Skip to main content

Saddiq Perlekeh PKP?




Sekali lagi si Saddiq sebagai bekas Menteri benar-benar menunjukan reputasi sebagai menteri playstation bila mengeluarkan kenyataan yang ramai anggap tidak bertanggungjawab. Saddiq yang mencadangkan pelajar-pelajar universiti yang masih berada di kampus atau rumah-rumah sewa mereka dibenarkan pulang oleh kerajaan dilihat sebagai tindakan menangguk di air keruh.

Si Saddiq cuma mahu menimbulkan perasaan resah pelajar-pelajar ini dan cadangan supaya para pelajar ini dibenarkan pulang bermaksud menjentik perasaan teruja di kalangan para pelajar terbabit. Tindakan ini akan menjadikan si Saddiq  pemimpin yang tahu kehendak dan aspirasi anak-anak muda seperti mereka. Saddiq sebenarnya hanya mahu kekal relevan, Bukan sebab dia mahukan pelajar ini balik pun. Tapi bila dia bercakap macam tu, ia dengan sendirinya tidak hilang dari radar.

Saddiq tahu kalau PKP ini berjaya, rakyat Malaysia selamat, kerajaan PN dan Perdana Menteri serta kabinetnya adalah wira yang sekaligus menguburkan populariti Saddiq dan rakan-rakan. Silap haribulan, mereka ini akan ditendang daripada parti. 

Ramai melihat kenyataan dan cadangan si Saddiq ini merupakan kenyataan yang kurang bijak kalaupun bukan kenyataan bangang. Pertama sekali, tujuan PKP ialah untuk memutuskan rangkaian dan rantaian Covid-19. Rantaian ini hanya dapat diputuskan bila tidak berlaku sentuhan, tidak berlaku pertemuan dengan orang baru yang tidak diketahui status kesihatan mereka. 

Apabila kerajaan melalui MITI berura-ura membenarkan kedai gunting beroperasi setelah mereka memohon, majoriti rakyat memabantah. Mereka  tidak mahu kedai gunting dibenar untuk beroperasi kerana ia melibatkan sentuhan dan perjumpaan dengan ramai orang yang memungkinkan penjarakan sosial tidak dipatuhi atau terlupa mematuhinya. Akhirnya banyak posting di Media Sosial seperti FB yang memuat naik aktiviti bergunting rambut sendiri di rumah masing-masing. Ini secara langsung menunjukkan bahawa usaha kerajaan memperkenalkan PKP tersebut membuahkan hasil. 

Tahap kesedaran masyarakat sangat tinggi mengenai pentingnya PKP, dan atas sebab ini, Saddiq bakal berdepan kesan dengan popularitinya bakal merudum.
Kenyataan Saddiq disiarkan olehn NST dan boleh di aksess di pautan berikut

Saddiq sepatutnya sedar bahawa usaha kerajaan mengenakan PKP telah berjaya menunjukkan penurunan atau menstabilkan kes baru Covid-19. 

No photo description available.
Hasil PKP jelas menunjukkan kesan positif di mana pada 6 April 2020 kita menyaksikanpPesakit sembuh mengatasi kes baru. Alhamdulillah.

Buat kali pertama, jumlah pesakit Covid yang sembuh sepenuhnya telah melebihi jumlah kes baru (Garis biru akhirnya telah mengatasi garis merah)

Hari ini, 236 orang sembuh berbanding 131 kes baru yang direkodkan (+179 semalam). Jumlah keseluruhan kes Covid naik ke 3,793 dengan 61 nyawa terkorban. Namun, jumlah kes aktif Covid telah turun dari 2,596 pesakit semalam ke 2,490 kes hari ini kerana bilangan pesakit yang sembuh melebihi kes baru.

Jadi bila si Saddiq mencadangan supaya Kerajaan membenarkan pelajar-pelajar universiti dibenarkan balik rumah masing-masing, ia menyerlahkan sikap berpolitik melampau yang tidak kena pada tempat dan masa. Malah ia dengan sendirinya mendedahkan betapa bangangnya pemimpin muda dan ketua armada parti bunga blok Mahathir dan Mukriz ini. 

Bila si Saddiq mencadangakan supaya pelajar dibenarkan balik, ia jelas menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab dan tidak guna kepada usaha memutuskan sepenuhnya ancaman Covid-19 ini. Si Saddiq ini barangkali terlupa bahawa selain daripada gelombang langsung Daripada Wuhan, berlaku penularan melalui kluster tabligh dan kini kluster daripada Itali dan Gelombang Ketiga di mana sebahagian netizen menganggap sebagai gelombang kayangan bila mana pelancong Malaysia dari luar negara balik ke Malaysia. 

Tarik kawalan pergerakan 'terlalu awal' undang padah - WHO


Dalam memperkatakan PKP ini, WHO memberi amaran langkah membatalkan perintah berkurung atau menarik balik kawalan pergerakan ‘terlalu awal’ boleh mencetuskan penularan semula COVID-19 yang jauh lebih buruk.

Menyatakan kebimbangan itu, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata ada beberapa negara sedang mempertimbangkan untuk menamatkan perintah berkurung yang membabitkan kira-kira empat bilion penduduk dunia.

Beliau menyifatkan ia terlalu tergesa-gesa dan berbahaya selain mungkin membawa kemudaratan sekiranya tidak dikendalikan dengan cara yang betul.

Ini kerana katanya, jika larangan pergerakan untuk mengekang pandemik COVID-19 dibatalkan terlalu cepat akan mengakibatkan pertambahan kes baharu lebih tinggi.

“Saya tahu ada negara sedang mempertimbangkan untuk menarik balik perintah berkurung atau larangan keluar rumah.

“Namun jika dibuat ketika krisis pandemik sedang memuncak ia akan akan mengakibatkan rekod kematian bertambah serius, berikutan situasi belum ditangani sebaiknya,” katanya.

WHO kini sedang bekerjasama dengan negara terjejas COVID-19, berhubung strategi bagaimana untuk melonggarkan kawalan pergerakan secara berperingkat dan selamat.

Beberapa negara Eropah antaranya sudah mempertimbangkan untuk melonggarkan arahan itu berikutan jumlah jangkitan COVID-19 menunjukkan trend penurunan.

Antaranya, Austria dan Switzerland, masing-masing bercadang melonggarkan sekatan bermula pertengahan dan hujung April.

Tedros menegaskan enam perkara perlu dipertimbangkan sebelum melonggarkan sekatan atau menarik sekatan kembali kepada keadaan asal.

Katanya, enam syarat itu ialah pergerakan penduduk perlu dikawal, amalan kesihatan awam mencukupi, berjaya meminimumkan risiko penularan virus, melaksanakan langkah pencegahan di sekolah dan tempat kerja, menangani kes jangkitan import dan masyarakat sedar serta mempunyai pembabitan dalam peralihan sekatan itu.

Angka kematian global kini mencecah kira-kira 100,000 orang dengan 1. 4 juta orang dijangkiti sejak penularannya bermula di Wuhan, China pada hujung Disember lalu.

Sementara itu, Tedros melihat negara paling terjejas di Eropah seperti Sepanyol, Itali, Jerman dan Perancis yang memperlihatkan penurunan kes.

Bagaimanapun beliau memberi amaran, ada peningkatan kes yang mampu mencetuskan kluster baharu seperti Afrika, yang dikesan bermula di kawasan luar bandar.

“Kita sekarang melihat wujud kluster kes dan penularan dalam kalangan masyarakat di lebih 16 negara di semua benua.

“Kami menjangkakan krisis serius bagi sistem kesihatan yang sudah meruncing, terutama di kawasan luar negara yang biasanya kekurangan sumber berbanding di bandar,” kata Tedros yang pernah berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan Ethiopia.

Malah katanya, negara maju yang mempunyai sistem kesihatan lengkap turut menerima kesan buruk yang dicetuskan COVID-19 yang digesa supaya mempertingkatkan peruntukan kesihatan sekali gus tidak terhimpit dengan ‘kitaran panik dan pengabaian’.

“Di banyak negara situasinya adalah panik berikutan virus berbahaya itu tidak kelihatan dan ini menimbulkan kekacauan. Tiada negara yang kebal,” katanya.

Selain itu apa yang membimbangkan, kira-kira 10 peratus petugas kesihatan dilaporkan dijangkiti di sesetengah negara.

“Apabila petugas barisan hadapan berada dalam keadaan berisiko, kita semua berisiko,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan penularan kes baharu Ebola di Republik Demokratik Congo (DRC), beliau berkata, hanya satu kes baru dilaporkan iaitu tiga hari sebelum berakhirnya tarikh rasmi wabak yang panjang.

Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan berkata, sejumlah 2,600 isyarat masih disiasat setiap hari di DRC dengan beribu-ribu sampel diambil setiap minggu.

"Mungkin itu pengajaran kepada kami dalam menangani COVID-19 jika tiada strategi sukarlah untuk mengawal keadaan. Justeru, mesti sentiasa bersedia untuk kembali lagi dan memulakan semula," katanya. - AFP
KETUA Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus. - Foto AFP
KETUA Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus. - Foto AFP

Prof Madya Dr Fuadah Johari menulis di Berita Harian bahawa PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan berkuat kuasa seluruh negara menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat termasuk ada yang balik kampung dan berbelanja untuk stok dapur beramai-ramai hingga menimbulkan insiden pembelian panik.

Namun, tidak kurang juga ada yang masih berdegil berada tempat awam tanpa tujuan dan masih mengekalkan aktiviti harian seperti biasa hingga Perdana Menteri terpaksa membuat pengumuman kali kedua dengan bahasa yang mudah supaya orang ramai duduk di rumah yang bertujuan memutuskan rantaian COVID-19.

Ternyata kerjasama dan kefahaman masyarakat awam diperlukan segera untuk menjayakan misi mengurangkan risiko merebaknya COVID-19.

Perkhidmatan pasukan barisan hadapan Kementerian Kesihatan dalam menangani pesakit dan prosedur rawatan COVID-19 ini harus dipuji. Mereka tanpa jemu melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi, bertanggungjawab dan cekap. Tidak terkecuali pasukan keselamatan dan perkhidmatan kerajaan termasuk 25 jenis sektor yang dikecualikan daripada PKP untuk memenuhi keperluan masyarakat umum.

Timbul persoalan, apakah PKP ini dibuat secara tiba-tiba oleh kerajaan tanpa memikirkan kesediaan orang ramai? Ini kerana masih ada ingkar arahan, malah ada mengeluh sukar melaksanakan tugasan harian serta ia seolah-olah diberikan secara tiba-tiba dengan mendesak. Ini termasuk keluhan peniaga kecil dan aktiviti perniagaan yang akan terjejas teruk akibat daripada PKP selama 14 hari ini.

Terkini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga mengeluarkan kawalan perintah pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Ini bermaksud arahan ini bukanlah suatu yang harus diremehkan.

Sebenarnya, apabila kerajaan mengumumkan langkah pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit ini, rakyat harus mematuhi dan memberikan kerjasama tanpa berbelah bagi. Ini kerana, kerajaan sebenarnya sudah memulakan pelan perancangan lebih tersusun sebelum memulakan perintah berkenaan.

Pakej Rangsangan Ekonomi bertema Memperkukuh Keyakinan, Merangsang Pertumbuhan, Melindungi Pekerjaan sebenarnya diumumkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 27 Februari lalu, menggariskan tiga strategi dengan 32 langkah.

Tiga strategi itu adalah menangani impak COVID-19, memangkin pertumbuhan berteraskan rakyat dan menggalakkan pelaburan berkualiti. Ini bermaksud kawalan pergerakan COVID-19 ini adalah sangat perlu untuk dilaksanakan.

Selari dengan ini, terdapat sokongan pihak swasta seperti penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman perniagaan. Bank Rakyat, SME Bank dan TEKUN Nasional mengumumkan penangguhan pembayaran pinjaman selama enam bulan pada 16 Mac lalu.

Bank Islam juga menawarkan moratorium kepada pelanggan yang terjejas dengan COVID-19. Disusuli dengan bank lain juga.

Saya percaya kesemua bank akan juga melaksanakan sokongan ini selaras dengan Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memastikan semua institusi kewangan menyediakan bantuan sewajarnya kepada syarikat benar-benar terjejas.

Ini termasuk pengecualian duti setem 100 peratus akan diberikan atas perjanjian penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman perniagaan antara peminjam dan institusi kewangan tertakluk kepada syarat perjanjian pinjaman asal yang dimeterai. Pengecualian ini diberikan bermula 1 Mac hingga 31 Disember ini.

BNM akan menyediakan Dana Kemudahan Bantuan Khas berjumlah RM2 bilion dengan kadar pembiayaan 3.75 peratus setahun untuk membantu aliran tunai Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas. Disokong juga penawaran skim kredit Mikro BSN berjumlah RM200 juta pada kadar 4 peratus untuk syarikat dalam sektor pelancongan dan sektor terjejas.

Kerajaan juga mengambil langkah untuk meringankan bebanan perniagaan dengan memberi diskaun 15 peratus ke atas jumlah bil elektrik bagi tempoh enam bulan dan pengguna domestik sebanyak 2 peratus diskaun. Dengan langkah proaktif kerajaan ini, rakyat seharusnya tidak panik dengan tindakan dan pengumuman menganjurkan PKP.

Apa perlu dilaksanakan adalah akur dan laksanakanlah aktiviti berfaedah daripada rumah.

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) umpamanya mengumumkan terdapat 13.2 juta bahan bacaan boleh diakses secara percuma melalui portal mereka. Masyarakat mampu untuk memenuhi aktiviti lebih berkualiti dari rumah walaupun dengan pergerakan terhad.

Ini tidak termasuk dengan tawaran syarikat penyiaran seperti Astro, Hypp TV, Iflix dan Netflix yang membuka kesemua salurannya untuk dinikmati pelanggannya sepanjang 14 hari berada di rumah.

Di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) umpamanya, semua kakitangannya melaksanakan kerja dari rumah dengan menggunakan sistem perakam kehadiran melalui telefon pintar. Mahasiswa yang masih berada di kolej kediaman kampus, luar kampus dan rumah sewa juga dibantu melalui skim makanan percuma serta bahan mentah hasil sumbangan orang ramai dan warga USIM melalui Pusat Wakaf dan Zakat, USIM.

Kesemua perkhidmatan di USIM dilaksanakan secara atas talian. Perpustakaan USIM misalnya, juga menawarkan pinjaman artikel secara atas talian bagi perkhidmatan antara perpustakaan melalui pesanan teks WhatsApp.

Secara umumnya, tiada sebab untuk kita mengeluh kesukaran sedikit sekiranya kita berlapang dada dan menggunakan masa yang ada dengan lebih produktif walaupun berada di rumah. Gunakanlah kesempatan dengan optimum dan semaksimum mungkin serta bertindak kreatif untuk menjayakan misi dan visi warga prihatin.

Tahun 2020 seharusnya diisi dengan minda positif dan keterhadapan sesuai dengan Wawasan 2020 yang kita idamkan bersama.

Gunakanlah PKP dengan bijaksana, kita cegah penyakit COVID-19 ini dengan baik, dengan penuh pengharapan agar kita berupaya meraikan ibadat secara beramai-ramai pada Ramadan akan datang di masjid seperti biasa.

Sekiranya langkah pencegahan dan memutuskan rantaian COVID-19 ini berjaya, kita boleh jayakan juga pelancongan domestik pada masa akan datang kerana kerajaan juga sudah merangka program menggalakkan pelancongan tempatan melalui pelepasan cukai sebanyak RM1,0000 kepada individu untuk perbelanjaan melancong dalam negara sehingga Ogos 2020.

Oleh itu, kerjasama dari semua pihak amatlah diharapkan semoga pelan rangsangan ekonomi negara dapat berjalan dengan teratur dan berkesan.




Comments

Popular posts from this blog

Police Call Up Sarawak Chinese Activist Members For Not Standing For National Anthem

Police Call Up Sarawak Chinese Activist Members For Not Standing For National Anthem Sarawak for Sarawakians (S4S) official spokesman Shaow Tung Leong (The Star) – Police have called up seven members of the Sarawak for Sarawakians (S4S) activist group who did not stand up for the national anthem, as seen in a video clip which has gone viral on social media. State deputy commissioner of police DCP Datuk Dev Kumar said a police report on the incident was lodged on Monday (Sept 30). “Based on the report, we have commenced investigations under Section 8(3) of the National Anthem Act 1968,” he said. Under Section 8, anyone who knowingly shows disrespect to the national anthem in a public place can be fined up to RM100 or jailed not more than one month. S4S spokesman Shaow Tung Leong, who was among those called up by police over the incident, said their action was a “silent protest” against the Federal Government’s “unfair” treatment of Sarawak. “We did not stand up because we feel d...

Perlembagaan benarkan Agong singkir PM, kata peguam

SHAH ALAM: Peguam kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan adalah salah untuk berkata Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa menyingkir Perdana Menteri. Malah, undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan dengan jelasnya menyatakan, “kuasa melantik termasuk kuasa untuk menolak,” kata Mohamed Haniff Khatri Abdulla. “Ada pihak mempersoal kuasa Agong terhadap Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak). Bagi saya, jawapannya ada dalam perlembagaan. “Perkara 40 (2) (a) menyatakan Agong boleh bertindak menurut budi bicara dalam pelantikan Perdana Menteri. Ia tidak menyentuh soal kuasa memecat Perdana Menteri. “Tetapi dalam Seksyen 29 Jadual ke-11, undang-undang bertulis menyatakan bagi individu atau pihak yang diberi kuasa membuat pelantikan ke mana-mana pejabat, kuasa yang sama hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk kuasa untuk membuang kerja atau menggantung individu yang dilantik dan melantik orang lain buat sementara bagi menggantikan indivi...

Penghantaran Helicopter dibeli era BN dihalang, alasan ada penyelwengan

Menteri Pertahanan kitalah iaitu YB  mat Sabu yang mengarahkan agar penyerahan helikopter penyerang MD-530G kepada ATM ditangguhkan atas alasan untuk menyiasat penyelewengan walaupun pesawat yang ditempah telah pun siap. RM301 JUTA SUDAH DIBAYAR HELIKOPTER MD-530G TIDAK DITERIMA Begitulah tajuk pemberitaan FMT yang berterusan  membawa agenda dajal dalam usaha menghasut rakyat dengan fitnah terhadap kerajaan terdahulu serta oleh media utama pro PH yang lain dan turut dikongsi oleh RBA RBA dan barua 3K mereka Dengan status panjangnya 10 perkataan  atau dengan hanya share tajuk seperti yg dilapor FMT kebanyakan mahacai dan RBA sudah faham segala gala,  walau pun kami penyokong UMNO hampir satu jam satu satu artikel dibaca semata mata mahu memahami satu satu isu agar ia tidak bias dalam pemahaman kami selaku rakyat Malaysia. Hamba politik PH serta BARUA BARUANYA bertungkus lumus untuk mengekalkan kuasa politik mereka pada PRU 15 sanggup berbuat apa saja terma...