Skip to main content

AG patut jujur, Statut Rom jejaskan 'raja zalim'- Tan Sri Shafee Abdullah


Shafee muncul sebagai hadirin pada sebuah majlis forum membincangkan Statut Rom, yang melibatkan empat ahli panel iaitu Peguam Negara Tommy Thomas, Timbalan Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) Gurdial Singh Nijar, Pengerusi Yayasan Budi Rais Yatim dan Anggota Majlis Peguam Surendra Ananth di Kuala Lumpur hari ini.

Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) akan menjejaskan raja-raja yang melakukan kesalahan dalam kapasiti peribadinya dan Peguam Negara Tommy Thomas perlu jujur dalam menjelaskan hal ini, kata Peguam kanan Muhammad Shafee Abdullah

Shafee berkata raja-raja akan tertakhluk kepada pendakwaan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) jika baginda melakukan kesalahan dalam kapasiti peribadi dan kalau AG enggan mendakwa mereka.

"Jadi sekiranya kami ada satu negeri, katakanlah di Negeri X, sultan memutuskan untuk memberikan ucapannya di masjid yang mengakibatkan rusuhan besar di negeri itu (dan) apabila sekumpulan orang, agama atau kaum dihapuskan, adakah kamu katakan jika kamu tidak mahu maka ICC tidak akan bertindak?

"Tentulah ICC boleh melakukan pendakwaan (Of course ICC bites)...

"Jika baginda bertindak sebagai sultan, baginda tidak akan bertindak sedemikian tetapi kalau baginda bertindak dengan 'zalim' (rogue fashion), baginda bertindak dalam kapasiti peribadi, lantaran itu baginda boleh didakwa, sekiranya ICC akan membicarakan baginda kerana peguam negara (AG) enggan melakukan pendakwaan, maka maksudnya baginda mendapat kesannya," katanya.
Pendirian ekstrem istana, Putrajaya
Shafee muncul sebagai hadirin pada sebuah majlis forum membincangkan Statut Rom, yang melibatkan empat ahli panel iaitu Peguam Negara Tommy Thomas, Timbalan Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) Gurdial Singh Nijar, Pengerusi Yayasan Budi Rais Yatim dan Anggota Majlis Peguam Surendra Ananth di Kuala Lumpur hari ini.

Shafee membangkitkan perkara ini ketika sesi soal jawab bersama ahli panel.

Peguam terkemuka itu kemudian menasihatkan Thomas untuk berlaku jujur dan melibatkan raja-raja dalam perbincangan.

"Kenapa kamu tidak libatkan raja-raja dahulu, katakan kepada baginda hanya ini satu-satunya cara baginda akan terjejas, tetapi tuanku hanya akan terjejas sekiranya tuanku berbuat 'zalim' (rogue), jadi tiada sultan yang akan bertitah beta membantah (Statut Rom ICC) kerana kami telah katakan hanya sekiranya tuanku 'zalim' maka keistimewaan akan ditarik," katanya.


Shafee berkata jika Statut Rom dikaji dengan teliti, serta perbincangan bersama orang awam dan raja-raja telah dibuat dengan baik, maka barulah Putrajaya kemudiannya boleh menandatangani perjanjian itu.

Beliau menegaskan kedua-dua pihak Putrajaya dan istana mengambil pendirian ekstrem mengenai Statut Rom.

"Kenapa kedua-dua belah pihak mengambil pendirian yang melampau? Istana berpendirian ekstren, berfikir mereka akan ditimpa masalah, tetapi kamu (kerajaan) juga mengambil pendirian melampau dengan menafikan kedaulatan (negara) sebenarnya terjejas.

"Kedaulatan, demi kepentingan surga terjejas,

"Demi tuhan, kedaulatan (negara) memang terjejas tetapi bagaimana kamu menguruskannya?"

Shafee juga menolak dakwaan bahawa kementerian luar yang memulakan kajian itu ke Statut Rom, berkata sebenarnya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang memulakannya.

"Suhakam memulakannya, biar saya beri tahu dari tahun 2003 hingga 2009, kami terpaksa meyakinkan kementerian luar supaya berkata sila pertimbangkan, kerana Suhakam fikir ia (pemeterian Statut Rom) merupakan idea yang baik untuk dipertimbangkan, tetapi ia tidak pernah diputuskan kerana kami tidak terlibat dalam perbincangan dengan orang ramai. "

Beliau berkata dalam tempoh itu, ketika beliau menjadi pesuruhjaya Suhakam, suruhanjaya itu telah mengkaji Statut Rom dan mengundang tokoh-tokoh tertentu untuk mendapatkan pendapat mereka mengenai perkara itu.

[AG patut bersikap jujur]

Comments

Popular posts from this blog

Tinggalkan DAP

Tinggalkan DAP Memang tak sangka, bila dengar berita ni. Ong Kian Ming ni dah 14 tahun dalam DAP, lama sangat tu, tiba-tiba keluar mesti ada sebab berat. Dari apa yang dia cakap, isu utama dia tak puas hati keputusan parti kekal dalam kabinet. Dia rasa DAP patut keluar dulu, tekan kerajaan buat perubahan yang dijanjikan, tapi parti pilih untuk terus kekal. Bila prinsip sendiri tak sama dengan hala tuju parti, memang susah nak terus tinggal. Dia pun kata tak masuk parti lain, tak nak bertanding juga. Nampak macam bukan sebab nak lari ke tempat lain, tapi betul-betul rasa tak sehaluan dah. Bila orang yang dah lama dalam parti pun buat keputusan macam ni, mesti ada benda yang tak kena di dalam. Entah-entah ini cuma permulaan saja, belum tahu siapa lagi akan ikut jejak langkah dia selepas ni.

Pilih semula BN kalau kami gagal kata Saddiq

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup dibuang seandainya PH gagal memenuhi manifesto mereka selepas dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN,” kata Syed Saddiq ketika sesi acara 'Sinar Debat bersama Exco Pemuda UMNO'. Syed Saddiq berkongsi pentas dengan Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin dalam forum anjuran Sinar Harian diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin. Menurut Syed Saddiq, PH perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu. Ujar beliau, rakyat berkuasa untuk membawa perubahan kerana walaupun negara ditadbir oleh BN lebih 60 tahun, parti itu adalah tidak sama seperti dahulu. Menurutnya, PH juga akan membebaskan media dan mana-mana kerajaan ti...

RM314 Juta Tidak Diterima Kerajaan, Anthony Loke Patut Dipertanggungjawapkan

Isu penggantungan perkhidmatan MYEG dan Zetrix AI ini bukan sekadar pertikaian komersial biasa tetapi ia satu isu yang melibatkan amanah rakyat dan aliran dana negara. Dua platform ini  diwujudkan untuk memperkemas urusan awam dan mempercepatkan transformasi digital kerajaan justru kegagalan menyerahkan hasil berjumlah RM314 juta amatlah membimbangkan. Jumlah ini bukan kecil dan ia adalah hak rakyat yang sepatutnya digunakan untuk membiayai pelbagai keperluan pembangunan dan kebajikan masyarakat.  Apabila dua entiti ini gagal menunaikan tanggungjawab kewangan mereka rakyat mula mempersoalkan pengawasan dan mekanisme pemantauan yang ada di bawah kementerian berkenaan. Ia menimbulkan keraguan tentang sejauh mana kerajaan memastikan rakan kongsi yang dilantik mematuhi syarat perjanjian. Perkara yang lebih mendesak adalah ke mana perginya wang tersebut dan mengapa kelewatan ini dibiarkan berlaku sehingga ke tahap penggantungan perkhidmatan. Semua ini berlaku di bawah pengawasan m...