Skip to main content

Malaysia, Iran perhalusi kerjasama pertahanan - Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR 30 April - Malaysia dan Iran mengorak langkah untuk memperhalusi bentuk kerjasama yang berpotensi dilaksanakan khususnya berkaitan keselamatan dan pertahanan melibatkan kedua-dua negara.
Perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat dua hala antara Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Menteri Pertahanan dan Logistik Angkatan Tentera Iran, Brigadier Jeneral Amir Hatami.
Mesyuarat berlangsung sempena lawatan kerja Mohamad ke Tehran bermula 26 April sehingga 1 Mei, menurut kenyataan Kementerian Pertahanan hari ini.
Ia turut dihadiri Duta Besar Malaysia ke Iran, Datuk Rustam Yahaya serta beberapa pegawai kanan kementerian dan Angkatan Tentera Malaysia.- BERNAMA
Hubungan Mat Sabu Dan Syiah Iran Akan Bawa Malapetaka Besar Pada Malaysia!!

Sebagai menteri kabinet, Mat Sabu sepatutnya lebih sensitif dengan perkembangan terkini...
Iran kini sedang dalam sekatan oleh Amerika kerana usaha2 negara Syiah berkenaan utk memiliki senjata nuklear...

Oleh itu mana2 negara yang cuba berdagang dengan Iran akan berhadapan dengan sekatan oleh Amerika.

Mengumumkan Malaysia akan menjalinkan kerjasama ketenteraan bersama Iran ketika ketegangan hubungan antara Amerika dan Iran semakin memuncak, adalah satu kesilapan yang besar dan akan mengundang malapetaka ekonomi kepada Malaysia...

Sedangkan mengadakan hubungan perdagangan dengan Iran akan berhadapan dengan sekatan ekonomi dari Amerika, apatah lagi bila Mat Sabu umumkan akan mengadakan kerjasama ketenteraan dengan Iran, pasti akan membuatkan kerajaan Amerika marah...

Rakyat Malaysia juga tertanya2, bentuk kerjasama bagaimana yang di maksudkan Mat Sabu? Adakah kerjasama dalam bentuk Malaysia akan beli peralatan ketenteraan dari Iran? Atau tentera kedua2 negara akan saling berlatih bersama2 samada di Iran atau di Malaysia?

Hakikatnya, kedua2 kerjasama di atas akan membawa malapetaka yang besar kepada Malaysia.

Menjalinkan hubungan perdagangan dengan Iran akan menyebabkan Malaysia di kenakan sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat...

Ekonomi Malaysia amat bergantung kepada Amerika, jika Amerika kenakan sekatan terhadap Malaysia akibat cuba eratkan kerjasama dengan Iran maka kemungkinan besar banyak kilang2 akan terpaksa di tutup dan ribuan bakal hilang pekerjaan.

Comments

Popular posts from this blog

Tinggalkan DAP

Tinggalkan DAP Memang tak sangka, bila dengar berita ni. Ong Kian Ming ni dah 14 tahun dalam DAP, lama sangat tu, tiba-tiba keluar mesti ada sebab berat. Dari apa yang dia cakap, isu utama dia tak puas hati keputusan parti kekal dalam kabinet. Dia rasa DAP patut keluar dulu, tekan kerajaan buat perubahan yang dijanjikan, tapi parti pilih untuk terus kekal. Bila prinsip sendiri tak sama dengan hala tuju parti, memang susah nak terus tinggal. Dia pun kata tak masuk parti lain, tak nak bertanding juga. Nampak macam bukan sebab nak lari ke tempat lain, tapi betul-betul rasa tak sehaluan dah. Bila orang yang dah lama dalam parti pun buat keputusan macam ni, mesti ada benda yang tak kena di dalam. Entah-entah ini cuma permulaan saja, belum tahu siapa lagi akan ikut jejak langkah dia selepas ni.

Pilih semula BN kalau kami gagal kata Saddiq

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup dibuang seandainya PH gagal memenuhi manifesto mereka selepas dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN,” kata Syed Saddiq ketika sesi acara 'Sinar Debat bersama Exco Pemuda UMNO'. Syed Saddiq berkongsi pentas dengan Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin dalam forum anjuran Sinar Harian diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin. Menurut Syed Saddiq, PH perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu. Ujar beliau, rakyat berkuasa untuk membawa perubahan kerana walaupun negara ditadbir oleh BN lebih 60 tahun, parti itu adalah tidak sama seperti dahulu. Menurutnya, PH juga akan membebaskan media dan mana-mana kerajaan ti...

RM314 Juta Tidak Diterima Kerajaan, Anthony Loke Patut Dipertanggungjawapkan

Isu penggantungan perkhidmatan MYEG dan Zetrix AI ini bukan sekadar pertikaian komersial biasa tetapi ia satu isu yang melibatkan amanah rakyat dan aliran dana negara. Dua platform ini  diwujudkan untuk memperkemas urusan awam dan mempercepatkan transformasi digital kerajaan justru kegagalan menyerahkan hasil berjumlah RM314 juta amatlah membimbangkan. Jumlah ini bukan kecil dan ia adalah hak rakyat yang sepatutnya digunakan untuk membiayai pelbagai keperluan pembangunan dan kebajikan masyarakat.  Apabila dua entiti ini gagal menunaikan tanggungjawab kewangan mereka rakyat mula mempersoalkan pengawasan dan mekanisme pemantauan yang ada di bawah kementerian berkenaan. Ia menimbulkan keraguan tentang sejauh mana kerajaan memastikan rakan kongsi yang dilantik mematuhi syarat perjanjian. Perkara yang lebih mendesak adalah ke mana perginya wang tersebut dan mengapa kelewatan ini dibiarkan berlaku sehingga ke tahap penggantungan perkhidmatan. Semua ini berlaku di bawah pengawasan m...