Skip to main content

Laporan lengkap Tragedi 13 Mei oleh MAGERAN

Laporan lengkap Tragedi 13 Mei oleh MAGERAN

Portal Malaysiakini telah menerbitkan artikel mengenai peristiwa 13 Mei dari sumber, dan beberapa wawancara. Ada beberapa perkara penting yang tidak disebutkan dalam artikel tersebut, yang kami rasakan perlu dibaca oleh setiap warga.

Untuk makluman pembaca, perkara penting tersebut diceritakan dengan terperinci dalam Laporan Tragedi 13 Mei yang disediakan oleh Tun Abdul Razak, Pengarah Majlis Gerakan Negara (Mageran) ketika itu.

Berikut merupakan kata-kata pendahuluan oleh beliau dalam laporan tersebut:

Laporan penuh ada di bahagian bawah

Oleh : Tun Abdul Razak

Hari 13 Mei 1969 akan tercatit di dalam sejarah kita sebagai hari tragedi nasional. Pada hari itu asas perdirian Negara kita telah menerima paluan yang sehebat-hebatnya pernah dialami dengan meletusnya rusuhan antara kaum. Mujur lah Kerajaan telah mengambil tindakan yang segera dan tegas, dibantu dengan setianya oleh pihak Tentera dan Polis, maka dapatlah pihak berkuasa mengawal keadaan secepat-cepatnya. Kalau bukan kerana langkah-langkah pencegahan yang telah dilaksanakan dengan segera itu maka sudah tentulah seluruh negeri ini tercebur di dalam malapetaka yang besar.

Ada juga diantara kita yang memandang bahawa tragedi ini dalam ertinya bagi dirinya sendiri. Akan tetapi kepentingan peristiwa 13 Mei janganlah hendaknya dirasakan oleh beberapa orang sahaja, bahkan setiap orang dari kita hendaklah menaruh insaf akan peristiwa ini. Pada hari itu kita disedarkan sehebat-hebatnya bahawa masalah perkauman di dalam negeri ini adalah suatu masalah yang amat berat dan segala langkah-langkah yang telah kita ambil di masa lampau sudah nyata tidak mencukupi.

Pergeseran antara kaum memang ada, tetapi kita terus menjalankan tugas masing-masing dengan harapan semoga bahang yang terpasang itu tidak akan meletus. Sejak Merdeka, cara kita hidup di negeri ini memang berdasarkan fahaman demokrasi dengan segala kebaikan yang ada padanya, dan juga berdasarkan sejarah yang membawa kepada perasaan rakyat pada hari itu, ia menyatakan apa yang berlaku pada hari yang mengandungi tragedi itu dan peranan Angkatan Tentera dan Polis dalam meredakan rusuhan dan membawa negeri ini kembali kepada suasana yang dapat dikawali secara tegas oleh Kerajaan, dan akhirnya ia menunjukkan jalan kearah mana Negara kita harus bergerak. 

Pengajaran yang kita dapat dari kekacauan itu sudah nyata. Negara ini tidak sanggup mengekalkan suatu sistem yang membiarkan sebarang orang bertutur atau bertindak yang mungkin melagakan satu kaum dengan kaum yang lain. Kalau peristiwa 13 Mei ini hendak dielakkan daripada berlaku lagi, kalau Negara ini hendak selamat, mestilah kita pastikan supaya hal-hal yang mungkin menimbulkan ketegangan kaum tidak dipergunakan oleh golongan-golongan oppurtunis yang tidak bertanggungjawab. 

Kita hanya dapat menjamin hal ini dengan syarat supaya hal-hal ini tidak dapat digunakan oleh penghasut-penghasut perkauman antara kamunis dan sabversif-sabversif yang lain. Oleh itu, perlulah kita menyusun suatu peraturan politik yang realistik dan yang mempertimbangkan sedalam-dalamnya akan segala keadaan masyarakat dan ekonomi rakyat kita dan yang berdasarkan pada suatu asas yang utuh dan bijaksana.

Laporan ini telah dibuat dengan penuh kesedaran bahawa perkara-perkara yang penting tidak boleh lagi “ disapu kebawah tikar” dan bahawa kenyataan-kenyataan 13 Mei mestilah disebarkan dengan luas kepada orang ramai. Dan lagi laporan ini telah ditulis dengan kesedaran bahawa matlamat kita kepada perpaduan kaum mestilah dihadapi dengan warasnya dan jalan-jalan lain yang terbuka dihadapan kita mestilah kita hadapi dengan tabah dan penuh tanggungjawab. Haluan negara kita mestilah kita rencanakan dengan usaha-usaha yang bersatu dari semua golongan rakyat Malaysia yang taat setia, dengan usaha-usaha yang tabah dan penuh kepercayaan. 

Adalah menjadi tujuan Kerajaan, selapas pencetakan laporan ini, untuk menjemput semua wakil-wakildari semua golongan di negara ini, wakil-wakil dari golongan politik,agama, ekonomi dan lain-lain untuk memberikan sumbangan dalam satu Badan Perundingan (Consultive Council) dimana perkara-perkara yang melibatkan perpaduan negara kita boleh dibincangkan dengan sepenuhnya dan dengan ikhlas dan tidak secara selindung-menyelindungi. Dengan cara ini adalah diharapkan bahawa kita akan mencapai satu persefahaman diatas soal-soal Kebangsaan yang boleh menjamin keamanan, ketenteraman dan perpaduan negara kita pada masa hadapan dan bahawa tragedi 13 Mei tidak akan berlaku lagi.

Saya harap agar semua warganegara Malaysia akan memberi pemikiran yang mendalam terhadap matlamat ini supaya negara Malaysia akan terus menerus maju di dalam keadaan yang aman dan tenteram.

-Tun Haji Abdul Razak Bin Dato’ Hussein
Pengarah Majlis Gerakan Negara (Mageran)




Comments

Popular posts from this blog

Pilih semula BN kalau kami gagal kata Saddiq

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup dibuang seandainya PH gagal memenuhi manifesto mereka selepas dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN,” kata Syed Saddiq ketika sesi acara 'Sinar Debat bersama Exco Pemuda UMNO'. Syed Saddiq berkongsi pentas dengan Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin dalam forum anjuran Sinar Harian diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin. Menurut Syed Saddiq, PH perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu. Ujar beliau, rakyat berkuasa untuk membawa perubahan kerana walaupun negara ditadbir oleh BN lebih 60 tahun, parti itu adalah tidak sama seperti dahulu. Menurutnya, PH juga akan membebaskan media dan mana-mana kerajaan ti...

Bicara SRC; Dakwaan dan ulasan TS Shafiee

Anda perlu ingat, terdapat beberapa perkara yang pihak pendakwaan telah katakan. Ada 2 yang agak penting. Yang pertama, mereka telah katakan bahawa DSN telah merancang untuk mengambil RM 42 juta wang SRC itu sejak mula. Bermakna sejak tahun 2011, DSN telah merancang 3 tahun sebelum kejadian untuk menerima RM 42 juta 3 tahun selepasnya. Berapakah peratuskah sebenarnya RM 42 juta ini? (berbanding 4 billion). Ia adalah kurang dari 1%. Jika anda jual sebuah rumah sekalipun, jual hartanah, jual tanah atau anda menjadi broker sebuah perjanjian komersial, anda akan mengambil pulangan minumum 3-5%. Jadi mengapa 42 juta? Ia tidak capai pun 1%. Kenapa 42 juta? Kenapa dia kata dia mahu 42 juta? Ini gagal dijawab oleh pihak pendakwaan sungguhpun kita telah bangkitkan. Dan memikirkan bahawa ia diterima 3 tahun kemudian. Siapa yang terima rasuah, 3 tahun kemudian? Tak ada orang yang akan lakukan perkara ini. Jika saya mahukan rasuah, saya mahukannya SEKARANG. Terutamanya apabila saya ada...