Skip to main content

Di sebalik krisis Covid-19, PKR tawar ganjaran untuk tiup sentimen anti-kerajaan


Korg nampak tak kenapa kita kata PH ni tak boleh pakai and kenapa harus kita tinggalkan PH? Sebab bebal tak sudah! Sebarkan!

-Ratu Naga

PETALING JAYA: Ketika berita dan perbualan di media sosial tentang Covid-19 meluputkan kenangan mengenai kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Februari, sebuah bekas parti pemerintah bersungguh-sungguh mahukan orang ramai terus mengingatinya dengan memberikan ganjaran kepada ahli parti yang mengkritik cara pentadbiran semasa mengendalikan pandemik itu.
FMT kini boleh mendedahkan bahawa PKR, anggota utama bekas gabungan pemerintah, memulakan kempen untuk menafikan sokongan orang ramai terhadap kerajaan Perikatan Nasional walaupun pembentukannya mengundang kontroversi.
Sebahagian daripada kempen itu, termasuklah menyeru pemimpin parti menghantar video pendek kritikan mereka terhadap pentadbiran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, yang terpaksa menguruskan krisis paling serius dalam sejarah moden beberapa hari selepas mengangkat sumpah jawatannya.
Satu mesej yang dilihat oleh FMT yang dihantar menerusi kumpulan WhatsApp, menggesa ahli parti itu terus membuat ulasan dengan tujuan menarik perhatian umum kepada kelemahan kerajaan mengendalikan pandemik Covid-19, yang memaksa kerajaan serata dunia mengumumkan pelan penyelamat bernilai berbilion dolar kerana memikirkan ekonomi global mungkin runtuh.
“Kita sedang dalam Fasa ke-2 perintah kawalan pergerakan. Suara Keadilan ingin mengambil inisiatif untuk menyediakan video pendek pimpinan PKR menyuarakan kritikan terhadap kerajaan PN,” kata satu pesanan dalam satu kumpulan perbualan PKR, merujuk kepada alat sebaran rasmi parti itu.
Turut disediakan garis panduan format ulasan: Video mesti antara 30 saat hingga 1 minit, “tiada bising”, dan “pencahayaan yang baik”.
“Ulas apa sahaja isu berkenaan kerajaan PN, terutama kelemahan dalam menangani Covid-19 dan tiada perancangan pemulihan ekonomi untuk rakyat selepas krisis Covid-19 berakhir serta apa sahaja isu-isu yang sesuai,” kata mesej itu.
Kejatuhan PH berlaku beberapa hari selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran dengan mengisytiharkan Covid-19 suatu pandemik, memaksa kerajaan serata dunia menggiatkan langkah melawan penyakit berbahaya itu yang melanda China ketika itu.
Beberapa minggu selepas membentuk Kabinet, Muhyiddin mengumumkan langkah-langkah yang tidak pernah berlaku sebelum ini bagi mengawal virus itu, termasuk menutup perniagaan, sekolah, dan menghentikan semua kegiatan harian seluruh negara di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lepas.
Perhatian orang ramai terhadap pandemik itu mengatasi obsesi terhadap politik, kebanyakan laman media tiada pilihan kecuali menyampaikan berita dan maklumat terkini mengenai penyakit berbahaya itu.
Sejak itu pemimpin PH menggunakan media sosial, ramai pemimpinnya, termasuk calon perdana menterinya, Anwar Ibrahim muncul setiap hari menggunakan kemudahan talian popular seperti YouTube dan Facebook.
Sementara itu, difahamkan PKR menyediakan “insentif” kepada mereka yang aktif “menghentam kerajaan”, menurut seorang sumber.
“Ia sesuatu yang kami sediakan pada Februari,” kata orang dalaman PKR kepada FMT ketika diminta mengesahkan perkara itu.
Beliau berkata parti itu akan memberi ganjaran kepada mereka yang “mengulas secara agresif” di media sosial.
“Ia boleh sama ada untuk mempertahankan presiden PKR, Anwar Ibrahim atau menyerang pengkhianat,” kata sumber itu, menggunakan istilah yang sekarang digunakan oleh pemimpin parti itu terhadap sekumpulan ahli Parlimen yang meninggalkan parti untuk membentuk PN bersama PPBM, Umno, PAS, dan GPS.

Comments

Popular posts from this blog

Tinggalkan DAP

Tinggalkan DAP Memang tak sangka, bila dengar berita ni. Ong Kian Ming ni dah 14 tahun dalam DAP, lama sangat tu, tiba-tiba keluar mesti ada sebab berat. Dari apa yang dia cakap, isu utama dia tak puas hati keputusan parti kekal dalam kabinet. Dia rasa DAP patut keluar dulu, tekan kerajaan buat perubahan yang dijanjikan, tapi parti pilih untuk terus kekal. Bila prinsip sendiri tak sama dengan hala tuju parti, memang susah nak terus tinggal. Dia pun kata tak masuk parti lain, tak nak bertanding juga. Nampak macam bukan sebab nak lari ke tempat lain, tapi betul-betul rasa tak sehaluan dah. Bila orang yang dah lama dalam parti pun buat keputusan macam ni, mesti ada benda yang tak kena di dalam. Entah-entah ini cuma permulaan saja, belum tahu siapa lagi akan ikut jejak langkah dia selepas ni.

Pilih semula BN kalau kami gagal kata Saddiq

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup dibuang seandainya PH gagal memenuhi manifesto mereka selepas dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN,” kata Syed Saddiq ketika sesi acara 'Sinar Debat bersama Exco Pemuda UMNO'. Syed Saddiq berkongsi pentas dengan Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin dalam forum anjuran Sinar Harian diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin. Menurut Syed Saddiq, PH perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu. Ujar beliau, rakyat berkuasa untuk membawa perubahan kerana walaupun negara ditadbir oleh BN lebih 60 tahun, parti itu adalah tidak sama seperti dahulu. Menurutnya, PH juga akan membebaskan media dan mana-mana kerajaan ti...

RM314 Juta Tidak Diterima Kerajaan, Anthony Loke Patut Dipertanggungjawapkan

Isu penggantungan perkhidmatan MYEG dan Zetrix AI ini bukan sekadar pertikaian komersial biasa tetapi ia satu isu yang melibatkan amanah rakyat dan aliran dana negara. Dua platform ini  diwujudkan untuk memperkemas urusan awam dan mempercepatkan transformasi digital kerajaan justru kegagalan menyerahkan hasil berjumlah RM314 juta amatlah membimbangkan. Jumlah ini bukan kecil dan ia adalah hak rakyat yang sepatutnya digunakan untuk membiayai pelbagai keperluan pembangunan dan kebajikan masyarakat.  Apabila dua entiti ini gagal menunaikan tanggungjawab kewangan mereka rakyat mula mempersoalkan pengawasan dan mekanisme pemantauan yang ada di bawah kementerian berkenaan. Ia menimbulkan keraguan tentang sejauh mana kerajaan memastikan rakan kongsi yang dilantik mematuhi syarat perjanjian. Perkara yang lebih mendesak adalah ke mana perginya wang tersebut dan mengapa kelewatan ini dibiarkan berlaku sehingga ke tahap penggantungan perkhidmatan. Semua ini berlaku di bawah pengawasan m...