Skip to main content

NFC sudah ada pembeli baharu sedia bayar baki pinjaman


National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) sudah mempunyai pembeli baharu sejak 25 Oktober tahun lalu yang bersedia untuk membayar balik sepenuhnya baki pinjaman NFC dalam masa tiga bulan daripada persetujuan kerajaan untuk penstrukturan semula NFC.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, berkata pihak NFC masih menunggu persetujuan kerajaan.
“Pihak pembeli baharu syarikat NFC sudah bersetuju untuk mengangkat penuh tanggungan liabiliti pinjaman asal NFC dan bersedia untuk membuat pembayaran penuh terhadap jumlah baki pinjaman sebenar dengan pihak kerajaan.
“Hasrat ini sudah dimaklumkan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melalui surat bertarikh 21 November 2018,” katanya dalam kenyataan merujuk kepada kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng, hari ini.
Dalam kenyataannya itu, Guan Eng berkata NFC belum melunaskan hutang pinjaman dengan kerajaan berjumlah RM254 juta termasuk faedah dan faedah lewat setakat 30 April 2019 dan kerajaan mahu menuntut sepenuhnya jumlah pinjaman itu.
Mohamad Salleh berkata pihak pembeli baharu juga sudah memaklumkan kepada kerajaan mengenai kesanggupan dan keyakinan mereka untuk memulihkan serta menstruktur semula syarikat NFC, termasuk pembayaran penuh baki pinjaman dengan kerajaan.
Katanya, pihak pembeli baharu dan juga kerajaan, khususnya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, sudah berbincang dan mengatur perancangan untuk pemulihan semula projek itu bagi mencapai matlamat Keselamatan Makanan Negara, terutama dalam isu pengeluaran makanan yang terjamin Halal.
“Saya percaya kenyataan akhbar Guan Eng adalah susulan daripada surat pada 17 Mei lalu yang dihantar pihak pembeli baharu kepada Kementerian Kewangan untuk membayar balik pinjaman itu sepenuhnya.
“Saya yakin di bawah kepimpinan perdana menteri, isu ini akan diselesaikan secara terbaik di mana pihak NFC akan membayar balik baki tertunggak pinjaman kepada kerajaan, dan projek yang penuh dengan potensi ini akan dibangunkan semula oleh kerajaan dan pembeli baharu NFC,” katanya. - BERNAMA
[Baca sumber di sini]

Kementerian Kewangan tuntut pembayaran penuh pinjaman RM250 juta daripada NFCorp


Kementerian Kewangan (MoF) sedang menuntut pembayaran penuh pinjaman RM250 juta, termasuk faedah dan caj faedah lewat, yang telah diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) pada 2008. 

Menterinya, Lim Guan Eng berkata tuntutan mahkamah akan dijalankan oleh Jabatan Peguam Negara terhadap syarikat itu yang masih berhutang RM253.6 juta kepada kerajaan.

Beliau berkata Notis Pengisytiharan Berlaku Keingkaran yang selaras dengan Klausa 14 Perjanjian Pinjaman di antara Kerajaan Persekutuan dan NFCorp telah dikeluarkan pada September 2014 dan perkara ini telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara pada 29 Ogos 2018 untuk tindakan lanjut.

“Jabatan Peguam Negara sedang meneliti perkara itu dan akan mengumumkan perkembangan terkini jika ada,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

MoF menekankan bahawa NFCorp telah menerima kemudahan pinjaman RM250 juta daripada kerajaan pada 9 Jan 2008 dengan kadar faedah sebanyak dua peratus serta tempoh pinjaman selama 20 tahun dan tempoh tangguh selama tiga tahun. 

Pinjaman itu dijamin oleh debentur yang ditandatangani bersama-sama dalam perjanjian pinjaman pada 6 Dis 2007.

“Berdasarkan penyata lengkap pinjaman Kerajaan Persekutuan sehingga 30 April 2019 dari Jabatan Akauntan Negara, jumlah baki pinjaman (terhutang) oleh NFCorp kepada kerajaan adalah sebanyak RM253.62 juta, termasuk faedah dan caj faedah lewat sehingga 30 April 2019. 

“Dari jumlah tersebut, RM110.84 juta adalah jumlah terhutang untuk pembayaran balik kepada Kerajaan Persekutuan dari 30 April 2019, terdiri daripada tunggakan pokok pinjaman RM81.99 juta, faedah pinjaman sebanyak RM22.97 juta dan caj faedah lewat berjumlah RM5.89 juta,” kata Lim.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Police Call Up Sarawak Chinese Activist Members For Not Standing For National Anthem

Police Call Up Sarawak Chinese Activist Members For Not Standing For National Anthem Sarawak for Sarawakians (S4S) official spokesman Shaow Tung Leong (The Star) – Police have called up seven members of the Sarawak for Sarawakians (S4S) activist group who did not stand up for the national anthem, as seen in a video clip which has gone viral on social media. State deputy commissioner of police DCP Datuk Dev Kumar said a police report on the incident was lodged on Monday (Sept 30). “Based on the report, we have commenced investigations under Section 8(3) of the National Anthem Act 1968,” he said. Under Section 8, anyone who knowingly shows disrespect to the national anthem in a public place can be fined up to RM100 or jailed not more than one month. S4S spokesman Shaow Tung Leong, who was among those called up by police over the incident, said their action was a “silent protest” against the Federal Government’s “unfair” treatment of Sarawak. “We did not stand up because we feel d...

Perlembagaan benarkan Agong singkir PM, kata peguam

SHAH ALAM: Peguam kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan adalah salah untuk berkata Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa menyingkir Perdana Menteri. Malah, undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan dengan jelasnya menyatakan, “kuasa melantik termasuk kuasa untuk menolak,” kata Mohamed Haniff Khatri Abdulla. “Ada pihak mempersoal kuasa Agong terhadap Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak). Bagi saya, jawapannya ada dalam perlembagaan. “Perkara 40 (2) (a) menyatakan Agong boleh bertindak menurut budi bicara dalam pelantikan Perdana Menteri. Ia tidak menyentuh soal kuasa memecat Perdana Menteri. “Tetapi dalam Seksyen 29 Jadual ke-11, undang-undang bertulis menyatakan bagi individu atau pihak yang diberi kuasa membuat pelantikan ke mana-mana pejabat, kuasa yang sama hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk kuasa untuk membuang kerja atau menggantung individu yang dilantik dan melantik orang lain buat sementara bagi menggantikan indivi...

Penghantaran Helicopter dibeli era BN dihalang, alasan ada penyelwengan

Menteri Pertahanan kitalah iaitu YB  mat Sabu yang mengarahkan agar penyerahan helikopter penyerang MD-530G kepada ATM ditangguhkan atas alasan untuk menyiasat penyelewengan walaupun pesawat yang ditempah telah pun siap. RM301 JUTA SUDAH DIBAYAR HELIKOPTER MD-530G TIDAK DITERIMA Begitulah tajuk pemberitaan FMT yang berterusan  membawa agenda dajal dalam usaha menghasut rakyat dengan fitnah terhadap kerajaan terdahulu serta oleh media utama pro PH yang lain dan turut dikongsi oleh RBA RBA dan barua 3K mereka Dengan status panjangnya 10 perkataan  atau dengan hanya share tajuk seperti yg dilapor FMT kebanyakan mahacai dan RBA sudah faham segala gala,  walau pun kami penyokong UMNO hampir satu jam satu satu artikel dibaca semata mata mahu memahami satu satu isu agar ia tidak bias dalam pemahaman kami selaku rakyat Malaysia. Hamba politik PH serta BARUA BARUANYA bertungkus lumus untuk mengekalkan kuasa politik mereka pada PRU 15 sanggup berbuat apa saja terma...