. While it is permissible under our Federal Constitution and existing laws, it goes against the spirit of our parliamentary democracy and makes nonsense of the result of the general election.
The mandate of voters took second place to the power play of politicians. Backdoor government may be legal but it can never be legitimised. We must amend our laws to totally prevent or at least minimise the possibility of such political betrayals by empowering voters through a recall mechanism.
Thomas Fann is the chairman of Bersih 2.0

Comments

Popular posts from this blog

Police Call Up Sarawak Chinese Activist Members For Not Standing For National Anthem

Police Call Up Sarawak Chinese Activist Members For Not Standing For National Anthem Sarawak for Sarawakians (S4S) official spokesman Shaow Tung Leong (The Star) – Police have called up seven members of the Sarawak for Sarawakians (S4S) activist group who did not stand up for the national anthem, as seen in a video clip which has gone viral on social media. State deputy commissioner of police DCP Datuk Dev Kumar said a police report on the incident was lodged on Monday (Sept 30). “Based on the report, we have commenced investigations under Section 8(3) of the National Anthem Act 1968,” he said. Under Section 8, anyone who knowingly shows disrespect to the national anthem in a public place can be fined up to RM100 or jailed not more than one month. S4S spokesman Shaow Tung Leong, who was among those called up by police over the incident, said their action was a “silent protest” against the Federal Government’s “unfair” treatment of Sarawak. “We did not stand up because we feel d...

Perlembagaan benarkan Agong singkir PM, kata peguam

SHAH ALAM: Peguam kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan adalah salah untuk berkata Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa menyingkir Perdana Menteri. Malah, undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan dengan jelasnya menyatakan, “kuasa melantik termasuk kuasa untuk menolak,” kata Mohamed Haniff Khatri Abdulla. “Ada pihak mempersoal kuasa Agong terhadap Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak). Bagi saya, jawapannya ada dalam perlembagaan. “Perkara 40 (2) (a) menyatakan Agong boleh bertindak menurut budi bicara dalam pelantikan Perdana Menteri. Ia tidak menyentuh soal kuasa memecat Perdana Menteri. “Tetapi dalam Seksyen 29 Jadual ke-11, undang-undang bertulis menyatakan bagi individu atau pihak yang diberi kuasa membuat pelantikan ke mana-mana pejabat, kuasa yang sama hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk kuasa untuk membuang kerja atau menggantung individu yang dilantik dan melantik orang lain buat sementara bagi menggantikan indivi...

Penghantaran Helicopter dibeli era BN dihalang, alasan ada penyelwengan

Menteri Pertahanan kitalah iaitu YB  mat Sabu yang mengarahkan agar penyerahan helikopter penyerang MD-530G kepada ATM ditangguhkan atas alasan untuk menyiasat penyelewengan walaupun pesawat yang ditempah telah pun siap. RM301 JUTA SUDAH DIBAYAR HELIKOPTER MD-530G TIDAK DITERIMA Begitulah tajuk pemberitaan FMT yang berterusan  membawa agenda dajal dalam usaha menghasut rakyat dengan fitnah terhadap kerajaan terdahulu serta oleh media utama pro PH yang lain dan turut dikongsi oleh RBA RBA dan barua 3K mereka Dengan status panjangnya 10 perkataan  atau dengan hanya share tajuk seperti yg dilapor FMT kebanyakan mahacai dan RBA sudah faham segala gala,  walau pun kami penyokong UMNO hampir satu jam satu satu artikel dibaca semata mata mahu memahami satu satu isu agar ia tidak bias dalam pemahaman kami selaku rakyat Malaysia. Hamba politik PH serta BARUA BARUANYA bertungkus lumus untuk mengekalkan kuasa politik mereka pada PRU 15 sanggup berbuat apa saja terma...