Skip to main content

Pengerusi MPOB: Gagal Berfungsi, sebab Bakke diminta letak jawatan

Malaysiakini

Laporan mengatakan pihak kerajaan PN meminta Bakke Mohd Salleh untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi MPOB. Namun seperti biasa Portal Berita sampah seperti Malaysiakini memainkan isu perletakan jawatan tersebut dengan isu 1MDB.

[Diminta letak jawatan kerana 1MDB]

Malaysiakini memainkan sentimen perletakan jawatan ini sebagai ada kaitan dengan 1MDB kerana Bakke ini adalah antara individu sebelum dilantik ke jawatan sebagai Pengerusi MPOB yang kuat bercakap mengenai 1MDB tetapi sehingga kini, dia sendiri tidak pernah ada bukti mengenai 1MDB yang melibatkan bekas PM iaitu Dato' Seri Najib Razak.

Sudah tentu dalam keadaan sekarang di mana kerajaan baru menyusun pengurusan dan pentadbiran badan-badan berkanun dan agensi kerajaan seperti MPOB, individu yang mengetuainya adalah antara yang perlu ditukar bila tidak perform atau berfungsi sepatutya.

Malaysiakini langsung tidak menyentuh tentang sebab utama permintaan Bakke ini meletakkan jawatan. Malaysiakini tidak menyebut mengenai harga minyak sawit yang merudum dan kesukaran menembusi pasaran antarabangsa. Kegagalan memasarkan hasil sawit Malaysia ke luar negara telah menyebabkan bekas Menteri seperti Teressa Kok dibalun dan dilanyak secukupnya oleh masyarakat. Malah ada yang menghantar tandan-tandan sawit kepada Teressa kerana geram dengan hasil sawit yang tidak ada pasaran dan pendapatan para pekebun merudum.

Boleh baca disini [Pemuda MCA hantar sawit kepada Teressa Kok]

Pemuda MCA Hantar Buah Tangan Kepada Teresa Kok - Ini Berita Malay

Adalah tidak masuk akal sama sekali bagi kerajaan PN yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin untuk memecat si Bakke ini kalau ia ada kaitan dengan 1MDB kerana PM sendiri mengarahkan agar usaha mendapatkan semua dana 1MDB di luar negara diteruskan. Jadi mana logiknya si Bakke ini dipecat kerana 1MDB?

Malaysiakini

Tak logik. Tak logik. Itu semua mengarut.

[Muhyiddin arah teruskan usaha dapat dana 1MDB]

MPOB yang si Bakke ini pimpin gagal dalam usaha meningkatkan eksport minyak sawit Malaysia dan sebalik bermain angka mengenai peningkatan eksport pada bulan Oktober dan November 2019 yang dibandingkannya dengan nilai eksport bulan yang sama pada tahun 2018. Ia langsung tidak berani embandingkan dengan eksport minyak sawit Malaysia ketika berada di bawah BN.

Nampak tak kegusaran kerajaan di sini? Rakyat terutama pekebun kecil tak akan kenyang dengan retorik politik oleh PH melalui MPOB.

[Eksport Minyak sawit meningkat?]

DS Najib juga buat posting mengenai hal berkaitan dengan eksport sawit Malaysia dan menyarankan pihak kerajaan PH terutama menteri dan pengerusi MPOB tidak terus menipu rakyat


Beliau berkata bahawa Media tempatan tidak akan lapor ini.

Walaupun kerajaan PH kata boikot negara India tak berkesan atau tidak wujud sama sekali, data rasmi dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengesahkan eksport sawit ke India jatuh 77%.

Dengan itu juga, jumlah eksport sawit untuk bulan November 2019 juga turun ke 1.4 juta tan berbanding 1.64 juta tan pada bulan sebelumnya.

Jika Menteri sawit jawab, dia akan kata "tapi harga minyak sawit dan eksport sudah naik untuk bulan-bulan sebelumnya"?

Tapi kebenarannya ialah pengeluaran sawit Malaysia juga jatuh dengan signifikan.

Pengeluaran bulan Oktober jatuh dari 1.96 juta tan tahun lepas ke 1.76 juta tan.

Begitu juga dengan pengeluaran bulan November yang jatuh dari 1.85 juta tan pada November 2018 ke 1.53 juta tan pada November 2019.

Data rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia juga menunjukkan:

- Bulan Okt 2019 berbanding Okt 2018

"Minyak kelapa sawit dan hasil keluaran berasaskan minyak kelapa sawit (6.2% daripada jumlah eksport), merosot RM572.5 juta (-9.3%) kepada RM5.6 bilion. Eksport minyak kelapa sawit, komoditi utama dalam kumpulan produk ini menurun RM354.0 juta atau 9.8% disebabkan oleh penurunan dalam kedua-dua volum eksport (-5.5%) dan nilai purata seunit (-4.5%);"

Jumlah volum eksport dan harga eksport jatuh.

- Bulan Sep 2019 berbanding Sep 2018

"Minyak kelapa sawit dan hasil keluaran berasaskan minyak kelapa sawit (6.7% daripada jumlah eksport), jatuh RM366.9 juta (-6.6%) kepada RM5.2 bilion. Eksport minyak kelapa sawit, komoditi utama dalam kumpulan produk ini menurun RM313.3 juta atau 9.3% disebabkan oleh kejatuhan dalam kedua-dua nilai purata seunit (-7.1%) dan volum eksport (-2.3%);

Jumlah volum eksport dan harga eksport jatuh.

- Bulan Ogos 2019 berbanding Ogos 2018 (sebelum boikot dan kenaikan duti import ke atas minyak sawit dari Malaysia naik)

"Minyak kelapa sawit dan hasil keluaran berasaskan minyak kelapa sawit (7.3% daripada jumlah eksport), meningkat RM844.3 juta (+16.7%) kepada RM5.9 bilion. Eksport minyak kelapa sawit, komoditi utama dalam kumpulan produk ini melonjak RM874.0 juta atau 31.5% disebabkan oleh peningkatan dalam volum eksport (+54.1%) walaupun nilai purata seunit menyusut 14.7%;

Jumlah volum eksport naik dengan banyak tapi harga eksport jatuh teruk.

Tiada guna jika harga sawit lebih tinggi jika pengeluaran serta eksport jatuh dan kita perlu memberi diskaun yang besar untuk jual.

Harap kerajaan PH jangan menyembunyikan fakta dan akan menyelesaikan masalah.

Jangan selalu tipu Rakyat.

No photo description available.

Comments

Popular posts from this blog

Police Call Up Sarawak Chinese Activist Members For Not Standing For National Anthem

Police Call Up Sarawak Chinese Activist Members For Not Standing For National Anthem Sarawak for Sarawakians (S4S) official spokesman Shaow Tung Leong (The Star) – Police have called up seven members of the Sarawak for Sarawakians (S4S) activist group who did not stand up for the national anthem, as seen in a video clip which has gone viral on social media. State deputy commissioner of police DCP Datuk Dev Kumar said a police report on the incident was lodged on Monday (Sept 30). “Based on the report, we have commenced investigations under Section 8(3) of the National Anthem Act 1968,” he said. Under Section 8, anyone who knowingly shows disrespect to the national anthem in a public place can be fined up to RM100 or jailed not more than one month. S4S spokesman Shaow Tung Leong, who was among those called up by police over the incident, said their action was a “silent protest” against the Federal Government’s “unfair” treatment of Sarawak. “We did not stand up because we feel d...

Pilih semula BN kalau kami gagal kata Saddiq

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup dibuang seandainya PH gagal memenuhi manifesto mereka selepas dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN,” kata Syed Saddiq ketika sesi acara 'Sinar Debat bersama Exco Pemuda UMNO'. Syed Saddiq berkongsi pentas dengan Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin dalam forum anjuran Sinar Harian diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin. Menurut Syed Saddiq, PH perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu. Ujar beliau, rakyat berkuasa untuk membawa perubahan kerana walaupun negara ditadbir oleh BN lebih 60 tahun, parti itu adalah tidak sama seperti dahulu. Menurutnya, PH juga akan membebaskan media dan mana-mana kerajaan ti...

Perlembagaan benarkan Agong singkir PM, kata peguam

SHAH ALAM: Peguam kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan adalah salah untuk berkata Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa menyingkir Perdana Menteri. Malah, undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan dengan jelasnya menyatakan, “kuasa melantik termasuk kuasa untuk menolak,” kata Mohamed Haniff Khatri Abdulla. “Ada pihak mempersoal kuasa Agong terhadap Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak). Bagi saya, jawapannya ada dalam perlembagaan. “Perkara 40 (2) (a) menyatakan Agong boleh bertindak menurut budi bicara dalam pelantikan Perdana Menteri. Ia tidak menyentuh soal kuasa memecat Perdana Menteri. “Tetapi dalam Seksyen 29 Jadual ke-11, undang-undang bertulis menyatakan bagi individu atau pihak yang diberi kuasa membuat pelantikan ke mana-mana pejabat, kuasa yang sama hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk kuasa untuk membuang kerja atau menggantung individu yang dilantik dan melantik orang lain buat sementara bagi menggantikan indivi...