Skip to main content

KOLEKSI RINGKAS PH MEROYAN

Image may contain: 1 person, text


KOLEKSI RINGKAS PH MEROYAN
Seboleh-bolehnya pada waktu krisis ini, su
hu politik diturunkan. Sedia maklum, kita tidak hidup di alam fantasi - sudah tentu industri politik akan terus berjalan. Tetapi pada masa sama, jaringan gol politik jangka pendek menjadi pertimbangan kedua, ketiga atau kesepuluh. Keutamaan seluruh rakyat Malaysia termasuk pengamal politik sewajarnya kepada usaha menyelamatkan negara dari krisis #Covid19, termasuklah pematuhan kepada PKP, sokongan kepada barisan hadapan di KKM, kemudian pencernaan idea dan pelaksanaan pakej ekonomi.
Inilah pendekatan yang diambil oleh pemimpin-pemimpin parti dalam Kerajaan sekarang, termasuklah dan terutamnya parti UMNO. Rata-rata kenyataan pemimpin UMNO menjurus kepada situasi mendesak semasa.
Tetapi semakin hari semakin banyak kenyataan meroyan oleh puak yang kecewa hilang kuasa atas kelemahan dan kecelaruan sendiri (itu kita kupas lain hari).

1. YB Khalid Samad

Juara. Setiap hari meroyan mencari kesalahan. Lihat sahaja garis masa media sosialnya - semua dicerca; baik dari Menteri sekarang, Menteri BN dahulu, sehinggalah ke mufti. Yang betul hanyalah dia dan PH. Tunggu masa kita betul-betul buka buku bab itu. Cuma nak beritahu, kalau nak promosi diri dan parti sendiri, silakan, tetapi tak perlu hina kepimpinan sekarang yang sedang mengurus keadaan pada hemat saya dengan prestasi yang jauh mengatasi PH dahulu.

2. YB Hannah Yeoh

Semenjak jadi pembangkang makin aktif dalam segala bentuk hasutan berhubung kesahihan Kerajaan Perikatan Nasional - dengan naratif pintu belakang yang dicanangkan. Itu pun kita boleh balas panjang nanti. Cuma nak beritahu, rakyat sekarang mahu usaha politik yang membina kekuatan bersama untuk menyelesaikan krisis. Sentimen menunjukkan rakyat sedang gusar dengan segala cabaran yang perlu diuruskan sebaiknya; tidak ramai minat sembang persaingan politik antara figura atau parti sekarang ini. Mungkin disebabkan tak faham sentimen rakyatlah pihak PH terjerumus ke kancah kekalahan gol sendiri.
Selain individu-individu seperti ini, kita telah melihat kenyataan-kenyataan rasmi lain yang langsung tidak membantu situasi.

3. Sehingga pakej rangsangan ekonomi pun kalau tanya PH, mahu dilambatkan gara-gara sandiwara politik kononnya ia perlu kelulusan Parlimen sedangkan selama ini tidak pernah dibangkitkan termasuk sewaktu Perdana Menteri interim mengumumkan pakej pertama 27 Februari dahulu.

4. Bila pakej dikatakan bernilai besar, ada yang laju mempertikai suntikan fiskal hanya RM 25 bilion walhal pengumuman Perdana Menteri tidak pernah pun "claim" jumlah suntikan adalah RM 250 bilion. Bila ditanya pakej rangsangan ekonomi mana yang hanya berbentuk fiskal, mereka tak jawab. Bila ditanya sewaktu pakej pertama diumumkan PM interim dibawah kelolaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang dikatakan bernilai RM 20 bilion itu, berapa jumlah suntikan fiskal, mereka tak jawab. (Dimaklumkan tak sampai RM 3b pun)

5. Waima kaedah pelaksanaan Bantuan Prihatin Nasional pun mereka pertikai awal-awal - katanya elok guna sistem e-tunai. Tak apalah, bab ini kita bagi diskaun - barangkali ia cadangan membina disebalik keresahan mereka yang khuatir rakyat lupa RM30 yang disumbangkan oleh Pakatan Harapan dahulu. Insya Allah rakyat tak lupa - terima kasihlah Pakatan Harapan.

Ini pula cadangan kepada Pakatan Harapan. Mainlah peranan sebagai pembangkang berkualiti. Ada diantara anda yang buat perkara itu, tetapi sayangnya ramai pemimpin besar anda yang masih bermain politik. Tukarlah koleksi kenyataan anda lebih kepada cadangan membina agar kita angkat status politik kita. PRU seterusnya, bila-bila sahaja ia ditakdirkan berlaku, anda boleh cuba lagi. Sekarang tak perlu meroyan kecewa. Sekarang ini jadilah pembangkang berkredibiliti.

Shahril Hamdan

Comments

Popular posts from this blog

Tinggalkan DAP

Tinggalkan DAP Memang tak sangka, bila dengar berita ni. Ong Kian Ming ni dah 14 tahun dalam DAP, lama sangat tu, tiba-tiba keluar mesti ada sebab berat. Dari apa yang dia cakap, isu utama dia tak puas hati keputusan parti kekal dalam kabinet. Dia rasa DAP patut keluar dulu, tekan kerajaan buat perubahan yang dijanjikan, tapi parti pilih untuk terus kekal. Bila prinsip sendiri tak sama dengan hala tuju parti, memang susah nak terus tinggal. Dia pun kata tak masuk parti lain, tak nak bertanding juga. Nampak macam bukan sebab nak lari ke tempat lain, tapi betul-betul rasa tak sehaluan dah. Bila orang yang dah lama dalam parti pun buat keputusan macam ni, mesti ada benda yang tak kena di dalam. Entah-entah ini cuma permulaan saja, belum tahu siapa lagi akan ikut jejak langkah dia selepas ni.

Pilih semula BN kalau kami gagal kata Saddiq

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup dibuang seandainya PH gagal memenuhi manifesto mereka selepas dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN,” kata Syed Saddiq ketika sesi acara 'Sinar Debat bersama Exco Pemuda UMNO'. Syed Saddiq berkongsi pentas dengan Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin dalam forum anjuran Sinar Harian diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin. Menurut Syed Saddiq, PH perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu. Ujar beliau, rakyat berkuasa untuk membawa perubahan kerana walaupun negara ditadbir oleh BN lebih 60 tahun, parti itu adalah tidak sama seperti dahulu. Menurutnya, PH juga akan membebaskan media dan mana-mana kerajaan ti...

RM314 Juta Tidak Diterima Kerajaan, Anthony Loke Patut Dipertanggungjawapkan

Isu penggantungan perkhidmatan MYEG dan Zetrix AI ini bukan sekadar pertikaian komersial biasa tetapi ia satu isu yang melibatkan amanah rakyat dan aliran dana negara. Dua platform ini  diwujudkan untuk memperkemas urusan awam dan mempercepatkan transformasi digital kerajaan justru kegagalan menyerahkan hasil berjumlah RM314 juta amatlah membimbangkan. Jumlah ini bukan kecil dan ia adalah hak rakyat yang sepatutnya digunakan untuk membiayai pelbagai keperluan pembangunan dan kebajikan masyarakat.  Apabila dua entiti ini gagal menunaikan tanggungjawab kewangan mereka rakyat mula mempersoalkan pengawasan dan mekanisme pemantauan yang ada di bawah kementerian berkenaan. Ia menimbulkan keraguan tentang sejauh mana kerajaan memastikan rakan kongsi yang dilantik mematuhi syarat perjanjian. Perkara yang lebih mendesak adalah ke mana perginya wang tersebut dan mengapa kelewatan ini dibiarkan berlaku sehingga ke tahap penggantungan perkhidmatan. Semua ini berlaku di bawah pengawasan m...