Skip to main content

MP Pakatan Harapan Suka Ponteng Persidangan

Sebelum PH tersembam dog, MP mereka punyalah payah nak hadir sidang. Pelbagai alasan keluar. Keletihan, Dewan persidangan terlalu sejuk, terlalu bising membuatkan MP kerajaan (masa yu PH lah kan) menyebabkan mereka ke cafeteria parlimen minum kopi.

Ketika majlis angkat sumpah sebagai MP di Dewan Rakyat setelah menang dengan majoriti bergaya ke atas PH, tempat duduk wakil-wakil rakyat PH kosong. Tak ada dalam dewan. Erti kata lain, PONTENG.



Infografik di bawah ialah sebahagian daripada kenyataan menteri dan timbalan menteri PH yang menghalalkan perbuatan MP mereka tidak hadir sidang parlimen. PONTENG ok pada masa mereka berkuasa. Tapi dah tersembamini rindu pula berada dalam dewan. Mungkin mereka kini sedar betapa empuknya kerusi menteri, enaknya keistimewaan dengan pelbagai pendapatan yang lumayan. 

Image may contain: 5 people, text

Disebabkan sikap suka ponteng tu, Bajet PH hampir gagal. Yang pelik dan anehnya pemimpin PH menyalahkan pula pembangkang iaitu BN kerana tidak menyokong bajet yang mereka usulkan di parlimen. Bayangkan betapa bingai dan sengalnya mereka. 

Kenapa perlu sokongan BN untuk meluluskan bajet sendiri?

Jumlah 28 MP BN disalahkan kerana tidak mengundi berbanding 107 MP kerajaan yang ponteng daripada sidang. Nak salahkan BN juga atas kegagalan menghadirkan diri?

Ditakdirkan bajet  tak lulus, maknanya BN telah berjaya menjadi pembangkang yang berkesan. Dan ia sudah tentu merupakan pengajaran kerana suka sangat ponteng. Rakyat undi korang bukan suruh bercuti kat mana2.

Sebab itu ada yang mempersoal bila PH beria-ia nak adakan sidang parlimen masa PKP ni. 

Bila PH dah tak jadi kerajaan, tiba-tiba pula PH rajin nak bersidang. Paling best sebab permintaan mereka untuk mengadakan sidang adalah pada masa PKP sedang dikuatkuasakan. Ada yang kata pemimpin PH kelihatan lebih meroyan daripada ibu yang kematian anak semasa dalam pantang. Di bawah ni ialah catatan Saiful Bukhari mengenai kepelikan perangai pemimpin PH.


Tengah kerajaan dan rakyat berperang melawan covid-19 ni pulak lah bakal PM ke9 sibuk nak bersidang diparlimen.

Nak menilai prestasi kabinet kerajaan PN katanya.

Padahal masa jadi kerajaan dulu menteri, timbalan menteri dan MP-MP PH lah yang paling kuat ponteng.

Ada yang bagi alasan MP PH terlalu sibuk. Ada yang kata sebab MP PH kepenatan.

Bahkan hingga kerana terdesaknya nak mencari alasan, seorang timbalan menteri PH pernah salahkan suhu dalam dewan yang agak sejuk sebagai punca mengapa mereka selalu ponteng.

"MP PH tak tahan sejuk," katanya.

Pernah beberapa kali berlaku sidang dewan rakyat terpaksa bermula lewat sebab hampir tiada menteri, timbalan menteri dan ahli parlimen PH didalam dewan.

Sabarlah Bang Non, selesai semua masalah ni nanti bersidanglah. Nak bersidang sampai subuh pun rakyat tak kisah.

Image may contain: 2 people, people sitting and text
Kita lihat banyak posting di FB ketika PH menjadi kerajaan. MP mereka sangat malas dan bersikap pemalas untuk tidak hadir sidang dewan. Baca apa yang berlaku:

Lagi kes ponteng sidang dewan... PH panik!

Perbahasan belanjawan 2020 bg kementerian wanita dan keluarga digulung oleh timbalan menteri wanita hannah yeoh.... tiada menteri dr mana-mana kementerian kelihatan

Melihat hanya 28 ahli krjaan, Datuk Seri Ismail Sabri minta kira undi belah bahagi utk usul belanja mengurus B48

PH panik!

Jelutong minta Speaker tangguh dewan 10 minit

Tan Sri Speaker terpaksa kelamkabut ambil alih supaya Timbalan Speaker Datuk Rashid boleh mengundi. Akhirnya 3 org ahli parlimen GPS dan seorang bebas menyokong. Total 32

Kemudian usul belanjawan pembangunan P48, selepas dilengah-lengah, call member, whatsapp member, loceng, ada yg lari tercungap, yang nak jatuh tersadung tangga, yg tak bawa tali leher pinjam tali leher bodyguard, yg salah masuk pintu pembangkang, akhirnya undi PH 45

Nyaris usul belanjawan terkandas

Sumber: @Syed Agil Jamalullail

Image may contain: text


Dewan Rakyat: Sidang bermula dengan tidak cukup korum

Astro Awani pernah melaporkan tabiat suka ponteng persidangan ini menyebabkan sidang tidak cukup korum 

Astro AwaniLoceng Sidang Dewan Rakyat dibunyikan dua kali pagi ini susulan bilangan Ahli Parlimen yang hadir didapati tidak cukup korum ketika sidang bermula.

Sidang yang dimulakan dengan loceng pertama dihentikan selama dua minit apabila loceng kedua dibunyikan untuk memanggil lebih ramai Ahli Parlimen masuk.

Perkara itu dibangkitkan Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) yang mula-mula bangun memaklumkan bahawa korum tidak cukup untuk memulakan sidang.

Yang Dipertua Datuk Mohamad Ariff Md Yusof kemudiannya menghitung dan mendapati hanya 24 Ahli Parlimen berada di dalam Dewan.


Kerana terlalu geram dengan sikap suka ponteng daripada persidangan ada netizen yang mencadangkan supaya bas disediakan untuk mengangkut para MP daripada kerajaan PH.

Image may contain: outdoor


Disebabkan sikap suka ponteng tersebut menyebabkan pihak UMNO PAS membuat undi amaran. 

Undi ‘amaran’ MP PAS-Umno kerana PH ponteng


HARAKAHDAILYAhli Parlimen PAS dan Umno mengundi tidak bersetuju meluluskan anggaran perbelanjaan mengurus Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) adalah untuk memberi amaran.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, mesej sebenar tindakan itu agar ia menjadi peringatan kepada semua anggota Parlimen PH supaya tidak mengabaikan tanggungjawab menghadiri Sidang Parlimen.

Bidas beliau, sekiranya Kerajaan PH benar-benar peka mengenai kebajikan di bawah KPWKM itu, sudah pasti perbahasan tersebut tidak hanya dihadiri oleh 32 Ahli Parlimen PH yang telah mengundi bersetuju pada malam tersebut.

“Menteri (Kabinet) tiada. Ahli Parlimen (PH) pun ramai yang tiada dalam Dewan. Menteri (KPWKM), Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pun tiada.

“Masa Pakatan Rakyat (sebagai Pembangkang) dulu pun pernah dibuat undi belah bagi secara spontan untuk menyedarkan pihak pemerintah,” ujarnya menerusi ciapan Twitter beliau.

Ianya sebagai reaksi terhadap tuduhan Timbalan Menteri KPWKM, Hannah Yeoh Tseow Suan bahawa Ahli Parlimen Pembangkang mengundi tidak setuju menunjukkan mereka menafikan hak kebajikan golongan memerlukan.

Pada Selasa, 26 November lalu, satu undian belah bagi dijalankan selepas perbahasan peringkat jawatankuasa bagi Belanjawan KPWKM di mana 32 Ahli Parlimen bersetuju, 28 tidak bersetuju dan dua berkecuali.

Ketika undian tersebut dibuat, 160 Ahli Parlimen tidak hadir di mana 107 daripada mereka adalah daripada PH, namun Hannah bertindak membuat tuduhan demikian kepada Ahli Parlimen Pembangkang.
– HARAKAHDAILY 29/11/2019

Comments

Popular posts from this blog

Laporan lengkap Tragedi 13 Mei oleh MAGERAN

Laporan lengkap Tragedi 13 Mei oleh MAGERAN Portal Malaysiakini telah menerbitkan artikel mengenai peristiwa 13 Mei dari sumber, dan beberapa wawancara. Ada beberapa perkara penting yang tidak disebutkan dalam artikel tersebut, yang kami rasakan perlu dibaca oleh setiap warga. Untuk makluman pembaca, perkara penting tersebut diceritakan dengan terperinci dalam Laporan Tragedi 13 Mei yang disediakan oleh Tun Abdul Razak, Pengarah Majlis Gerakan Negara (Mageran) ketika itu. Berikut merupakan kata-kata pendahuluan oleh beliau dalam laporan tersebut: Laporan penuh ada di bahagian bawah Oleh : Tun Abdul Razak Hari 13 Mei 1969 akan tercatit di dalam sejarah kita sebagai hari tragedi nasional. Pada hari itu asas perdirian Negara kita telah menerima paluan yang sehebat-hebatnya pernah dialami dengan meletusnya rusuhan antara kaum. Mujur lah Kerajaan telah mengambil tindakan yang segera dan tegas, dibantu dengan setianya oleh pihak Tentera dan Polis, maka dapatlah pihak berkuasa mengawal k

Police Call Up Sarawak Chinese Activist Members For Not Standing For National Anthem

Police Call Up Sarawak Chinese Activist Members For Not Standing For National Anthem Sarawak for Sarawakians (S4S) official spokesman Shaow Tung Leong (The Star) – Police have called up seven members of the Sarawak for Sarawakians (S4S) activist group who did not stand up for the national anthem, as seen in a video clip which has gone viral on social media. State deputy commissioner of police DCP Datuk Dev Kumar said a police report on the incident was lodged on Monday (Sept 30). “Based on the report, we have commenced investigations under Section 8(3) of the National Anthem Act 1968,” he said. Under Section 8, anyone who knowingly shows disrespect to the national anthem in a public place can be fined up to RM100 or jailed not more than one month. S4S spokesman Shaow Tung Leong, who was among those called up by police over the incident, said their action was a “silent protest” against the Federal Government’s “unfair” treatment of Sarawak. “We did not stand up because we feel d

VK Lingam dalam video 'Perlantikan Hakim'

VK Lingam persoal kesahihan video ‘lantik hakim’ Tan Sri VK Lingam mempersoalkan kesahihan klip video yang dikemukakan sebagai bukti dalam perbicaraan Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam yang mengeluarkan namanya daripada menjalankan amalan guaman atas dakwaan salah laku. Ini disampaikan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini oleh peguamnya, R Thayalan. Kesahihan klip video itu dipersoalkan memandangkan rakaman asal tidak dikemukakan semasa perbicaraan lembaga tatatertib dan individu yang merakamkannya, bekas Ahli Parlimen PKR, Loh Gwo Burne, mengakui bahawa CD yang ditawarkan semasa perbicraaan lembaga itu bukanlah miliknya. "Pembuat CD yang dimuat turun dari laman web Malaysiakinitidak dipanggil, transkrip juga tidak dikemukakan semasa perbicaraan lembaga tatatertib. "Kami juga menghantar CD itu untuk diuji oleh pakar kami dan mereka mendapati ada fail lain pada CD itu. "Lembaga itu bergantung pada kandungan klip berkenaan dan kami mengatakan terdapat