Skip to main content

Total Reset Hadapi Covid-19: Tok Mat


Setiausaha Agung UN, Antonio Guterres dalam kenyataan terbarunya menggambarkan bahawa krisis COVID-19 yang kita hadapi waktu ini adalah krisis paling parah dan mencabar semenjak Perang Dunia Kedua.

Guterres berkata, kombinasi ancaman kesihatan dan impaknya terhadap ekonomi akan menyumbang kepada “enhanced instability, enhanced unrest and enhanced conflict”.

Pendemik global ini tidak akan berakhir dalam masa terdekat. Ia akan berlarutan sehingga sekurang-kurangnya setahun ke 18 bulan. IMF telah mengisytiharkan bahawa dunia telah memasuki era ‘global recession’.

Bagi Malaysia, kehidupan dan tata kelola lazim telah berakhir dan telah muncul ‘the new normal’. Kita telah beranjak ke kelaziman baru yang asing dan kita mesti segera menyesuaikan diri kita. Malaysia perlu memberikan perhatian kepada beberapa perkara utama.

Pertama, Malaysia mesti bersedia untuk melakukan ‘a total reset’ dalam memastikan kelestarian ekonomi dan pembangunannya. Memetik Prof Jomo, kita tidak lagi boleh kembali ke ‘status quo’. Sebelum ini, orientasi ekonomi kita tujahannya ialah kebolehsaingan dan pendapatan tinggi. Sekarang keutamaan kita ialah membangun ketahanan ekonomi (economic resilience).

Kita mesti kembali membongkar potensi modenisasi ekonomi tradisional dan sektor pertumbuhan ‘crisis proof’ untuk kelangsungan ekonomi kita.

Jika sebelum ini, rencana ekonomi kita ialah merangsang pertumbuhan. Sekarang, kita mesti kembali kepada pemulihan dan ketahanan yang lestari. Semua ini memerlukan inovasi, pemikiran luar kelaziman, dan pendekatan ekonomi yang luar biasa.

Kedua, Malaysia mesti memberi tumpuan untuk merombak secara radikal sistem penyampaian Kerajaan. Beralih kepada Kerajaan Digital secara total bukan lagi pilihan. Tidak lagi boleh kita membiarkan sistem penyampaian kita lumpuh ketika berhadapan dengan krisis.

Contoh yang paling nyata ialah apabila sekolah terpaksa ditutup dan bagaimana kita tidak boleh beranjak ke ‘online mode’ dengan pantas dan segera. Akhirnya banyak sekali masa pembelajaran yang terbuang dan gagal dimanfaatkan.

Ketiga, kita mesti secara serius membangunkan kefahaman dan kesiapsagaan kita menghadapi ancaman bukan tradisional terhadap keselamatan negara. Pandemik, serangan siber, bencana alam, dan pelbagai lagi krisis yang mengancam kemanusiaan adalah ancaman nyata.

Malah Malaysia akan lebih terdedah kepada semua ancaman bukan tradisional ini, berbanding dengan peperangan atau ‘interstate conflict’. Namun, terlalu banyak sumber diperuntukkan kepada sektor pertahanan dan keselamatan tradisional sehingga pelaburan dalam kesediaan menghadapi ancaman keselamatan bukan tradisional diabaikan.

Kerajaan tidak lagi boleh mengambil pendekatan ‘ad hoc’. Kesiapsiagaan kita mesti mendahului masa. Pusat kebangsaan serupa ‘Centre for Disease Control and Prevention’ di USA sudah menjadi satu keperluan nasional dan mesti diutamakan.

Keempat, menghadapi krisis masa hadapan memerlukan kerjasama erat antarabangsa. COVID-19 mengajar kita betapa ia hanya boleh dibanteras melalui kerjasama erat antarabangsa. Justeru kita mesti mempergiatkan keterlihatan Malaysia dalam segala segi agar kita mempunyai ‘network’ yang produktif dan boleh dimanfaatkan sewaktu krisis.

Akhir sekali, di sebalik segala keterbatasan kita yang fana ini, daya usaha manusia sangat luar biasa apabila berhadapan dengan pancaroba luar biasa.

Ia tidak pernah dikalahkan oleh malapetaka yang paling dahsyat sekalipun. Malah kerap sekali terjelma keperkayaan semangat yang luar biasa.

Keperkasaan semangat untuk bangkit, merawat, melawan, membina, dan membangun semula segala yang terjejas, hilang, punah, dan binasa.

Justeru, Malaysia mesti kembali yakin kepada setiap warganya dan menggelorakan keperkasaan jiwa dan raga mereka untuk menjayakan Malaysia pasca pandemik ini. Insyallah, dengan ikhtiar dan keperkasaan semangat seluruh bangsa Malaysia, akan timbul fajar baru dan berlalulah segala gelap dan gelita.


YB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan
Timbalan Presiden UMNO

Comments

Popular posts from this blog

Police Call Up Sarawak Chinese Activist Members For Not Standing For National Anthem

Police Call Up Sarawak Chinese Activist Members For Not Standing For National Anthem Sarawak for Sarawakians (S4S) official spokesman Shaow Tung Leong (The Star) – Police have called up seven members of the Sarawak for Sarawakians (S4S) activist group who did not stand up for the national anthem, as seen in a video clip which has gone viral on social media. State deputy commissioner of police DCP Datuk Dev Kumar said a police report on the incident was lodged on Monday (Sept 30). “Based on the report, we have commenced investigations under Section 8(3) of the National Anthem Act 1968,” he said. Under Section 8, anyone who knowingly shows disrespect to the national anthem in a public place can be fined up to RM100 or jailed not more than one month. S4S spokesman Shaow Tung Leong, who was among those called up by police over the incident, said their action was a “silent protest” against the Federal Government’s “unfair” treatment of Sarawak. “We did not stand up because we feel d...

Pilih semula BN kalau kami gagal kata Saddiq

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup dibuang seandainya PH gagal memenuhi manifesto mereka selepas dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN,” kata Syed Saddiq ketika sesi acara 'Sinar Debat bersama Exco Pemuda UMNO'. Syed Saddiq berkongsi pentas dengan Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin dalam forum anjuran Sinar Harian diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin. Menurut Syed Saddiq, PH perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu. Ujar beliau, rakyat berkuasa untuk membawa perubahan kerana walaupun negara ditadbir oleh BN lebih 60 tahun, parti itu adalah tidak sama seperti dahulu. Menurutnya, PH juga akan membebaskan media dan mana-mana kerajaan ti...

Perlembagaan benarkan Agong singkir PM, kata peguam

SHAH ALAM: Peguam kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan adalah salah untuk berkata Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa menyingkir Perdana Menteri. Malah, undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan dengan jelasnya menyatakan, “kuasa melantik termasuk kuasa untuk menolak,” kata Mohamed Haniff Khatri Abdulla. “Ada pihak mempersoal kuasa Agong terhadap Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak). Bagi saya, jawapannya ada dalam perlembagaan. “Perkara 40 (2) (a) menyatakan Agong boleh bertindak menurut budi bicara dalam pelantikan Perdana Menteri. Ia tidak menyentuh soal kuasa memecat Perdana Menteri. “Tetapi dalam Seksyen 29 Jadual ke-11, undang-undang bertulis menyatakan bagi individu atau pihak yang diberi kuasa membuat pelantikan ke mana-mana pejabat, kuasa yang sama hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk kuasa untuk membuang kerja atau menggantung individu yang dilantik dan melantik orang lain buat sementara bagi menggantikan indivi...