Skip to main content

Mat Sabu anggap surat kepada pemimpin Arab bukan tulisan Hadi



FMT: Presiden Amanah, Mohamad Sabu yakin surat berbahasa Arab kepada gerakan Islam bagi menjelaskan keadaan politik semasa di Malaysia yang tersebar di media sosial baru-baru ini bukan penulisan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

“Ini kerana beliau adalah seorang ulama yang telah membimbing saya ketika dalam PAS sebelum ini.

“Walaupun pada 2015 kami mengambil langkah politik berbeza dengan keluar PAS dan menubuhkan Amanah, tetapi penghormatan terhadap beliau tidak pernah hilang sebagai seorang ulama yang dijelmakan di dalam PAS sejak sekian lama,” tulisnya dalam catatan di Facebook hari ini.

Dalam surat bertarikh 22 Mac lalu kepada pemimpin Arab itu, Hadi didakwa menceritakan bagaimana kerajaan Perikatan Nasional terbentuk dan kenapa PAS menyokong serta menyertai kerajaan baru.

Pada 2 April lalu, Putrajaya mengumumkan pelantikan Hadi sebagai duta khas perdana menteri ke Timur Tengah yang bertaraf menteri.

Pejabat Perdana Menteri dilaporkan berkata, pelantikan itu dipersetujui Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Hadi ialah bekas naib presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia dan pernah dipilih antara 500 umat Islam berpengaruh di dunia bagi kategori pendakwah dan pembimbing rohani oleh The Royal Islamic Strategic Studies yang berpusat di Jordan pada 2016.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, meminta Hadi tampil membuat penafian kerana surat itu mendakwa pasukan tentera, polis dan pihak istana menyokong usaha penubahan kerajaan pintu belakang pada bulan lalu.

Bekas menteri pertahanan itu yakin polis dan tentera tidak akan terbabit dalam konspirasi politik sedemikian dan penulis tidak sepatutnya mengaitkan pasukan keselamatan negara dalam fitnah itu.

“Hampir keseluruhan kandungan surat tersebut adalah fitnah yang direka oleh penulis untuk memburukkan lawan politik mereka.”

Katanya, jika benar surat itu ditulis Hadi, ia merupakan satu tindakan sangat tidak berakhlak.

“Ini kerana surat tersebut sarat dengan fitnah, fakta yang salah dan tuduhan yang sangat jijik, lebih-lebih lagi dilakukan oleh seorang yang bergelar ulama.”

Comments

Popular posts from this blog

Tinggalkan DAP

Tinggalkan DAP Memang tak sangka, bila dengar berita ni. Ong Kian Ming ni dah 14 tahun dalam DAP, lama sangat tu, tiba-tiba keluar mesti ada sebab berat. Dari apa yang dia cakap, isu utama dia tak puas hati keputusan parti kekal dalam kabinet. Dia rasa DAP patut keluar dulu, tekan kerajaan buat perubahan yang dijanjikan, tapi parti pilih untuk terus kekal. Bila prinsip sendiri tak sama dengan hala tuju parti, memang susah nak terus tinggal. Dia pun kata tak masuk parti lain, tak nak bertanding juga. Nampak macam bukan sebab nak lari ke tempat lain, tapi betul-betul rasa tak sehaluan dah. Bila orang yang dah lama dalam parti pun buat keputusan macam ni, mesti ada benda yang tak kena di dalam. Entah-entah ini cuma permulaan saja, belum tahu siapa lagi akan ikut jejak langkah dia selepas ni.

Pilih semula BN kalau kami gagal kata Saddiq

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup dibuang seandainya PH gagal memenuhi manifesto mereka selepas dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN,” kata Syed Saddiq ketika sesi acara 'Sinar Debat bersama Exco Pemuda UMNO'. Syed Saddiq berkongsi pentas dengan Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin dalam forum anjuran Sinar Harian diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin. Menurut Syed Saddiq, PH perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu. Ujar beliau, rakyat berkuasa untuk membawa perubahan kerana walaupun negara ditadbir oleh BN lebih 60 tahun, parti itu adalah tidak sama seperti dahulu. Menurutnya, PH juga akan membebaskan media dan mana-mana kerajaan ti...

RM314 Juta Tidak Diterima Kerajaan, Anthony Loke Patut Dipertanggungjawapkan

Isu penggantungan perkhidmatan MYEG dan Zetrix AI ini bukan sekadar pertikaian komersial biasa tetapi ia satu isu yang melibatkan amanah rakyat dan aliran dana negara. Dua platform ini  diwujudkan untuk memperkemas urusan awam dan mempercepatkan transformasi digital kerajaan justru kegagalan menyerahkan hasil berjumlah RM314 juta amatlah membimbangkan. Jumlah ini bukan kecil dan ia adalah hak rakyat yang sepatutnya digunakan untuk membiayai pelbagai keperluan pembangunan dan kebajikan masyarakat.  Apabila dua entiti ini gagal menunaikan tanggungjawab kewangan mereka rakyat mula mempersoalkan pengawasan dan mekanisme pemantauan yang ada di bawah kementerian berkenaan. Ia menimbulkan keraguan tentang sejauh mana kerajaan memastikan rakan kongsi yang dilantik mematuhi syarat perjanjian. Perkara yang lebih mendesak adalah ke mana perginya wang tersebut dan mengapa kelewatan ini dibiarkan berlaku sehingga ke tahap penggantungan perkhidmatan. Semua ini berlaku di bawah pengawasan m...