Skip to main content

Pembohongan PH Lim Guan Eng mengenai kedudukan kewangan negara



HUTANG KERAJAAN BAGI TAHUN 2018 BERJUMLAH RM741 BILION – BANK NEGARA


PEMERHATIAN:



1. Hutang Kerajaan Persekutuan MENINGKAT daripada RM687 bilion (2017/BN) kepada RM741 bilion (2018/PH).

2. Hutang Kerajaan Persekutuan BERJUMLAH RM741 bilion.

ULASAN:

1. Hutang kerajaan meningkat dan TIDAK MENYUSUT, sebagaimana yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan di dalam manifesto dan belanjawan alternatif mereka.

2. Hutang kerajaan TIDAK MENCECAH RM1 trilion, sebagaimana yang dicanang oleh Pakatan Harapan.

PERSOALAN:

1. Mengapa hutang kerajaan MASIH MENINGKAT walaupun Pakatan Harapan telah mengambil alih kerajaan sejak Mei 2018?

2. Siapakah yang BOLEH DIPERCAYAI untuk mengetahui angka rasmi kewangan dan hutang negara, Gabenor BNM atau Menteri Kewangan?

SUMBER:

Buletin Suku Tahunan BNM, Perkembangan Ekonomi dan Kewangan Malaysia pada Suku Keempat 2018




No photo description available.

Cuba rajinkan diri untuk meneliti laporan Buletin Suku Tahunan BNM, Perkembangan Ekonomi dan Kewangan Malaysia pada Suku Keempat 2018. 
Image may contain: 2 people, including Khalid Al Walid



KENYATAAN TENGKU ZAFRUL (MENTERI KEWANGAN) MEMBAWA TANDA TANYA KEPADA RAKYAT


PEMBOHONGAN PERTAMA

1. Dulu ketika mula-mula Kerajaan Pakatan Harapan memerintah, PH kata hutang Negara sudah mencecah RM 1 trillion ringgit.

2. Hutang Negara ini termasuk *Hutang Liability* Negara.

3. Bila Laporan Rancangan Malaysia di bentangkan di Parlimen oleh PM Dr. Mahathir, jelas di dalam Laporan tersebut, *Hutang Negara adalah sebanyak RM688 billion ringgit.*

4. Bukannya RM 1 trillion ringgit.

5. Amat jelas kpd. Rakyat, ini merupakan *SATU PEMBOHONGAN*, terhadap Rakyat.

PEMBOHONGAN KEDUA


6. Lim Guan Eng, Menteri Kewangan kemudiannya melakukan *Pembohongan Kedua,* iaitu melakukan pinjaman Bon Samurai daripada Negara Jepun sebanyak dua kali. Kononnya Negara tiada duit untuk membayar projek, gaji dan hutang Negara.

7. Tetapi kenapa kini, Tengku Zafrul, Menteri Kewangan kata, *Kerajaan Tidak Perlu Pinjam Duit dari Luar Negara,* kerana kedudukan kewangan Negara masih kukuh.

8. Adakah Rakyat dimainkan oleh LGE Menteri Kewangan terdahulu, Seorang Akauntan yang tidak bertauliah ?

9. Terkini, Menteri Kewangan sekarang, Tengku Zafrul merupakan *Seorang Banker*, yang tahu selok belok Ekonomi Negara dan Dunia.

10. Apa Guan Eng buat dengan duit Petronas RM 82 billion ringgit yang di ambik tahun lalu ?

11. Ini juga merupakan satu persoalan yang penting. Rakyat mahu tahu.

Menteri kewangan Tengku Zafrul juga membuat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh.

Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut PH buat pinjaman wang melalui bon samurai ? Apa sebenarnya motif Mahathir dan Lim Guan Eng selaku menteri kewangan kerajaan terlucut PH ?.

Secara tidak langsung kenyataan Tengku Zafrul, negara tidak perlu membuat pinjaman di luar negara telah membongkar penipuan Mahathir dan Lim Guan Eng.

Perlu buat siasatan oleh SPRM atau pun tubuh RCI kenapa Mahathir dan Lim Guan Eng buat pinjaman wang melalui bon samurai sedangkan kewangan negara kukuh.

Lebih-lebih lagi Mahathir telah membuat kenyataan terakhir sebagai Perdana Menteri sementara yang mana negara mempunyai simpanan dana kewangan bernilai rm2 trillion atau rm 2 ribu billion.

Bongkar segala penipuan dan pembohongan kerajaan terlucut PH kerana pembohongan mereka , hidup rakyat tertekan..


Viralkan kenyataan ini sebanyak mungkin,biar rakyat semua tahu penipuan yg telah mereka lakukan selama 22 bulan.

Kerajaan tak terjejas


PELAKSANAAN Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) tidak akan menjejaskan kedudukan kerajaan dan dijangka kekal kukuh menerusi aset sedia ada.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, kerajaan tidak akan menyentuh sama sekali rizab yang diuruskan Bank Negara Malaysia (BNM) kerana ia penting untuk kelangsungan perdagangan antarabangsa.

Katanya, kerajaan juga tidak akan menggunakan sepenuhnya rizab keuntungan syarikat kerajaan seperti Petronas dan Khazanah bagi memastikan syarikat berkenaan mampu untuk terus membuat pelaburan demi menjana pekerjaan, pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan daya saing negara.

“Selepas Prihatin dilaksanakan, kedudukan kerajaan kekal kukuh disokong aset sedia ada.

“Mengenai kebimbangan masyarakat sama ada kerajaan mempunyai kewangan mencukupi untuk menampung pakej ini, mengambil dari rizab sedia ada atau membuat pinjaman dari pihak luar, jelas tidak timbul isu seumpama itu.

“Ini kerana, Prihatin yang membabitkan rangsangan ekonomi bernilai RM250 bilion meliputi peruntukan melindungi rakyat (RM128 bilion), menyokong perniagaan (RM100 bilion) dan memperkukuh ekonomi (RM2 bilion).

“Sektor swasta menyumbang sebahagian besar jumlah ini, contohnya industri perbankan melalui moratorium bayaran balik pinjaman (RM100 bilion); sumbangan Internet percuma oleh syarikat telekomunikasi (RM600 juta) dan pembiayaan diskaun elektrik kepada rakyat dan pelbagai sektor (RM1.3 bilion),” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), langkah pengurangan caruman pekerja serta kemudahan pengeluaran daripada Akaun 2 KWSP berpotensi menyuntik RM50 bilion ke dalam ekonomi.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan juga menyokong pakej rangsangan secara tidak langsung melalui pemberian jaminan kerajaan atas pinjaman sektor korporat bernilai RM50 bilion melalui Danajamin.

Malah, Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) akan menyediakan kemudahan jaminan bernilai RM5 bilion selain meningkatkan kadar jaminan daripada 70 kepada 80 peratus bagi syarikat PKS yang menghadapi masalah mendapatkan pinjaman.

Katanya, pakej rangsangan ini juga membabitkan kerajaan memperuntukkan suntikan langsung tambahan RM25 bilion.

“Dalam keadaan krisis dilanda Covid-19, kerajaan akan membiayai perbelanjaan tambahan terbabit antara lain melalui sumbangan dividen tambahan, terutamanya daripada syarikat kerajaan seperti Petronas dan Khazanah, serta sumbangan daripada agensi dan badan berkanun.

“Di samping itu, kerajaan juga akan mengenalpasti penjimatan perbelanjaan dari bidang bukan kritikal,” katanya.


Kini masanya untuk pelaksanaan dasar pengembangan fiskal - Tengku Zafrul


Sudah tiba masanya bagi dasar pengembangan fiskal dilaksanakan sekarang bagi melindungi rakyat serta ekonomi yang terjejas akibat pandemik novel coronavirus 2019 (COVID-19), kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Malah, tegas beliau, Malaysia tidak terkecuali menghadapi kesukaran itu; setiap negara bertindak menyuntik dana ke dalam ekonomi masing-masing demi mengharungi cabaran tidak dijangkakan akibat penularan virus tersebut.

"Terdapat banyak (manfaat) yang boleh dilakukan oleh aspek pengembangan monetari ini. Sehubungan itu, dasar pengembangan fiskal itu menjadi kunci membantu rakyat dan ekonomi... apabila anda membantu rakyat dan industri, maka ekonomi itu akan meningkat," kata beliau dalam temu bual eksklusif dengan Bernama di Kementerian Kewangan di Putrajaya, pada Jumaat.

Setakat ini, Malaysia mencatatkan sejumlah 2,161 kes COVID-19 manakala angka kematian terkumpul adalah 26 orang manakala di peringkat global, lebih 460,000 kes jangkitannya disahkan di kira-kira 200 negara dengan jumlah kematian melepasi 21,000 orang.

Malaysia telah memulakan langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama empat minggu bermula 18 Mac lepas.

Namun di peringkat dunia, kerajaan negara-negara terbabit sama ada memilih sekatan pergerakan seperti Malaysia atau melaksanakan perintah berkurung sepenunhya dalam usaha membendung penularan virus tersebut.

Mengulas selanjutnya, Tengku Zafrul yang merupakan ahli perbankan sebelum menggalas tugas menerajui Kementerian Kewangan, berkata dasar pengembangan itu tidak bermakna kerajaan melangkaui kemampuannya walaupun defisit fiskal tahun ini diunjurkan dalam lingkungan 4.0 peratus.

"Berdasarkan apa yang berlaku pada hari ini (di peringkat global), menerusi gabungan rangsangan ekonomi dan kelembapan ekonomi, kita mengandaikan dapat mencatat defisit sekitar 4.0 peratus berbanding unjuran awal defisit Belanjawan 2020 pada 3.2 peratus (daripada Keluaran Dalam Negara Kasar),

"(Bagaimana pun) kita menumpukan aspek disiplin fiskal. Secara keseluruhannya, suntikan fiskal secara langsung (dalam pakej rangsangan ekonomi) adalah RM25 bilion; manakala lainnya daripada agensi kerajaan dan pihak berkaitan dalam ekosistem kerajaan," katanya ketika memperincikan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion yang diumumkan pada Jumaat.

Daripada jumlah itu, termasuk RM20 bilion dalam pakej yang diumumkan sebelum ini, kerajaan akan menyalurkan sejumlah RM128 bilion bagi melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion bagi menyokong perniagaan termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan RM2 bilion bagi memperkukuh ekonomi negara.

"Apa yang bagus mengenai negara ini adalah kedudukan fiskal kita yang amat kukuh.

"Kita memperoleh wang secara dasarnya daripada dana yang kita ada dalam kerajaan dan beberapa pinjaman. Semua pinjaman adalah daripada tempatan kerana adanya mudah tunai yang lebih daripada cukup," katanya.

Tengku Zafrul, yang baru sahaja mengambil alih portfolio itu dalam tempoh 17 hari lepas juga berkata tiada pinjaman dibuat untuk membiayai perbelanjaan mengurus.

"Tumpuan kita adalah menguruskan ekonomi ini secara bertanggungjawab. Satu perkara yang kita amat tekankan adalah disiplin fiskal," katanya.

Elemen itu, digabungkan bersama kedudukan mudah tunai yang amat kukuh, memastikan kerajaan dapat menyediakan peruntukan menerusi pakej rangsangan ekonomi.

Dalam perkembangan yang sama, Tengku Zafrul berkata buat masa ini Belanjawan 2020 tidak perlu diubah suai.

"Beberapa projek besar perlu diteruskan, malah kini lebih banyak lagi untuk memacu ekonomi ini. Bagi mempercepatkan usaha tersebut kita telah memaklumkan semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk terus membuat perbelanjaan dan bergerak pantas.

"Sekiranya kita menggabungkan semua perbelanjaan modal GLC ia berjumlah kira-kira RM30 bilion untuk memacu dan merangsangkan ekonomi ini," katanya

Tengku Zafrul juga menekankan walaupun kedudukan fiskal masih baik, namun kerajaan juga perlu menunjukkan hasil daripada suntikan modal tersebut.

Kuncinya adalah pelaksanaan dan penyampaian -- memberi wang kepada golongan rakyat yang tepat untuk mereka membelanjakan wang tersebut sekali gus merangsangkan ekonomi.

Kementerian Kewangan menerusi Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana) akan memantau dan memastikan pakej PRIHATIN RM250 bilion mencapai semua golongan itu.

Pakej ini juga menumpukan pengekalan pekerjaan dan menyediakan sokongan yang cukup untuk tempoh enam bulan akan datang.

Namun, untuk memastikan semua yang dirancang ini berhasil, semua pihak perlu memastikan seluruh rakyat kekal berada di rumah untuk dua minggu akan datang, katanya.

-BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Police Call Up Sarawak Chinese Activist Members For Not Standing For National Anthem

Police Call Up Sarawak Chinese Activist Members For Not Standing For National Anthem Sarawak for Sarawakians (S4S) official spokesman Shaow Tung Leong (The Star) – Police have called up seven members of the Sarawak for Sarawakians (S4S) activist group who did not stand up for the national anthem, as seen in a video clip which has gone viral on social media. State deputy commissioner of police DCP Datuk Dev Kumar said a police report on the incident was lodged on Monday (Sept 30). “Based on the report, we have commenced investigations under Section 8(3) of the National Anthem Act 1968,” he said. Under Section 8, anyone who knowingly shows disrespect to the national anthem in a public place can be fined up to RM100 or jailed not more than one month. S4S spokesman Shaow Tung Leong, who was among those called up by police over the incident, said their action was a “silent protest” against the Federal Government’s “unfair” treatment of Sarawak. “We did not stand up because we feel d...

Perlembagaan benarkan Agong singkir PM, kata peguam

SHAH ALAM: Peguam kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan adalah salah untuk berkata Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa menyingkir Perdana Menteri. Malah, undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan dengan jelasnya menyatakan, “kuasa melantik termasuk kuasa untuk menolak,” kata Mohamed Haniff Khatri Abdulla. “Ada pihak mempersoal kuasa Agong terhadap Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak). Bagi saya, jawapannya ada dalam perlembagaan. “Perkara 40 (2) (a) menyatakan Agong boleh bertindak menurut budi bicara dalam pelantikan Perdana Menteri. Ia tidak menyentuh soal kuasa memecat Perdana Menteri. “Tetapi dalam Seksyen 29 Jadual ke-11, undang-undang bertulis menyatakan bagi individu atau pihak yang diberi kuasa membuat pelantikan ke mana-mana pejabat, kuasa yang sama hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk kuasa untuk membuang kerja atau menggantung individu yang dilantik dan melantik orang lain buat sementara bagi menggantikan indivi...

Penghantaran Helicopter dibeli era BN dihalang, alasan ada penyelwengan

Menteri Pertahanan kitalah iaitu YB  mat Sabu yang mengarahkan agar penyerahan helikopter penyerang MD-530G kepada ATM ditangguhkan atas alasan untuk menyiasat penyelewengan walaupun pesawat yang ditempah telah pun siap. RM301 JUTA SUDAH DIBAYAR HELIKOPTER MD-530G TIDAK DITERIMA Begitulah tajuk pemberitaan FMT yang berterusan  membawa agenda dajal dalam usaha menghasut rakyat dengan fitnah terhadap kerajaan terdahulu serta oleh media utama pro PH yang lain dan turut dikongsi oleh RBA RBA dan barua 3K mereka Dengan status panjangnya 10 perkataan  atau dengan hanya share tajuk seperti yg dilapor FMT kebanyakan mahacai dan RBA sudah faham segala gala,  walau pun kami penyokong UMNO hampir satu jam satu satu artikel dibaca semata mata mahu memahami satu satu isu agar ia tidak bias dalam pemahaman kami selaku rakyat Malaysia. Hamba politik PH serta BARUA BARUANYA bertungkus lumus untuk mengekalkan kuasa politik mereka pada PRU 15 sanggup berbuat apa saja terma...