Skip to main content

GLC: Isu Perlantikan Orang politik


Rakyat benar-benar dikencing oleh PH mengenai GLC. Mereka berjanji, menjadikannya sebahagian daripada manifesto meroformasikan GLC. Tidak ada ahli politik, tidak ada ahli parti dari kalangan PH akan dilantik ke jawatan-jawatan di GLC. 

Dalam Manifesto PH, mereka berjanji PH tidak akan melantik orang politik memegang jawatan dalam GLC. Ini sebahagian besar daripada janji mereka yang kononnya mereformasikan GLC. Tengkorak atuk dia mereformasi.

Dalam buku ikrar Harapan jelas mencatatkan "Kerajaan PH akan memastikan pelantikan BOD ke dlm GLC nasional, adalah dari kalangan profesional & bukan berdasarkan kaitan politik mereka " -

Buku Harapan m/s 70

Apabila PH tersembam dog, rebah bagai tunggul buruk  dan ura-ura rombakan peneraju GLC, yang paling cepat meroyan ialah pemimpin Melayu yang pro PH seperti Rafidah Aziz. Kononnya cadangan untuk melantik mereka dari kalangan Ahli Parlimen menjadi peneraju GLC sebagai langkah ke belakang. 

Kita nak gelak atau nak nangis dengan kenyataan nek fidah ni? 

Apapun, DS Najib menjawab dengan padu dan pedas isu yang cuba dibangkitkan dan hendak disemarak oleh kumpulan PH ni. Tonton Video ya. Jangan dengar bahagian yang Rafidah Aziz dan Kadir Jasin sahaja tau. Dengar bahagian DS Najib sekali. Fakta tu ada kat situ. 


Rafidah terlupa ke antara orang terawal yang menjadi peneraju GLC sebaik sahaja PH menjadi kerajaan ialah Mahathir, bapa pelingkup negara. Bukan penulis cakap. Mat Sabu cakap. Ingat tu Fidah.

Masa dia lantik diri dia jadi pengerusi Petronas tu, ada Rafidah bantai dan tibai Mahathir. Ada dia kata yang perlantikan tersebut sebagai perlantikan ke belakang? Haram, kata orang Perak. Tak adanye dia tegur atau buat kenyataan macam tu. Dia puji kehebatan kerajaan PH adalah. Betul-betul badigol punya Rafidah Aziz.


Pengerusi PH yang juga merupakan PM, Menteri ekonomi dan Timbalan Presiden PKR telah membakul sampahkan janji tersebut lalu melalui pintu belakang telah melantik PM dan Menteri Ekonomi sebagai Lembaga Pengarah Khazanah Nasional. Mereka kata orang professional akan menerajui tetapi mereka memecat orang professional daripada menerajui GLC yang sangat penting tersebut. Video merakamkan TS Azman Mokhtar pada hari terakhir beliau sebagai peneraju Khazanah Nasional



Image may contain: text

'Kenapa banyak lantikan politik dalam Pakatan Harapan?'

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) harus memberi penjelasan kepada masyarakat berhubung tindakan pemimpin mereka yang membuat lantikan politik, walaupun perkara itu dilihat bertentangan dengan manifesto pilihan raya mereka.

Penganalisis Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Sivamurugan Pandian berkata, jika ia tidak dilakukan, perkara itu akan menimbulkan krisis keyakinan, seterusnya mewujudkan imej negatif terhadap pakatan itu.

“Walaupun Pakatan Harapan melihat ia (pelantikan itu) perlu, kita boleh anggap ia bertentangan dengan prinsip dasar yang mereka sendiri nyatakan dan ianya boleh menyebabkan pelbagai tafsiran dan kritikan.


“Mungkin justifikasi itu perlu supaya ia dapat berikan keyakinan dan kepercayaan kembali terhadap masyarakat yang kini sentiasa memerhatikan tingkah laku kerajaan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Semalam Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun mengumumkan pelantikan dua ahli majlis pimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sukiman Sarmani sebagai Pengerusi Universiti Teknikal Mara (Unitek-Mara) serta Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi sebagai Pengerusi Mara Corporation Sdn Bhd.


Rina yang juga Ketua Wanita Bersatu dan Pakatan Harapan berkata, pelantikan berkenaan telah pun mendapat persetujuan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Peguam yang dikatakan rapat dengan Dr Mahathir, Mohamed Haniff Khatri Abdulla turut diumum sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) yang baharu.

Pelantikan itu mendapat perhatian Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar, yang mempersoalkan tindakan Pakatan Harapan yang sering bercanggah dengan apa yang mereka janjikan pada pilihan raya umum lepas.

“Tidak akan ada lantikan politik oleh PH dalam GLC. Malaysia baharu... mungkir janji sejak 10 Mei 2018,” kata bekas Menteri Belia dan Sukan itu.

Turut disenaraikan sebagai lantikan politik sebelum ini ialah, Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Wan Saiful Wan Jan (Pengerusi PTPTN), Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Dr Muhammad Faiz Na’aman (Ahli Lembaga Pengarah SKM), AJK Tertinggi Amanah, Mazlan Aliman (Pengerusi LPP).

Mengulas lanjut, Sivamurugan berkata, walaupun lantikan itu mungkin mempunyai meritnya, seperti latar belakang dan pengalaman mereka yang dilantik, namun sudah pasti ia akan terus mengundang kritikan secara berterusan.

“Sudah pasti parti pembangkang juga akan mengguna isu ini sebagai bahan untuk melahirkan krisis ke atas kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap pimpinan PH,” katanya lagi.



DAP Juga Mungkir Janji

Sebelum PRU14, DAP berjanji akan hanya melantik mereka dari kalangan atau golongan professional. Tapi bila dah memerintah, apa yang mereka lakukan ialah kebanyakan yang dilantik adalah dari kalangan ahli dan penyokong parti mereka juga. Cerita professional dah ke laut.



DAP di peringkat awalnya marahkan Mahathir kerana yang di lantik pegang jawatan dalam GLC majoriti kalah masa PRU14 dilantik bergaji. Inilah style PM ke-7 sama macam PM ke-4 yang di katakan menghancurkan Malaysia selama 22 tahun sebab semua pemimpin PH kata Malaysia telah rosak selama 60 tahun di bwh BN

Mereka terlupa daripada 60 tahun yang mereka cuba highlight kan itu, 22 tahun Mahathir menerajui Malaysia dan dalam tempoh 22 tahun inilah penswastaan, GLC diperkenalkan.



Image may contain: text that says "malaysiakini Calon PH yang tewas dilantik sertai GLC, dedah Ideas 5:07 petang (Dikemaskini 5:19 petang) Alyaa Alhadjri A Kajian pemikir, Hal Ehwal Demokrasi (Ideas) mendapati pelantikan politik entiti berkaitan kerajaan terus diamalkan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di sebalik janji-janji Pakatan Harapan (PH) untuk melakukan pembaharuan. Felo Kanan Ideas, Prof Gomez berkata ini dalam pelantikan enam calon PH yang kalah pada pilihan raya umum lalu tetapi dilantik sebagai ahli lembaga pengarah empat badan berkanun di bawah Kementerian Luar Bandar. 625 SHARES f"


No photo description available.

No photo description available.
Untuk DAP yang mengaku sangat berintegriti itu, cuba ikuti senarai ahli politik mereka yang dapat jawatan dalam GLC atau Agensi ketika mereka memerintah, kalau saya salah, silalah saman, ujar Mohd Fahim Mohd Farid

Image may contain: 8 people, people sitting, table and indoor

Berikut ialah artikel penuh Mohd Fahim Mohd Farid yang dikongsi di media-media sosial:-

Menjawab beberapa persoalan dan kritikan semberono daripada Pembangkang

Isu pengisytiharan harta yang dicanangkan seolah-olah kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin ini tiada integriti. Senang saja kritik macam ni, macam makan kuaci sambil tengok filem.

Biar saya jelaskan satu persatu. Pertama, barangkali geng-geng pembangkang ini lupa bahawa, dasar pengisytiharan harta ini ialah manifesto mereka, bukan manifesto kerajaan PN.
Itu adalah hak pembangkang (PH) ketika menjadi kerajaan untuk melaksanakannya dan bukan keutamaan kerajaan PN ketika ini.

Ketika ini kerajaan PN mengutamakan keperluan rakyat lebih daripada sandiwara politik, kerajaan bertungkus lumus bekerja memastikan rantaian jangkitan COVID19 berjaya diputuskan sama sekali.

Kerja-kerja ini lebih utama dari sandiwara politik pembangkang yang seolah-olah dengan mengisytihar harta itu, jaminan kerajaan itu dah berintegiriti. Jika inilah formula pembangkang, maka silalah kelongkang.

Janganlah menggunakan prinsip untuk bermain politik, janganlah berpura-pura anda itu maksum dan sempurna sangat, menyorok dibelakang retorik integriti.

Kedua, kami sebagai sebuah kerajaan dan saya percaya, mana-mana kerajaan sekalipun, sentiasa menghormati dan menjunjung integriti sebagai suatu prinsip yang harus diikuti dan dilaksanakan. Tetapi kami tidak semberono.

Saya nak tanya, bila pembangkang PH jadi kerajaan pada Mac 2018, bilakah tarikh kesemua menteri dan ketua-ketua parti mengisytiharkan harta?

1 bulan lepas jadi kerajaan? Tidak.

YAB Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah beri jaminan semua Jemaah Menteri akan isytihar harta dan akan diberikan kepada SPRM.

Ye YAB Perdana Menteri ada mintak Jemaah Menteri serah pada SPRM dalam tempoh sebulan. Tahu la SPRM buat kerja. Cubalah bersabar sikit.

Tentang isu Ahli Parlimen mengetuai GLC. Ini pun satu wayang lama yang putar kembali. Mungkin pembangkang ni masih berhalusinasi antara manifesto mereka dengan pendekatan kerajaan PN.

Kerajaan PN tak bertanggungjawab satu sen pun dengan manifesto pembangkang yang mahu letak semua anggota GLC bukan ahli politik. Yeke bukan ahli politik?  Mari kita semak fakta.

Untuk DAP yang sangatlah berintegriti itu, biar saya senaraikan ahli politik mereka yang dapat jawatan dalam GLC atau Agensi ketika mereka memerintah, kalau saya salah, silalah saman.

1. Wong Kah Who ( MP Ipoh Timur) – Pengerusi Sustainable Energy Development Authority (SEDA). Tarikh Lantikan Julai 2019

2. Alice Lau Kiong Yieng ( MP Lanang ) – Pengerusi National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH). Tarikh Lantikan Oktober 2019.

3. Charles Santiagao ( MP Klang) – Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Tarikh Lantikan Oktober 2019

4. Wong Tack ( MP Bentong ) – Pengerusi Malaysian Timber Industry Board (MTIB). Tarikh Lantikan Ogos 2018

5. Tak Kok Wai ( MP Cheras ) – Duta Khas berstatus Menteri ke China. Tarikh Lantikan Ogos 2018

6. Dr John Brian Anthony ( Ahli Jawatankuasa Pusat DAP ) – Pengerusi Lembaga Pengarah Lembaga Pelabuhan Bintulu. Tarikh Lantikan Nov 2018

7. Chan Foong Hin ( Set.DAP Sabah) – Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan. Tarikh Lantikan Feb 2019

8. Jeffrey Chew Gim Eam ( Mantan Penolong Bendahari DAP Pulau Pinang ) 
– Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Teluk Ewa. Tarikh Lantikan Feb 2019

9. Ean Yong Hiam Wah ( Timb Pengerusi DAP Selangor ) – Penegrusi Lembaga Pelabuhan Klang (PKA). Tarikh lantikan Mei 2019.

Saya minta, sekarang ini cuba pembangkang senaraikan siapakah MP BERSATU yang mengetuai GLC-GLC strategik (kewangan, perniagaan, kewangan, asset utama negara)? Ketika PH mentadbir kerajaan?

Janganlah ingat PM kita bodoh nak serah Petronas, Khazanah dan GLC-GLC startegik buta-buta kepada ahli politik dan individu yang tidak layak sepertimana DAP. Tolong semak dulu fakta sebelum tembak membuta tuli. Kata jangan berpolitik sangat dalam waktu COVID ni, jadi silalah laksanakan kata-kata anda itu.


Mohd Fahim Mohd Farid

Exco Armada Bersatu


Perlantikan Kalangan Orang Politik 

Blogger terkenal Raja Petra Kamaruddin mengulas dan bercakap mengenai GLC dan kenapa perlantikan kalangan orang politik itu perlu.




Comments

Popular posts from this blog

Police Call Up Sarawak Chinese Activist Members For Not Standing For National Anthem

Police Call Up Sarawak Chinese Activist Members For Not Standing For National Anthem Sarawak for Sarawakians (S4S) official spokesman Shaow Tung Leong (The Star) – Police have called up seven members of the Sarawak for Sarawakians (S4S) activist group who did not stand up for the national anthem, as seen in a video clip which has gone viral on social media. State deputy commissioner of police DCP Datuk Dev Kumar said a police report on the incident was lodged on Monday (Sept 30). “Based on the report, we have commenced investigations under Section 8(3) of the National Anthem Act 1968,” he said. Under Section 8, anyone who knowingly shows disrespect to the national anthem in a public place can be fined up to RM100 or jailed not more than one month. S4S spokesman Shaow Tung Leong, who was among those called up by police over the incident, said their action was a “silent protest” against the Federal Government’s “unfair” treatment of Sarawak. “We did not stand up because we feel d...

Perlembagaan benarkan Agong singkir PM, kata peguam

SHAH ALAM: Peguam kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan adalah salah untuk berkata Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa menyingkir Perdana Menteri. Malah, undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan dengan jelasnya menyatakan, “kuasa melantik termasuk kuasa untuk menolak,” kata Mohamed Haniff Khatri Abdulla. “Ada pihak mempersoal kuasa Agong terhadap Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak). Bagi saya, jawapannya ada dalam perlembagaan. “Perkara 40 (2) (a) menyatakan Agong boleh bertindak menurut budi bicara dalam pelantikan Perdana Menteri. Ia tidak menyentuh soal kuasa memecat Perdana Menteri. “Tetapi dalam Seksyen 29 Jadual ke-11, undang-undang bertulis menyatakan bagi individu atau pihak yang diberi kuasa membuat pelantikan ke mana-mana pejabat, kuasa yang sama hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk kuasa untuk membuang kerja atau menggantung individu yang dilantik dan melantik orang lain buat sementara bagi menggantikan indivi...

Penghantaran Helicopter dibeli era BN dihalang, alasan ada penyelwengan

Menteri Pertahanan kitalah iaitu YB  mat Sabu yang mengarahkan agar penyerahan helikopter penyerang MD-530G kepada ATM ditangguhkan atas alasan untuk menyiasat penyelewengan walaupun pesawat yang ditempah telah pun siap. RM301 JUTA SUDAH DIBAYAR HELIKOPTER MD-530G TIDAK DITERIMA Begitulah tajuk pemberitaan FMT yang berterusan  membawa agenda dajal dalam usaha menghasut rakyat dengan fitnah terhadap kerajaan terdahulu serta oleh media utama pro PH yang lain dan turut dikongsi oleh RBA RBA dan barua 3K mereka Dengan status panjangnya 10 perkataan  atau dengan hanya share tajuk seperti yg dilapor FMT kebanyakan mahacai dan RBA sudah faham segala gala,  walau pun kami penyokong UMNO hampir satu jam satu satu artikel dibaca semata mata mahu memahami satu satu isu agar ia tidak bias dalam pemahaman kami selaku rakyat Malaysia. Hamba politik PH serta BARUA BARUANYA bertungkus lumus untuk mengekalkan kuasa politik mereka pada PRU 15 sanggup berbuat apa saja terma...