Skip to main content

1MDB: Pemulangan DANA, niat Jahat PH didedahkan

Pendakwaraya puji DS Najib

Apapun DS Najib tak tahu Propaganda PH tuduh DS Najib tak tahu jawab atau apa pun tak tahu dalam mahkamah? Kini, pendakwa raya kata DS Najib telah menjawab dengan jujur dan sebaik-baiknya sepanjang 11 hari beliau disoal dalam mahkamah.

DS Najib pilih untuk membela diri menerusi keterangan bersumpah dan disoal dalam pemeriksaan semula.oleh pendakwa raya dalam mahkamah. Berani kerana benar. Tak sama dengan bakal PM5/6/7/8/9 yang memilih untuk memberi kenyataan tidak bersumpah dan enggan untuk disoal dalam pemeriksaan semula.oleh pendakwa raya.

 *********

PASUKAN PENDAKWARAYA PUJI DSN! Wartawan telah bertanya kepada Ketua Pendakwaraya lantikan Tommy Thomas, si Sithambaram tentang apa pengalamannya menyoal balas DSN di mahkamah. Sithambaram kata, walaupun DSN adalah mantan PM, sungguhpun beliau dihormati, namun DSN tidak diberi keringanan oleh pasukan pendakwaan ketika sesi soal balas ketika DSN menjadi saksi.

Seterusnya Sithambaram mengatakan bahawa beliau mempunyai pengalaman amalan guaman selama 42 tahun. Dan beliau telah menyoal balas DSN di kandang saksi selama hampir 11 hari dan ia satu pengalaman yang agak menakutkan. Namun komen saya secara adilnya, sungguhpun ramai mungkin tidak sukakan komen ini, DSN adalah merupakan seorang saksi yang tidak berselindung atau memanipulasi kedudukannya dan beliau telah menjawab soalan-soalan saya sebaik yang beliau boleh.


DOJ sehingga kini kembalikan US$620 juta kepada Malaysia

No photo description available.

Jangan baca tajuk saja. Lihat keseluruhan cerita 1MDB tu. Fahamkan apa yang berlaku. Siapa pengkhianat sebenar dalam hal ini. Kalau kita ini kepala tak mereng dan bukan pencacai politik berpihak kepada  satu pihak atau fahaman sahaja pasti kita nampak dengan jelasa bahawa DS Najib  bukanlah punca masalah 1MDB ni. 

Malaysia telah menerima US$300 juga dari Amerika Syarikat hari ini - bermakna jumlah wang yang dikembalikan oleh DOJ sehingga kini adalah US$620 juta.

Perkembangan ini jelas menyangkalkan tuduhan PH sebelum ini bahawa DOJ tidak akan teruskan kerjasaman dengan kerajaan PN ataupun kerajaan PN tidak akan teruskan usaha untuk mendapat semula semua dana yang dikatakan hilang.

Namun, US$620 juta hanya sebahagian kecil daripada US$4.5 bilion yang sepatutnya dikembalikan kepada 1MDB sebelum 30 Dec 2020 jika perjanjian penyelesaian dengan IPIC milik kerajaan Abu Dhabi diteruskan.

Namun, kerajaan PH dahulu telah batalkan perjanjian penyelesaian asal yang ditandatangan pada masa BN. Kerajaan PH juga menolak tawaran IPIC yang disyorkan oleh DOJ sekali lagi pada tahun lepas seperti didedahkan minggu lepas:

Image may contain: text

Image may contain: text
Hanya kerana tidak mahu rakyat tahu bahawa DS Najib tidak merompak wang IMDB. kerajaan PH sanggup menolak bayaran ganti rugi oleh kerajaan Abu Dhabi kerana dua pengarah IPIC menipu IMDB telah ditolak oleh kerajaan PH sebanyak dua kali.

Jadi bila US DOJ pulangkan USD300 juta atau RM1.2 billion duit 1MDB tu sebenarnya adalah bahagian duit yg memang dijamin oleh IPIC. Jangan kita lupa yang IPIC adalah milik Mubadala di mana ia mempunyai aset hampir RM1 trillion, dan merupakan badan pelaburan milik penuh kerajaan Abu Dhabi

DS Najib pun dah sebut banyak kali, sebenarny perjanjian penyelesaian dah dibuat sekali sebelum PRU14 utk dapatkan balik SEMUA US$6.5 billion duit 1MDB - termasuk bon yang diterbitkan 1MDB serta unit-unit investment BSI

Lepas tu, baru-baru ni USDOJ sendiri ketuai satu inisiatif penyelesaian buat kali kedua antara 1MDB dan IPIC, tapi kerajaan PH tolak

Kenapa PH tolak perjanjian yang disyorkan oleh US DoJ sendiri?

Sebabnya penyelesaian tersebut akan kantoikan propaganda PH yang selama ini tuduh kononnya DS Najib mencuri. Keberkesanan tuduhan tersebut ialah kekalahn BN dalam PRU14. Kekalahan BN tersebut sekali-gus melihat pertukaran kerajaan. 

Tapi kerajaan PH sedar bahawa isu 1MDB ini boleh digunakan untuk menipu rakyat dengan tidak menunaikan manifesto mereka sendiri. Dengan menggunakan isu 1MDB ini kerajaan meyakinkan rakyat bahawa berhutang baru hanyalah cara yang ada untuk melunaskan hutang yang disebabkan oleh skandal 1MDB. Kerajaan melalui menteri kewangan, DS Najib dalam hantaranya di FB milik beliau bercakap mengenai pertambahan hutang negara ini.

Kerajaan PH bersungguh-sungguh dalam usaha menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa berlaku penyelewengan dalam 1MDB oleh kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran DS Najib. Oleh kerana tak mahu ia kelihatan begitu mudah, kerajaan PH melalui Peguam Negara Tommy Thomas untuk memfailkan permohonan kerajaan mencabar penyelesaian antara kerajaan lepas dan IPIC milik Emiriah Arab Bersatu dan Aabar Investment PJS (Aabar PJS) untuk didengar di mahkamah terbuka.

Tindakan kerajaaan ini dengan sendirinya menggagalkan usaha untuk mendapatkan semula setiap sen wang 1MDB. Kalau tujuan utama kerajaan PH ialah untuk mendapatkan setiap sen wang 1MDB, ia sepatutnya melaksanakan perjanjian penyelesaian dengan IPIC tapi memilih pula berpolitik dan memfailkan saman seolah-olah kerajaan PH dilihat sebagai kerajaan yang berintegriti. Mereka mahu BN dan DS Najib adalah penyamun berskala besar. 

seperti yang disebutkan sebelum ini sekiranya penyelesaian ikut perjanjian maka PH akan dilihat sebagai kerajaan penipu, pemfitnah dan perompak yang sebenar. Sebabnya penyelesaian tersebut akan kantoikan propaganda PH yang selama ini tuduh kononnya DS Najib mencuri. Keberkesanan tuduhan tersebut ialah kekalahn BN dalam PRU14. Kekalahan BN tersebut sekali-gus melihat pertukaran kerajaan. 

Tajuk media pula sangat cantik iaitu;

Putrajaya menang mohon pembicaraan terbuka 1MDB-Ipic di London

Tajuk berita itu sahaja cuba memberi gambaran bahawa kerajaan PH dah berjaya mendapatkan semula semua wang 1MDB yang hilang. Walhal ia hanya merupakan satu kebenaran pihak mahkamah Rayuan England untuk membenarkan pihak kerajaan Malaysia untuk memfailkan kes dan seterus memulakan prosiding pendakwaan di mahkamah. Belum menangpun dalam erti kata yang sebenarnya. 

Baca petikan berita tersebut di bawah ini;

KUALA LUMPUR: Usaha Putrajaya mendapatkan kembali AS$3.5 bilion (RM14.6 bilion) yang dibayar daripada dana 1MDB kepada anak-anak syarikat International Petroleum Investment Company (Ipic) mendapatkan rangsangan di Mahkamah Rayuan di London.

Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan kerajaan mencabar penyelesaian antara kerajaan lepas dan Ipic milik Emiriah Arab Bersatu dan Aabar Investment PJS (Aabar PJS) untuk didengar di mahkamah terbuka.

Ia menterbalikkan keputusan Mahkamah Tinggi England menyekat permohonan 1MDB dan Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) untuk ketepikan award yang dipersetujui yang dimasuki pentadbiran Najib Razak bersama Ipic dan Aabar PJS sementara menanti proses timbang tara yang dimulakan oleh Ipic dan Aabar PJS di London.

Peguam Negara Tommy Thomas dalam kenyataan berkata dengan keputusan Mahkamah Rayuan ini, permohonan 1MDB dan MKD untuk mengetepikan award yang dipersetujui kini akan diteruskan ke perbicaraan di Mahkamah Tinggi di London.

[Ulasan Admin: Sebenarnya tugas pihak pendakwaan khususnya Peguam Negara seperti Tommy Thomas menjadi sukar dan mustahil kerana dakwaan tersebut diasaskan kepada cerita dan bukti rekaan. Baru cerita rekaan pula di tabur merata tempat merentasi batas-batas bidang kuasa serta melibatkan ramai individu yang tidak berada dalam satu group whatsapp ]

[Baca sumber di sini]  

Bukan semua orang setuju wang USD300 juta dikembalikan kepada Malaysia. Ada yang tidak setuju malah menentang. Siapa mereka? MAHATHIR MOHAMMAD!!!


US should 'think twice before returning 1MDB funds to Malaysia: Mahathir


Namun pemulangan wang sebanayak USD300 juta tersebut tidak pula disenangi oleh bekas Perdana Menteri iaitu Mahathir Mohammad. Tidak seperti pemimpin-pemimpin PH yang lain yang melompat keriangan dan kegirangan, dan dalam masa  sama bersikap lebih sudu dari kuah, Mahathir memilih untuk membuat kenyataan lain dari yang lain. Dia minta US jangan pulangkan wang tersebut. Mahathir minta US tahan wang berkenaan. Jangan bagi pada Malaysia.

[US should think twice before returning 1MDB money to Malaysia]


Kenyataan dan saranan Mahathir tersebut membuka mata kebanyakan rakyat Malaysia. Apa sudah jadi dengan Mahathir? Adakah Mahathir berkata demikian kerana dia sudah tidak boleh berfikir alias lali alias nyanyuk? Ada yang lebih berani menuduh tindakan Mahathir meminta US jangan memulangkan wang 1MDB berkenaan adalah satu bentuk pengkhianatan Mahathir ke atas negara Malaysia dan rakyatnya. 


Pandangan pertama iaitu Mahathir terlalu tua dan sudah tidak lagi boleh berfikiran waras atau dah nyanyuk adalah tidak benar. Melihat kepada keseluruhan kenyataan Mahathir, ia bukan kenyataan orang yang nyanyuk. Kenyataannya adalah kenyataan yang sememangnya penuh dengan kesedaran, dalam keadaan waras. Jauh sekali daripada kenyanyukan. 


Apa yang sebenarnya ialah Mahathir membuat kenyataan tersebut kerana merasa cemas,. Mahathir cemas dengan pemulangan wang tersebut, rakyat tahu dari mana sumber wang yang dikembalikan tersebut. Siapa pemilik wang berkenaan. Individu mana di balik entiti di mana sumber wang tersebut diperolehi oleh US DoJ. Dalam kes pemulangan USD300 juta ini, pihak US DoJ menyatakan ia diperolehi daripada  Jho Low. Daripada Jho Low. Bukan daripada DS Najib. 



Bila ini timbul, rakyat yang berfikiran waras atau ada sikap kritis akan bertanya, jadi duit daripada Jho Low yang dirampas bukan daripada DS Najib. Ini sudah tentu merupakan satu kemenangan moral kepada DS Najib kerana ternyata dia tidak menyeleweng wang 1MDB tetapi kumpulan manusia seperti Jho Low dan sekutunya. Secara konsisten, DS Najib menghidangkan naratif pembelaannya di mahamah bahawa Jho Low dan sekutunya yang mencuri duit 1MDB. Bukan beliau. 

Dengan pemulangan dan kenyataan US DoJ bahawa wang yang diserahkan kepada Malaysia adalah wang 1MDB yanng dicuri oleh Jho Low, dengan sendirinya membersihkan nama DS Najib. Malah seperti yang diulas secara sinis oleh Raja Petra Kamaruddin (RPK), pemulangan wang berkenaan memperlihatkan konspirasi US DoJ dan  DS Najib supaya DS Najib dilihat sebagai bukan pencuri atau perompak. Ia dengan sendirinya memalukan Mahathir dan rakan-rakan konspiratornya kerana sehingga saat ini masih meratib, Najib Curi, Najib Perompak!!

Jangan pula petik tulisan RPK ini sebagai bahan untuk dicanangkan bahawa US DoJ berkonspirasi dengan DS Najib. Jangan kata mereka berkonspirasi pula untuk membebaskan DS Najib.


Harus diingat bahawa kes perbicaraan DS Najib sedang berjalan di mahkamah berkaitan dengan kes 1MDB ini. DS Najib membela dirinya denga membentangkan segala dokumen sebagai usaha pembuktian bahawa beliau tidak bersalah. 


Beberapa saksi pendakwaan yang disoal balas oleh pasukan pembelaan DS Najib, kini dipanggil sebagai saksi pembelaan pula dan beberapa kali dah kantoi di mahkamah. Mengakui bahawa wang yang masuk ke dalam akaun peribadi DS Najib bukan wang 1MDB. 



Pemulangan wang oleh US kepada kerajaan PN di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin setakat ini adalah selari dengan pembelaan DS Najib di mahkamah di mana beliau tidak terlibat dalam menyonglap wang milik 1MDB.


AdakahTindakan Mahathir ini didorong oleh rasa kecewa kerana pemulangan tersebut, merupakan satu kegagalan pihaknya bersama para konspirator yang langsung gagal mengaitkan DS Najib, sosok yang dianggap sebagai pencuri dan perompak.

Apapun, sebab lain kenapa Mahathir cuba menghalang pemulangan wang tersebut ilah kerana Mahathir marah dan kecewa dengan Muhyiddin yang berjaya membentuk kerajaan PN dan seterusnya menjadi PM mengetepikan Mahathir sendiri dan melumpuhkan Anwar Ibrahim. 

Mahathir Tidak iktiraf kerajaan Muhyiddin


Saranan Mahathir supaya US DoJ tidak memulangkan wang 1MDB sebanyak USD300 juta tersebut sebenarnya ada maksud tersirat yang lain. Mahathir tidak mengiktiraf kerajaan PN dan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri. Kalau US DoJ ikut pandangan Mahathir dan tidak mengembalikan wang tersebut, menahannya buat seketika, maka Mahathir bolehlah mendabik dada dan berkata bahawa kuasa besar seperti US pun dengar cakap dia. US pun tahu DS Najib adalah perompak. Sebab itu wang berkenaan tidak dikembalikan kepada Malaysia. 

Mahathir akan mempergunakan penangguhan pemulangan wang berkenaan sebagai senjata untuk menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin dan kembali berkuasa, kalaupun bukan dirinya sendiri sevagai PM, mungkin anaknya Mukhriz.  

Alasan Mahathir supaya jangan memulangkan wang tersebut kerana UMNO kini kembali berkuasa. So, dia kononnya takut wang tersebut akan jatuh ke tangan mereka yang  tidak bertanggungjawab. Dia kata takut duit tu jatuh ke tangan perompak, pencuri. 

Apabila US DoJ tidak menghiraukan saranan tersebut dan sebaliknya mengambil keputusan untuk segera mengembalikan wang berkenaan kepada Malaysia, ia seperti  satu penampar yang maha kuat dan sakit singgah ke mukanya. 

Masa sama ia membuka ruang lebih luas, lebih telus kepada penyelesaian kes 1MDB dan SRC yang dihadapi oleh DS Najib di mahkamah. 


Sarawak Report Bengang dengan pemulangan wang USD300 juta


Sarawak Report antara yang sangat marah bilamana US DoJ membuat keputusan untuk memulangkan wang tersebut kepada kerajaan Malaysia di bawah kerajaan baru iaitu kerajaan Pakatan Nasional di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.Kenapa pula orang luar marah dan angin dengan US DoJ? 

Sebenarnya mudah sahaja menyelami sebab Sarawak Report marah dengan keputusan memulangkan USD300 tersebut. Ini semua sebab Sarawak Report adalah medium atau media yang kononnya bersifat antarabangsa yang berpengkalan di UK telah dipotretkan sebagai pemberi maklumat kepada rakyat di negara ini. Segala cerita mengenai 1MDB digarap dengan baik oleh Sarawak Report sehinggakan amat payah mencari kelemahan 'maklumat' pada penulisan dan penerbitannya.

Reputasi Sarawak Report  sebagai media yang bermaklumat tercalar teruk dengan pemulangan ini kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh US DoJ telah tidak menyokong "Fakta" yang disajikan oleh mereka sebelum ini. 

Pemulangan tersebut juga telah mencacatkan perancangan awal Mahathir dan Sarawak report  sendiri. Sepatutnya wang tersebut dikembalikan kepada Malaysia dalam satu acara rasmi sambutan kembalinya wang curi 1MDB ke pangkuan Malaysia, yang mana mengikut perancangan merka akan dihadiri oleh antara lainnya Lim Guan Eng, Tommy Thomas, dan Duta US, Kamala Shirna Lakhdir.  

Acara ini dirancang setelah beberapa bulan PH memerintah sebagai menunjukkan kerjasama antara US-Malaysia dan sebagai pengiktirafan kepada usaha PH menurunkan perompak, pencuri daripada menguasai Malaysia. Ia juga sebagai saluran penting memberitahu dunia bahawa DS Najib dan kerajaan BN adalah perompak kekayaan Malaysia. 


Sarawak Report Angry About The RM1.3 Billion Payment To Muhyiddin

The money had originally been scheduled to be formally returned to the PH government in an official ceremony planned for 19th February, which was due to be attended in KL by several dignities including then Finance Minister Guan Eng, then Attorney General Tommy Thomas and the US Ambassador, Kamala Shirin Lakhdhir.

This was after months of cooperation between the two countries and in the light of change of government at GE14, which meant those responsible for the gross theft of billions from the Malaysian people were no longer in power and the crime was being prosecuted through the courts.



Kenyataan akhbar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong kenyataan dan anggapan rakyat bahawa yang mencuri wang 1MDB bukan DS Najib tapi Jho Low. Sehingga setakat ini, segala yang diperolehi oleh US DoJ adalah aset yang ada kaitan dengan Jho Low. Ia langsung tidak mengaitkan DS Najib. Haru betul puak-puak Mahathir ni. Mereka seperti memaksa rakyat turut memfitnah DS Najib dan kerajaan BN serta juga keluarganya.  


Image may contain: 1 person, sitting, table and indoor, text that says "Amerika pulangkan AS$300 juta lagi dana 1MDB ke Malaysia Proses menjual baki aset yang disita daripada Jho Low masih diteruskan susulan keputusan penghakiman Jabatan Keadilan AS (DOJ). 15 APRIL 2020 AT 08:20 MALAYSIA"


Di sisi lain kenyataan Mahathir tersebut dengan sendirinya pula mendedahkan betapa pemimpin lain dalam PH tidak mampu berfikir dengan pantas dan tepat. Pemimpin seperti KHALID SAMAD hanya tahu melompatkeriangan bila berita ini terbitkan. 

Khalid Samad menganggap pemulangan wang tersebut adalah bukti kejayaan kerajaan PH yang ditumbangkan oleh PN dalam perjuangan mendapatkan kembali wang 1MDB. Apa yang gagal si Khalid ini pertimbangkan ialah dia langsung tidak terfikir bahawa rakyat akan mempersoal tentang hubungan DS Najib dengan wang yang bakal dipulangan kepada Malaysia berkenaan. 

US DoJ menyatakan dengan jelas wang tersebut yang dikembalikan oleh Jho Low. I i bermakna bahawa Jho Low bersetuju dengan permintaan US DoJ mengembalikan wang berkenaan dan ia bukan daripada DS Najib. Dengan sendirinya Jho Low mengakui bahawa dia yang mencuri daripada 1MDB bukan DS Najib.

Kalau dah demikian ceritanya, apalah faedah menuduh DS Najib perompak walhal dia tak buat perkara seperti itu? Ahahahaha, di sinilah fikiran rakyat akan lebih terbuka. Mereka akan mula mengikuti perbicaraan DS Najib di mahkamah termasuk keputusan-keputusan mahkamah yang berkaitan dengan DS Najib dan 1MDB. 


Image may contain: 1 person, text


Image

Kenyataan Mahathir selepas ciapan si Khalid ini seperti nak bagitahu satu dunia bahawa Mahathir sebenarnya tinggalkan PH sebab dalam PH hanya ada pemain-pemain sarkas, badut dan pelawak yang mendatangkan banyak masalah kepada rakyat Malaysia. Memberi pengaruh negatif kepada kerajaan PH. 


Derma Arab Saudi 

Dalam hal berkaitan dengan 1MDB, kaitan yang cuba dicari logik oleh pihak kerajaan PH ialah hubungan wang derma kerajaan Arab Saudi berjumlah RM2,6 billion dalam akaun peribadi DS Najib. Mengetahui bahawa ada kemasukan wang sebanyak itu ke akaun DS Najib, telah diambil kesempatan oleh golongan tertentu bagi mengaitkan kehilangan wang 1MDB yang sedang diusahakan oleh DS Najib untuk mendapatkan semula wang yang dikatakan hilang tersebut. Ia sebenarnya diselewengkan oleh Jho Low dan sekutunya. Timing kemasukan wang derma dan kehilangan wang 1MDB cuba dikaitkan sebagai konspirasi dan rompakan oleh DS Najib.

Ini boleh dianggap sebagai timing sempurna atau langkah tepat dalam menganiaya DS Najib. Persepsi dibina dengan naratif berangkai bahawa DS Najib pencuri, perompak, hutang negara, bangkrap, cincin berlian DS Rosmah. Ia dimainkan dengan begitu bersungguh sehingga pengulangannya menjadikan ia seperti satu cerita benar. Bukan fitnah. Bukan bohong. Semuanya benar belaka.


Hubungan 1MDB dengan Hutang Negara

Bagi pengikut dan penganalisis politik melihat tindakan kerajaan tersebut sebenarnya bagi menutup tujuan kerajaan berhutang.

Kerajaan PH mahu mengaitkan tindakan mereka berhutang dan sebagainya kerana 1MDB. Apapun rakyat berhak tahu bahawa dalam tempoh rejim gagalkrasi PH memerintah, hutang negara secara rasminya telah naik sebanyak RM136.8 bilion berbanding hutang RM686.8 bilion yang ditinggalkan kerajaan BN dahulu.

(Saya tak pasti jika kerajaan PH dulu sudah pun tanda tangan perjanjian untuk pinjam bon samurai kedua. Sebab itu, saya tak ambil kira ini dalam pengiraan saya)

Belum masuk lagi hasi penjarahan Petronas dan hasil jualan aset-aset negara secara lambak oleh PH.

Sepanjang tempoh mereka memerintah, PH asyik naikkan perbelanjaan tahunan dan naikkan defisit negara.


Malaysia Budget sets higher deficit, cuts subsidies
Malaysia’s six-month-old government on Friday (Nov 2) announced its Budget for 2019, which set a higher deficit to tackle development expenditure and debts left by the former administration, and counter slowing economic growth.

Pakatan Harapan’s (PH) first financial plan will tap national oil giant Petronas, which will cough up RM30 billion (S$10 billion) in a special dividend to help with payments, in particular, RM37 billion in tax refunds owed by the former administration.

It will also slash subsidies and cash handouts, which is in line with what Prime Minister Mahathir Mohamad had warned would be a “budget of sacrifice”.

4 April 2019: Parlimen lulus bajet tambahan RM19.6b
Dewan Rakyat semalam meluluskan bajet tambahan RM19.6 bilion seperti yang dicadangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Ia dicapai apabila Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2018) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2018 diluluskan selepas dibacakan kali ketiga di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dan mendapat undian majoriti.

11 October, 2019: Malaysia Widens Budget Deficit Target (for 2020)

Malaysia widened its budget deficit target for next year, giving the government space to support growth as it seeks to lure foreign investment amid the U.S.-China trade war.

Finance Minister Lim Guan Eng revised the 2020 deficit goal to 3.2% of gross domestic product from 3% previously, projecting a decline in revenue next year. All 10 economists in a Bloomberg survey predicted the new fiscal target.
[Malaysia Widens Budget Deficit]

27 Feb 2020: Defisit fiskal dianggarkan meningkat sedikit kepada 3.4 peratus daripada KDNK berbanding anggaran asal 3.2 peratus - Dr Mahathir
Oleh itu, saya percaya jika PH terus memerintah hingga akhir penggal, hutang negara akan naik RM400 bilion hingga RM500 bilion kerana 22 bulan sudah RM136.8 bilion dan mereka asyik naikkan kebergantungan kepada minyak, naikkan defisit dan naikkan perbelanjaan tahunan kerajaan.

Hutang negara pada akhir penggal PH mungkin setinggi RM1.2 trilion jika mereka tak tumbang.

Bandingkan ini dengan hutang negara RM686.8 bilion yang ditinggalkan BN. Ya, kerajaan masa saya PM juga pernah naikkan hutang negara sebanyak RM380 bilion. Tapi kenaikkan paling besar ialah pada tahun 2009 apabila kita terpaksa selamatkan ekonomi negara dari kesan the Great Recession ketika itu.

Dan perlu ingat juga bahawa kekayaan negara naik RM1.2 trilion dari RM800 bilion ke RM2 trilion dalam tempoh saya PM, seperti diakui oleh Mahathir yang juga merupakan PM ke-7 bulan lepas.

Perlu ingat juga pada masa itu; 

- BN berjaya kurangkan defisit negara dan kebergantungan kepada hasil minyak untuk 8 tahun berturut-turut

- Rizab Petronas naik setiap tahun hingga RM176 bilion

- Kita banyak menambah aset-aset negara

- Kita naikkan bantuan rakyat tiap-tiap tahunl; dan

- Ekonomi serta eksport negara bertambah baik.

Namun, PH buat sebaliknya. Di bawah PH:

- Hutang naik dengan begitu laju,

- defisit dan kebergantungan kepada hasil minyak naik tiap-tiap tahun,

- bantuan rakyat dikurangkan atau dimansuhkan tiap-tiap tahun

- aset-aset negara dijual,

- rizab tunai Petronas dijarah sehingga ianya diturunkan penarafan oleh Moodys buat kali pertama dalam sejarah;

- ekonomi jatuh ke paling lemah sejak 10 tahun lalu dan kadar pertumbuhan eksport negara menjadi negatif.

Mohon kongsikan posting ini beramai-ramai supaya Rakyat tak lupa kegagalan rejim #Gagalkrasi PH.

Naratif daripada kegagalan PH tersebut ialah dengan mengaitkan hutang besar 1MDB kerana wang 1MDB kononnya dicuri oleh DS Najib. Ia  telah dimainkan sepenuhnya oleh PH bagi mengaburi mata rakyat dan menghalalkan perbuatan mereka dalam mengurus-tadbir negara. Kerajaan PH menambah hutang dengan alasan skandal 1MDB. 

Oleh hal yang demikian kalau semua duit 1MDB dapat balik, maksudnya tak adalah duit 1MDB yg hilang. Kalau tak ada duit yang hilang, so apa yang dicuri? Siapa yang mencuri dapatlah diketahui. Tak ke PH sakit bila mengetahui bahawa bukan DS Najib yang mencuri wang 1MDB?

Lim Guan Eng dan PH akan mengambil setiap peluang dan ruang untuk bercakap dan menyebarluas skandal 1MDB termasuk bercakap mengenainya di Parlimen. Ketika membahas atau berucap di parlimen, cubaan pihak pembangkang iaitu BN khususnya pihak UMNO tidak akan diberi ruang untuk mencela atau menyoal ucapan Menteri Kewangan iaitu Lim Guan Eng. Akibatnya tajuk-tajuk media utama di Malaysia tampil dengan tajuk yang sangat menarik perhatian dan seterusnya merupakan serangan langsung ke atas DS Najib.

Govt not paying remaining US$4.32 billion owed to IPIC and Aabar


KUALA LUMPUR: The government will not pay the remaining US$4.32 billion owed to International Petroleum Investment Co (IPIC) and Aabar.
Instead, it will demand the return of US$1.46 billion that has already been paid by 1Malaysia Development Bhd (1MDB), says Finance Minister Lim Guan Eng.
Lim said the government will go all out to reclaim all the funds which were either lost or stolen from 1MDB.
“1MDB and the Malaysian government will not be paying the balance of US$4.32 billion to IPIC and Aabar. We will instead be demanding a return of the US$1.46 billion which was already paid.

Kalaupun ada gangguan, atau ada persoalan yang timbul bahagian tersebut tidak akan diberi perhatian oleh pihak media. Keseluruhan media seperti dikerah untuk menyerang 1MDB dan personaliti DS Najib. Namun, kebenaran tetap tidak boleh disembunyikan, bilamana parlimen, badan tertinggi dalam negara ini, akhirnya dapat menyaksikan ucapan   DS Najib sebagai ulasan dan balasan kepada tuduhan Lim Guan Eng dan PH.

Di parlimen DS Najib membangkitkan hal perjanjian dengan IPIC dan Lim Guan Eng serta MP kerajaan (PH) tidak ada seorang pun yang bangkit membantah apa yang DS Najib bangkitkan. Ini cerita di parlimen. Bukan cerita kedai kopi abe.


DS Najib memberitahu bahawa setiap satu sen yang didakwa hilang dari 1MDB telah dibayar atau dijamin oleh syarikat IPIC milik penuh kerajaan Abu Dhabi. Kalau niat utama kerajaan adalah untuk mendapat kembali segala wang, perjanjian penyelesaian ini patut dipatuhi.

Bergantung kepada DOJ Amerika Syarikat untuk kembali wang selepas ianya dibayar dan dijamin oleh IPIC bermaksud kita tak mungkin dapat kembali keseluruhan dana yang didakwa hilang.

DOJ hanya mampu mendapat kembali sebahagian dari dana tersebut. Itupun dengan cara sedikit demi sedikit. Tetapi niat kerajaan PH berlainan.

Jika semua wang 1MDB yang didakwa hilang dikembalikan oleh IPIC sebelum akhir tahun 2020 ini, maka Najib tak rompak apa-apa. Itu bercanggah dengan propaganda PH.

Jika perjanjian tak batal maka hanya boleh kata IPIC belum bayar balik dana 1MDB. Wang tak hilang.

Sebab itu, kerajaan PH dahulu sanggup menerima sebahagian dari wang tersebut melalui DOJ sedikit demi sedikit dan tidak mahu mendapat kembali segala dana didakwa hilang secara sekaligus seperti dalam perjanjian penyelesaian.

Kerajaan patut meneruskan perjanjian penyelesaian dengan IPIC jika kita mahu mengambil balik semua wang 1MDB yang di dakwa hilang secara sekaligus - bukan dengan meneruskan cara PH untuk mengambil balik sedikit demi sedikit.

Ini penjelasan yang sudah diulang banyak kali tapi tak pernah disangkal oleh sesiapa dari PH


Image may contain: 1 person

Seperti biasa memang payah nak kata perangai pemimpin seperti Khalid Samad ini tanpa mengaitkannya dengan kebodohan dan kebangangan. Khalid Samad ini samada baru keluar dari gua (istilah netizen) atau sememangnya bangang.

Tunjukkan mana satu penafian rasmi DS Najib mengenai ketirisan 1MDB. Tapi apa yang Khalid Samad ini gagal faham ialah 1MDB dan kehilangan wang 1MDB bukan kerana perbuatan DS Najib. Dia ni cukup bodoh untuk gagal melihat bahawa ada orang lain yang menggelapkan wang tersebut.

Individu tersebut ialah Jho Low dan rakan-rakan subahat yang melakukannya secara licik tanpa pengetahuan DS Najib sebagai Pengerusi kepada Lembaga Penasihat 1MDB. Kalaulah dia ni rajin sikit membaca dan menikuti perbicaraan di mahkamah, sudah tentu dia akan lebih tenang dan tak lah kelihatan meroyan tak tentu pasal.

Kerana sikap gelojoh dan berlagak terlalu pandai, Khalid Samad antara yang paling cepat respon pada berita pemulangan USD300 juta tersebut. Tanpa gagal seperti biasa dia mengukuhkan kedudukan sebagai antara pemimpin pembangkang yang paling kuat meroyan.



Seperti biasa, puak-puak PH ini memilih untuk berpolitik dan bukannya melihat kebenaran. Cuma kali ini, si Khalid ini tidaklah pula menyebut nama DS Najib secara khusus tapi sindirannya tetap ada. Dalam masa sama, dia juga menyindir PM ke-8 sebagai pengkhianat. Pulak dah!!


Khalid tak sebut pula betapa tidak amanahnya PH dengan tidak menuntut gantirugi daripada IPIC seperti mana yang terkandung dalam Perjanjian 1MDB-IPIC sebaliknya mereka berpolitik dan memfailkan tuntutan dan mencabar sendiri perjanjian tersebut.


Pelik tak kerja tu? Pembaca rasa? Bagi kebanyakan yang waras, memang merasa pelik kerana penyelesaian berdasarkan perjanjian tersebut dicadangkan oleh US DoJ tapi peguam negara memilih untuk buat kerja yang tak masuk akal demi menjaga kepentingan pemimpin tertentu dalam PH.


Apapun lid (panggilan popular yang DS Najib kepada Khalid Samad), sila lihat dan ikuti apa sebab 1MDB ditubuhkan oleh kerajaan BN.

Lihat juga faedah-faedah yang dijana oleh 1MDB demi pembangunan dan kemajuan negara, kesejahteraan rakyat.

Faedah 1MDB

DS Najib menjelaskan tentang faedah daripada 1MDB dan catatannya terperinci seperti di bawah.

Ada penulis media sosial PH yang tulis dalam komen posting saya tadi bahwa hutang RM32 bilion 1MDB telah menjahanamkan Malaysia, kita perlu timbus hutang ini kerana wang sudah hilang dan kita langsung tak dapat apa-apa pulangan daripadanya.

Sebab itu, saya jawab tuduhan ini sekali lagi serta mengemukakan soalan-soalan cepumas bagi pemimipin PH korang.

Baca perlahan-lahan. Perhatikan dengan teliti gambar-gambar yang saya lampirkan juga.

1. Menyelesaikan masalah perjanjian penjana elektrik bebas (IPP) berat sebelah ketinggalan PM ke-4 yang menyunmbang RM8 bilion hingga RM10 bilion kepada PETRONAS setiap tahun untuk tempoh 20 tahun yang akan datang.

Saksi telah mengaku peranan 1MDB itu dalam Mahkamah. (tengok gambar)

Dengan penyelesaian itu juga, harga saham TNB naik tiga kali ganda dari RM5 hingga RM16 setelah keuntungan TNB berganda naik. Ini memberi manfaat kepada semua ahli Tabung-tabung rakyat seperti KWSP, PNB, Tabung Haji dan KWAP.

SOALAN CEPUMAS BAGI PH: Adakah masalah legasi IPP berat sebelah telah diselesaikan oleh Najib dengan pertolongan 1MDB.

Jika belum, kenapa PH sejak tahun 2012 tidak pernah lagi bangkitkan tuduhan ini yang dulu korang kata merugikan negara sebanyak RM20 bilion setiap tahun?

Adakah RM20 bilion X 20 tahun itu lebih besar atau lebih kecil berbanding hutang RM32 bilion 1MDB?
[Baca di sini}

Anwar Ibrahim membantai kerajaan BN dan DS Najib pasal perjanjian penjana elektrik yang menurutnya terlalu menguntungkan pihak  penjana elektrik bebas (IPP). Apa yang Anwar tak cerita dan berbohong sepanjang masa ialah DS Najib melalui 1MDB bertindak menyelesaikan masalah perjanjian penjana elektrik bebas (IPP) berat sebelah ketinggalan PM ke-4 yang menyunmbang RM8 bilion hingga RM10 bilion kepada PETRONAS setiap tahun untuk tempoh 20 tahun yang akan datang

Anwar Ibrahim patutnya cerita hal tersebut jika benarlah dia seorang yang bermoral dan berintegriti. Tapi ia tidak berlaku seperti itu kerana maklumat yang benar mengenai 1MDB diketahui rakyat hanya akan menjadikan PH tak akan berjayapun sampai ke Putrajaya membentuk kerajaan. Sebab itu maklumat mengenai 1MDBseperti disekat dan ebaliknya yang dicanang dan diratibkan ialah Hutang 1MDB terlalu besar, DS Najib curi wang 1MDB. Mereka berjaya dengan fitnah tersebut. BN tumbang, PH naik. 

Apapun strategik 1MDB semata-mata tidak berjaya jika tidak mengguna Mahathir. Sisa-sisa pengaruh Mahathir berjaya dalam mengabui dan menenggelamkan faedah serta kebaikan 1MDB masa itu. Fakta 1MDB berjaya disembunyikan. Anwar terus bermaharajalela dengan tuduhan bahawa DS Najib tak berani. Dan rakyat percaya DS Najib tak berani dan terlalu tunduk. Tapi ia memang dah dibuat. DS Najib lebih berani dan tahu apa yang patut dibuat berbanding Anwar Ibrahim yang hanya beretorik. 

1. IPP

Antara yang 1MDB dapat selesaikan ialah menyelesaikan masalah perjanjian penjana elektrik bebas (IPP) berat sebelah peninggalan PM ke-4, Mahathir yang menyunmbang RM8 bilion hingga RM10 bilion kepada PETRONAS setiap tahun untuk tempoh 20 tahun yang akan datang.



2. Pengkalan Udara  Sendayan

1MDB membina atau menaik taraf lapan pangkalan udara negara termasuk pangkalan udara Sendayan yang merupakan pangkalan paling besar dan paling moden dalam negara.
SOALAN CEPUMAS BAGI PH: Kenapa pemimpin PH tak pernah sebut tentang 8 pangkalan ini yang dibiayai 1MDB? Tak penting ke pangkalan udara bagi negara?


3. Projek Bandar Malaysia

Projek Bandar Malaysia dengan nilai pembangunan RM140 bilion di mana kerajaan PH telah menjual sebahagian dari projek ini dengan harga RM7.41 bilion pada bulan April tahun ini.

SOALAN CEPUMAS BAGI PH:  Adakah RM140 bilion dengan keuntungan minima RM92 bilion itu lebih besar atau lebih kecil berbanding hutang RM32 bilion 1MDB?

Dan adakah projek ini amat penting dan projek jual negara? Kita tanya PM ke-7:

"Perdana menteri berkata Bandar Malaysia akan memberikan impak signifikan terhadap ekonomi Malaysia berikutan ia akan berperanan sebagai hab untuk menarik lebih banyak syarikat multinasional berimpak tinggi global serta menawarkan potensi tindakan bersama dalam bidang kewangan, teknologi dan keusahawanan.

“Dengan jangkaan nilai pembangunan kasar atau GDV RM140 bilion, ia akan menjana impak besar terhadap pembangunan bandar untuk Malaysia bagi menarik lebih banyak pelaburan langsung asing,” katanya.

17 Dis 2019: Projek Bandar Malaysia bukti kerjasama baik Malaysia-China (masa kerajaan PH menjual sebahagian dari projek Bandar Malaysia ini dengan harga RM7.41 bilion sambil mengambil gambar beramai-ramai untuk claim kredit projek ini, lalu Guan Eng kata semasa bajet 2020 bahawa kerajaan terbeban dengan membayar RM2.7 bilion untuk hutang 1MDB dalam tempoh 3 tahun ini pulak)
4. Projek TRX dengan nilai pembangunan RM40 bilion.


SOALAN CEPUMAS BAGI PH:  Adakah projek TRX ini bagus, menguntungkan negara, penting untuk negara dan bukan sekadar satu lubang besar dalam tanah seperti pernah didakwa PH?

Kita tengok apa yang Lim Guan Eng jawab: 
12 Feb 2019: LGE describes RM40b TRX as one of Malaysia's best assets, beckons investors to take part in development

5. Perjanjian penyelesaian dengan IPIC

Perjanjian Penyelesaian dengan IPIC di mana syarikat milik kerajaan Abu Dhabi itu berjanji untuk memulangkan segala dana yang disyarki hilang sebelum 30 Disember 2020.
SOALAN CEPUMAS BAGI PH: Kenapa pula PH tak pernah jawab bahawa Najib dah selesaikan wang yang didakwa hilang dan syarat kembalikan wang ini ada dalam perjanjian penyelesaian?

Keran jika diberitahu kepada Rakyat maka 1MDB tiada lagi wang yang hilang (cuma tunggu masa untuk dibayar balik) dan Najib bukan perompak atau penyamun.

Baca seterusnya di sini [Jaminan oleh IPIC]

SOALAN CEPUMAS TAMBAHAN:  Hutang 1MDB adalah RM32 bilion. Kenapa dalam masa 22 bulan rejim gagalkrasi PH, mereka tidak pernah membayar balik atau mengurangkan satu sen prinsipal hutang ini?

Kerana hutang itu memang belum sampai tempoh untuk dibayar. Siapa yang suruh kita perlu bayar segala hutang ini sekarang?

Hutang ini adalah sampai tahun 2038 - iaitu selaras dengan projek-projek pembangunan TRX RM40 bilion dan Bandar Malaysia RM140 bilion yang juga memerlukan masa 20 tahun untuk diselesaikan dengan sepenuhnya?

Selain wang yang dibayar balik oleh PH, hutang RM32 bilion juga akan dibayar balik dengan keuntungan serta pulangandari projek-projek tersebut.

Lagipun, kenapa pula hutang RM32 bilion yang banyak aset boleh memufliskan negara tetapi rejim gagalkrasi PH tambah hutang negara sebanyak RM140 bilion tak memufliskan negara pulak?

Cuba tanya mana-mana pemimpin PH untuk jawab soalaan-soalan di atas.

Image may contain: 1 person, text that says "PM ucap terima kasih USA pulangkan dana RM1.29 billion 1MDB MALAYSIA Muhyiddin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan Amerika Syarikat kerana memulangkan US$300 juta (RM1. billion) dana 1MDB yang diselewengkan. Oleh: Menteri FB 15 April, 2020, Selasa 9:30pm"

DOJ PULANGKAN DANA KEPADA 1MDB SEBANYAK USD620 JUTA

DOJ pulangkan wang dan aset yang dipercayai milik 1MDB yang disita sebanyak USD620 juta (keseluruhannya), bersamaan dengan RM2.6 billion yang didakwa dicuri atau dirompak oleh Najib Razak.

Pemulangan duit ini BUKANNYA duit 1MDB tetapi duit penggubahan wang haram oleh Jho Low dan rakan-rakan sejenayahnya dari Timur Tengah, yang telah dikenakan tindakan oleh kerajaan Qatar.

Najib Razak dan kerajaan BN sebelum ini telah BERJAYA mencapai penyelesaian dengan IPIC untuk memulangkan semula wang dan aset tersebut. Mengikut perjanjian IMDB akan menerima bayaran pada 30 Disember 2020 dan Malaysia akan mendapat sebanyak USD4.5 billion atau RM19.4 billion dari IPIC.

Namun penyelesaian ini akhirnya telah dibatalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan selepas mereka memenangi PRU14 lalu dipercayai kerana kerajaan PH tidak mahu rakyat tahu bahawa Najib Razak sebenarnya bukan perompak wang IMDB seperti tuduhan PH

Malahan DUA KALI rundingan penyelesaian antara kerajaan Pakatan Harapan dan IPIC menemui kegagalan.

Pemulangan duit dan aset 'dipercayai' (berkait) 1MDB ini merupakan BUKTI bahawa Najib Razak tidak mencuri atau merompak RM2.6 billion duit 1MDB.

JADI SIAPAKAH SEBENARNYA PEROMPAK BERKENAAN?


Kita perlu tanya Khalid Samad, samada dia berani menafikan peranan kerajaan PH dalam kegagalan kerajaan mendapatkan semula jumlah keseluruhan wang 1MDB, sebaliknya berpuas hati dengan hanya mendapat sebilangan kecila sahaja daripada jumlah yang sepatutnya? 


Janganlah cepat melatah dan tunjuk hebat dengan pemulangan tersebut dan menganggap kerajaan gagalkrasi 22 bulan memberi sumbangan besar dalam membawa wang USD300 juta tersebut. Kita bukan bercakap pasal USD300 juta ataupun USD600 juta. Kita bercakap mengenai jumlah USD4.5 billion. Atau Khalid ni pun sebenarnya jenis gagal mathematik dan selalu salah perpuluhan juga seperti Lim Guan Eng? 

Lain kali sebelum membuat ciapan fikir dulu. Rakyat sekarang rakyat yang bermaklumat dan berpengetahuan. 


So, sekali lagi kita tanya si Khalid ni samada dia nak menafikan kegagalan membawa keseluruhan wang 1MDB yang diselewengkan itu  kerana PH gagal berperanan sebagai kerajaan? 

Sebab itulah ramai yang bertanya , knapalah Khalid ni bangang sangat? 


Image

76 kali saksi, 1MDB CEO Datuk Shahrol Azral berkata bahawa dia tidak mendapat arahan daripada DS Najib sebaliknya dia percaya bulat-bulat apa yang Jho Low beritahu kepadanya. 

Kenyataan Tan Sri Shafiee ketika perbicaraan di mahkamah mengenai 1MDB. 





Soal usaha menuntut supaya setiap sen wang 1MDB tidak hilang, diperolehi semula, dimulakan oleh DS Najib Razak dengan perjanjian 1MDB-PIC. Kita terpaksalah pula jawab si Khalid ini dengan mengulang semula fakta dan hakikat bahawa apa yang diperolehi oleh kerajaan hanya satu jumlah kecil berbanding saranan penyelesaian yang kerajaan BN buat.

Kerana kebangangan si Khalid ini, kita kena bangkitkan semula kegagalan PH dalam memperolehi jumlah wang yang sepatutnya lebih besar. 

Malaysia telah menerima US$300 juga dari Amerika Syarikat hari ini - bermakna jumlah wang yang dikembalikan oleh DOJ sehingga kini adalah US$620 juta. Perkembangan ini jelas menyangkalkan tuduhan PH sebelum ini bahawa DOJ tidak akan teruskan kerjasaman dengan kerajaan PN ataupun kerajaan PN tidak akan teruskan usaha untuk mendapat semula semua dana yang dikatakan hilang..

Namun, US$620 juta hanya sebahagian kecil daripada US$4.5 bilion yang sepatutnya dikembalikan kepada 1MDB sebelum 30 Dec 2020 jika perjanjian penyelesaian dengan IPIC milik kerajaan Abu Dhabi diteruskan.

Namun, kerajaan PH dahulu telah batalkan perjanjian penyelesaian asal yang ditandatangan pada masa BN.,

Kerajaan PH juga menolak tawaran IPIC yang disyorkan oleh DOJ sekali lagi pada tahun lepas seperti didedahkan minggu lepas:


Setiap satu sen yang didakwa hilang dari 1MDB telah dibayar atau dijamin oleh syarikat IPIC milik penuh kerajaan Abu Dhabi. Kalau niat utama kerajaan adalah untuk mendapat kembali segala wang, perjanjian penyelesaian ini patut dipatuhi.

Bergantung kepada DOJ Amerika Syarikat untuk kembali wang selepas ianya dibayar dan dijamin oleh IPIC bermaksud kita tak mungkin dapat kembali keseluruhan dana yang didakwa hilang. DOJ hanya mampu mendapat kembali sebahagian dari dana tersebut. Itupun dengan cara sedikit demi sedikit.

Tetapi niat kerajaan PH berlainan. Jika semua wang 1MDB yang didakwa hilang dikembalikan oleh IPIC sebelum akhir tahun 2020 ini, maka Najib tak rompak apa-apa.

Itu bercanggah dengan propaganda PH.

Jika perjanjian tak batal maka hanya boleh kata IPIC belum bayar balik dana 1MDB. Wang tak hilang. Sebab itu, kerajaan PH dahulu sanggup menerima sebahagian dari wang tersebut melalui DOJ sedikit demi sedikit dan tidak mahu mendapat kembali segala dana didakwa hilang secara sekaligus seperti dalam perjanjian penyelesaian.

Kerajaan patut meneruskan perjanjian penyelesaian dengan IPIC jika kita mahu mengambil balik semua wang 1MDB yang di dakwa hilang secara sekaligus - bukan dengan meneruskan cara PH untuk mengambil balik sedikit demi sedikit. Ini penjelasan yang sudah diulang banyak kali tapi tak pernah disangkal oleh sesiapa dari PH:

Kita bukan nak kutuk si Khalid ni tapi kerana dia memulakan cerita sombong dan temberang dia maka kita kena bangkit dan memberitahunya supaya jangan terlalu banyak tidur sehinggakan gagal memahami isu sebenar. Jangan terlalu berpolitik kerana politik ini sesuatu yang boleh menjadikan senjata sendiri sebagai senjata untuk bunuh diri sendiri pula. 

Rakyat tak suka orang yang hanya tahu cakap besar tapi perbuatan dan kelakuan adalah sebaliknya. 

Image may contain: 4 people, people sitting, possible text that says 'Bila kerajaan PN bantu rakyat Ko sibuk suruh bahas kat parlimen Dulu masa banyak masa kt parlimen Ko bantai membuta buat taik mata Alasan tak masuk parlimen Ko kata aircon sejuk pulak _ Gaji kami pun besar. Anda jeles? LIGHTS2015 2015'

“Tugas untuk menghadapkan pelaku-pelaku salah ini rumit dan mencabar memandangkan transaksi-transaksi dibuat merentasi batas-batas bidang kuasa serta melibatkan ramai individu dan banyak entiti-entiti.”

-Tommy Thomas

Sebenarnya tugas pihak pendakwaan khususnya Peguam Negara seperti Tommy Thomas menjadi sukar dan mustahil kerana dakwaan tersebut diasaskan kepada cerita dan bukti rekaan. Baru cerita rekaan pula di tabur merata tempat merentasi batas-batas bidang kuasa serta melibatkan ramai individu yang tidak berada dalam satu group whatsapp 

Tiada Bukti Kukuh, Tidak Boleh Tubuh RCI Siasat 1MDB – Mahathir


PUTRAJAYA – Kerajaan perlu menetapkan pertuduhan yang kukuh terhadap mereka yang terbabit dalam kontroversi berkaitan dana pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebelum menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita tidak boleh terus (menubuhkan) Suruhanjaya Diraja sehingga kita mempunyai beberapa pertuduhan kukuh terhadap mereka.

SRC dan 1MDB Apapun DS Najib tak tahu Propaganda PH tuduh DS Najib tak tahu jawab atau apa pun tak tahu dalam mahkamah? Kini, pendakwa raya kata DS Najib telah menjawab dengan jujur dan sebaik-baiknya sepanjang 11 hari beliau disoal dalam mahkamah. DS Najib pilih untuk membela diri menerusi keterangan bersumpah dan disoal dalam pemeriksaan semula.oleh pendakwa raya dalam mahkamah. Berani kerana benar. Tak sama dengan bakal PM5/6/7/8/9 yang memilih untuk memberi kenyataan tidak bersumpah dan enggan untuk disoal dalam pemeriksaan semula.oleh pendakwa raya. ********* PASUKAN PENDAKWARAYA PUJI DSN! Wartawan telah bertanya kepada Ketua Pendakwaraya lantikan Tommy Thomas, si Sithambaram tentang apa pengalamannya menyoal balas DSN di mahkamah. Sithambaram kata, walaupun DSN adalah mantan PM, sungguhpun beliau dihormati, namun DSN tidak diberi keringanan oleh pasukan pendakwaan ketika sesi soal balas ketika DSN menjadi saksi. Seterusnya Sithambaram mengatakan bahawa beliau mempunyai pengalaman amalan guaman selama 42 tahun. Dan beliau telah menyoal balas DSN di kandang saksi selama hampir 11 hari dan ia satu pengalaman yang agak menakutkan. Namun komen saya secara adilnya, sungguhpun ramai mungkin tidak sukakan komen ini, DSN adalah merupakan seorang saksi yang tidak berselindung atau memanipulasi kedudukannya dan beliau telah menjawab soalan-soalan saya sebaik yang beliau boleh.
“Selepas itu, barulah kita mempunyai pilihan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk meneliti banyak aspek berbeza yang membabitkan 1MDB,” kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama ketua setiausaha kementerian di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Dr Mahathir menjawab soalan mengenai janji Pakatan Harapan untuk menubuhkan RCI, seperti yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Mengenai status dokumen yang sensitif, Dr Mahathir berkata beliau tidak tahu sama ada dokumen itu telah dimusnahkan atau dikeluarkan tetapi telah mengarahkan semua kementerian bahawa tiada apa-apa dokumen boleh dikeluarkan atau dimusnahkan dari sekarang.

Mengenai usaha mendapatkan pengampunan diraja bagi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Mahathir berkata ia mungkin tertangguh sedikit tetapi janji untuk membebaskan beliau akan diteruskan dengan beberapa proses undang-undang perlu dipatuhi. – BERNAMA

Image may contain: possible text that says 'CAKAP LA APA PUN RAKYAT TAK PERCAYA DAH DENGAN PH'

Comments

Popular posts from this blog

Police Call Up Sarawak Chinese Activist Members For Not Standing For National Anthem

Police Call Up Sarawak Chinese Activist Members For Not Standing For National Anthem Sarawak for Sarawakians (S4S) official spokesman Shaow Tung Leong (The Star) – Police have called up seven members of the Sarawak for Sarawakians (S4S) activist group who did not stand up for the national anthem, as seen in a video clip which has gone viral on social media. State deputy commissioner of police DCP Datuk Dev Kumar said a police report on the incident was lodged on Monday (Sept 30). “Based on the report, we have commenced investigations under Section 8(3) of the National Anthem Act 1968,” he said. Under Section 8, anyone who knowingly shows disrespect to the national anthem in a public place can be fined up to RM100 or jailed not more than one month. S4S spokesman Shaow Tung Leong, who was among those called up by police over the incident, said their action was a “silent protest” against the Federal Government’s “unfair” treatment of Sarawak. “We did not stand up because we feel d...

Perlembagaan benarkan Agong singkir PM, kata peguam

SHAH ALAM: Peguam kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan adalah salah untuk berkata Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa menyingkir Perdana Menteri. Malah, undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan dengan jelasnya menyatakan, “kuasa melantik termasuk kuasa untuk menolak,” kata Mohamed Haniff Khatri Abdulla. “Ada pihak mempersoal kuasa Agong terhadap Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak). Bagi saya, jawapannya ada dalam perlembagaan. “Perkara 40 (2) (a) menyatakan Agong boleh bertindak menurut budi bicara dalam pelantikan Perdana Menteri. Ia tidak menyentuh soal kuasa memecat Perdana Menteri. “Tetapi dalam Seksyen 29 Jadual ke-11, undang-undang bertulis menyatakan bagi individu atau pihak yang diberi kuasa membuat pelantikan ke mana-mana pejabat, kuasa yang sama hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk kuasa untuk membuang kerja atau menggantung individu yang dilantik dan melantik orang lain buat sementara bagi menggantikan indivi...

Penghantaran Helicopter dibeli era BN dihalang, alasan ada penyelwengan

Menteri Pertahanan kitalah iaitu YB  mat Sabu yang mengarahkan agar penyerahan helikopter penyerang MD-530G kepada ATM ditangguhkan atas alasan untuk menyiasat penyelewengan walaupun pesawat yang ditempah telah pun siap. RM301 JUTA SUDAH DIBAYAR HELIKOPTER MD-530G TIDAK DITERIMA Begitulah tajuk pemberitaan FMT yang berterusan  membawa agenda dajal dalam usaha menghasut rakyat dengan fitnah terhadap kerajaan terdahulu serta oleh media utama pro PH yang lain dan turut dikongsi oleh RBA RBA dan barua 3K mereka Dengan status panjangnya 10 perkataan  atau dengan hanya share tajuk seperti yg dilapor FMT kebanyakan mahacai dan RBA sudah faham segala gala,  walau pun kami penyokong UMNO hampir satu jam satu satu artikel dibaca semata mata mahu memahami satu satu isu agar ia tidak bias dalam pemahaman kami selaku rakyat Malaysia. Hamba politik PH serta BARUA BARUANYA bertungkus lumus untuk mengekalkan kuasa politik mereka pada PRU 15 sanggup berbuat apa saja terma...