Skip to main content

PH Merayu Kerajaan PN jangan pecat lantikan PH


Nak gelak ke nak ketawa ni

PH Sebaik sahaja memegang tampuk pemerintahan negara, secara agresif mereka yang dilantik ketika BN memerintah samada dinasihatkan meletak jawatan atau tunggu untuk dipecat.


Letak jawatan, jaga maruah dan air muka: Khalid Samad


SHAH ALAM: Anggota Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) lantikan politik atau 'tiket UMNO' dinasihatkan segera meletak jawatan masing-masing bagi menjaga maruah dan 'air muka' mereka.
Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad berkata, pihak berkenaan perlu 'faham-faham' sendiri dengan mengambil contoh tindakan abangnya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, yang meletak jawatan sebagai Pengerusi FELDA tanpa sebarang desakan sebelum ini.
"Saya berharap 'mereka' juga bertindak seumpama itu walaupun ada yang memberi maklum balas bahawa ia perlu mengikut prosedur. Bagi saya, ia tiada prosedur apa-apa. Buat surat dan letak jawatan saja.
"Ia tidak boleh dijadikan sebagai alasan. Kita juga mahu menjaga maruah mereka dan tidak sehingga membawa kepada tindakan pemecatan," katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Pakatan Harapan (PH) Shah Alam di Bukit Jelutong di sini, hari ini.
Majlis di sebuah pusat beli belah itu dihadiri lebih 5,000 orang awam yang dijamu dengan pelbagai juadah makanan dan persembahan nyanyian.
Khalid berkata, beliau bagaimanapun menghormati tempoh pelantikan jawatan itu kecuali ada yang didapati melanggar undang-undang seperti kes penyelewengan atau rasuah.
Sebelum ini, beliau meminta pihak berkaitan meletakkan jawatan selepas Barisan Nasional (BN) tidak lagi memerintah negara dan ia akan diganti dengan Anggota Parlimen yang mempunyai kelayakan atau persetujuan DBKL.
Sementara itu, kata beliau, peranan Kementerian Wilayah akan turut diperkembangkan kepada portfolio Kesejahteraan Bandar.
"Justeru, portfolio dan tugasan di bawah kementerian ini akan ditambah kelak sama ada baharu atau yang turut dikeluarkan (lama).
"Ia termasuk pengurusan hal ehwal agama membabitkan JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan), MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan), pejabat mufti, lembaga zakat selain pengurusan pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti DBKL," katanya.
Menurutnya, beliau akan turun padang untuk menemui pihak DBKL dan Wilayah Persekutuan Labuan minggu depan selain menjalankan perbincangan menyeluruh mengenai portfolio baharu di bawah kementerian itu.

Si Metot Maszlee pun tak terlepas daripada berita pasal pecat-memecat ni. Jangan kata tidak .

Khidmat lima Pengerusi UA ditamatkan


PENGERUSI lima universiti awam (UA) yang ditamatkan perkhidmatan oleh Kementerian Pendidikan adalah lantikan politik kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, penamatan perkhidmatan itu dibuat bagi menggantikan pegawai tinggi yang tidak boleh bersama memacu perubahan kerajaan baharu.

Katanya, tindakan itu juga dilaksanakan bagi memastikan proses reformasi institusi yang dibawa Pakatan Harapan (PH) tidak terganggu.


“Ia bukan soal penyingkiran semata-mata, tetapi menggantikan mereka dengan muka baharu yang memiliki idea segar.

“Mutakhir ini bukan hanya UA, tetapi di GLC (syarikat berkaitan kerajaan) juga banyak berlaku perubahan. Kita bukan singkir, tapi buat perubahan.

“Kita beri muka baharu dengan semangat baharu yang lebih baik kerana kita masih awal dan perlukan mereka yang boleh membawa agenda reformasi institusi ke hadapan,” katanya ketika ditemui di lobi Bangunan Parlimen, hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah portal berita mengenai penamatan kontrak pengerusi lima UA hari ini, yang dipercayai bagi membersihkan lembaga universiti daripada lantikan politik.

Portal itu melaporkan, mereka terbabit adalah Tun Zaki Azmi dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Tan Sri Sufri Mohd Zin dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Datuk Dr Kamaruddin Hussin dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Tan Sri Noorul Ainur Mohd Noor dari Universiti Sains Malaysia (USM), dan Tan Sri Anuwar Ali dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Surat yang dikeluarkan pada 23 Julai lalu ditandatangani Maszlee.

Portal itu mendakwa tiga lagi pengerusi UA akan ditamatkan perkhidmatan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, Maszlee enggan mengesahkan bilangan sebenar Pengerusi UA yang akan ditamatkan perkhidmatan.

Tapi bila kena kat PH, macam-macam helah pula dibuat tak nak letak jawatan. Punyalah sayang dengan jawatan yang PH berikan dulu. Punya nak buat alasan, Covid-19 dikemukakan sebab alasan tidak boleh pecat buat masa ni. 

Disebakan Covid-19 lah lantikan-lantikan PH perlu dipecat. Mereka ni tidak mampu berkhidmat dengan cemerlang kerana otak mereka tepu dengan hal politik dan propaganda parti. Mereka utamakan pemimpin PH berbanding rakyat. 

  Tak wajar pecat jawatan lantikan




Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) kesal dengan tindakan pemecatan beberapa jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Pemecatan membabitkan beberapa individu dikatakan tidak wajar terutama ketika negara sedang berdepan ancaman wabak berbahaya Covid-19.

“Kerajaan perlu menumpukan segala daya usaha dalam memerangi wabak ini dengan meletakkan rakyat sebagai kepentingan utama,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dari PKR, Liew Chin Tong (DAP) dan Dr Mohd Hatta Ramli (Amanah).

Sementara itu, PH turut menyuarakan rasa tidak puas hati atas tuduhan terhadap Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berhubung isu permit pengoperasian kilang arak.

Katanya, KSU tidak boleh dipersalahkan kerana semua keputusan dibuat menteri bertanggungjawab.

“Tindakan kerajaan yang seolah-olah meletakkan kesalahan kepada KSU kementerian terbabit adalah satu penghinaan terhadap kakitangan awam.

“Menteri terbabit seharusnya mengambil tanggungjawab berdepan dengan masyarakat dan menyatakan kesilapan, bukannya berdiam diri atau menuding jari kepada pihak lain,” menurut kenyataan itu lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Tinggalkan DAP

Tinggalkan DAP Memang tak sangka, bila dengar berita ni. Ong Kian Ming ni dah 14 tahun dalam DAP, lama sangat tu, tiba-tiba keluar mesti ada sebab berat. Dari apa yang dia cakap, isu utama dia tak puas hati keputusan parti kekal dalam kabinet. Dia rasa DAP patut keluar dulu, tekan kerajaan buat perubahan yang dijanjikan, tapi parti pilih untuk terus kekal. Bila prinsip sendiri tak sama dengan hala tuju parti, memang susah nak terus tinggal. Dia pun kata tak masuk parti lain, tak nak bertanding juga. Nampak macam bukan sebab nak lari ke tempat lain, tapi betul-betul rasa tak sehaluan dah. Bila orang yang dah lama dalam parti pun buat keputusan macam ni, mesti ada benda yang tak kena di dalam. Entah-entah ini cuma permulaan saja, belum tahu siapa lagi akan ikut jejak langkah dia selepas ni.

Pilih semula BN kalau kami gagal kata Saddiq

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup dibuang seandainya PH gagal memenuhi manifesto mereka selepas dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN,” kata Syed Saddiq ketika sesi acara 'Sinar Debat bersama Exco Pemuda UMNO'. Syed Saddiq berkongsi pentas dengan Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin dalam forum anjuran Sinar Harian diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin. Menurut Syed Saddiq, PH perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu. Ujar beliau, rakyat berkuasa untuk membawa perubahan kerana walaupun negara ditadbir oleh BN lebih 60 tahun, parti itu adalah tidak sama seperti dahulu. Menurutnya, PH juga akan membebaskan media dan mana-mana kerajaan ti...

RM314 Juta Tidak Diterima Kerajaan, Anthony Loke Patut Dipertanggungjawapkan

Isu penggantungan perkhidmatan MYEG dan Zetrix AI ini bukan sekadar pertikaian komersial biasa tetapi ia satu isu yang melibatkan amanah rakyat dan aliran dana negara. Dua platform ini  diwujudkan untuk memperkemas urusan awam dan mempercepatkan transformasi digital kerajaan justru kegagalan menyerahkan hasil berjumlah RM314 juta amatlah membimbangkan. Jumlah ini bukan kecil dan ia adalah hak rakyat yang sepatutnya digunakan untuk membiayai pelbagai keperluan pembangunan dan kebajikan masyarakat.  Apabila dua entiti ini gagal menunaikan tanggungjawab kewangan mereka rakyat mula mempersoalkan pengawasan dan mekanisme pemantauan yang ada di bawah kementerian berkenaan. Ia menimbulkan keraguan tentang sejauh mana kerajaan memastikan rakan kongsi yang dilantik mematuhi syarat perjanjian. Perkara yang lebih mendesak adalah ke mana perginya wang tersebut dan mengapa kelewatan ini dibiarkan berlaku sehingga ke tahap penggantungan perkhidmatan. Semua ini berlaku di bawah pengawasan m...