Skip to main content

Wang 1MDB dipulangkan?



CERTOT wang 1MDB dipulangkan.

Biar saya bagi contoh paling mudah untuk korang faham.

Seorang member bernama Wan Mi ada simpanan RM500,000 juta untuk melabur.

Dia pun bawaklah RM500,000 ini pada sebuah syarikat pelaburan dan berjumpa pengerusi syarikat itu yang bernama Encik Ahmad.

Dan diserahkan RM500,000 itu kepada Encik Ahmad untuk dilabur. Siap resit semua bukti duit dah diserah.

Malangnya, Encik Ahmad tak masukkan duit itu ke dalam syarikat pelaburan itu tetapi dia kongsi dengan kawan Cina dia bernama Low.

Ahmad ambil RM250,000 dan Low ambil RM250,000.

Kemudian, Low pun gunakan duit ini untuk membeli sebuah jet ski (RM10,000), beli sebuah kedai (RM130,000) dan melabur di dalam satu bisness kecil (RM100,000).

Pada satu hari, Encik Wan Mi nak keluarkan duit RM500,000 dia.

Tetapi syarikat pelaburan itu kata mereka tak pernah terima wang itu walaupun pengerusi mereka ialah orang yang menerima duit Encik Wan, siap resit semua.

Encik Wan pun siasatlah apa sudah terjadi.

Check punya check, dia dapat tahu macam mana Ahmad dah bahagikan wang itu dengan Low dan apa yang telah dibeli oleh Low.

Kalau saudara adalah Encik Wan, apa yang saudara patut buat?

A) Tuntut wang dari syarikat pelaburan itu kerana ianya pengerusi mereka yang sah dan telah terima wang.

atau

B) Rampas aset-aset Low dan menjualnya supaya dapat balik wang itu walaupun aset seperti sampan itu akan susut nilai apabila dijual?

Tentu pilihan A adalah pilihan yang betul kerana syarikat pelaburan itu amat besar dan kita boleh dapatkan kesemua wang yang telah hilang.

Jika pilih B, masa yang diambil agak lama dan tiada jaminan kita boleh dapatkan nilai penuh yang kita hilang. Lagi pulak nak menanggung kos menjaga aset yang susut nilai tu.

Seperti cerita di atas, kerajaan BN memilih pilihan A dan telah menandatangani satu perjanjian penyelesaian dengan syarikat IPIC milik kerajaan Abu Dhabi.

Siapa yang ikut kronologi 1MDB ini pasti tahu dan faham bahawa semua wang yang telah hilang adalah SELEPAS dipindahkan atau dijamin oleh IPIC.

Justeru itu, IPIC telah berjanji untuk memulangkan semua wang ini sebelum 30 Disember 2020.

Tetapi apabila mereka menang PRU14, kerajaan PH membatalkan perjanjian penyelesaian ini pula.

PH memilih cara B walaupun masa diambil adalah lama dan wang yang boleh kita dapat balik tidak akan dapat 100% dari jumlah yang telah hilang.

Kenapa?

Kerana PH tahu bahawa cara ini boleh memanjangkan cerita 1MDB dan tidak mahu rakyat tahu bahawa BN telah selesaikan wang yang dikatakan hilang.

Bolehlah teruskan permainan mereka kerana setiap kali ada aset atau wang yang dirampas atau dibayar balik, cerita 1MDB boleh keluar lagi. Dan ia akan diulang ulang seperti televisyen buruk.

PH membuat keputusan demi kepentingan politik sahaja dan bukan untuk menuntut balik 100% wang yang hilang atau menegakkan keadilan.

Itulah sebab mereka membatalkan perjanjian penyelesaian itu dan tidak menuntut balik dari IPIC.

Itu juga sebab Kerajaan PH tidak mahu tangkap, siasat atau soal-siasat pengurus besar IPIC walaupun sangat jelas Ahmad telah bersalah. Bukan sukar untuk mereka dapatkan bantuan Interpol.

Hakikatnya, dengan ambil langkah merugikan ini, ia menguntungkan PH untuk berterusan menuduh DS Najib dan mengabaikan tanggungjawab serta peranan IPIC, pengerusi serta pengurus besar IPIC.

Jadi, tidak hairan bahawa Najib telah berkali-kali meminta kerajaan PH untuk mendedahkan perjanjian penyelesaian 1MDB dengan IPIC tetapi kerajaan PH tidak membalas.

Nampak permainan PH? Sampai bila anda semua nak ditipu? Atau mereka mahu berterusan kata anda semua uneducated dan mudah ditipu?


Comments

Popular posts from this blog

Tinggalkan DAP

Tinggalkan DAP Memang tak sangka, bila dengar berita ni. Ong Kian Ming ni dah 14 tahun dalam DAP, lama sangat tu, tiba-tiba keluar mesti ada sebab berat. Dari apa yang dia cakap, isu utama dia tak puas hati keputusan parti kekal dalam kabinet. Dia rasa DAP patut keluar dulu, tekan kerajaan buat perubahan yang dijanjikan, tapi parti pilih untuk terus kekal. Bila prinsip sendiri tak sama dengan hala tuju parti, memang susah nak terus tinggal. Dia pun kata tak masuk parti lain, tak nak bertanding juga. Nampak macam bukan sebab nak lari ke tempat lain, tapi betul-betul rasa tak sehaluan dah. Bila orang yang dah lama dalam parti pun buat keputusan macam ni, mesti ada benda yang tak kena di dalam. Entah-entah ini cuma permulaan saja, belum tahu siapa lagi akan ikut jejak langkah dia selepas ni.

Pilih semula BN kalau kami gagal kata Saddiq

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup dibuang seandainya PH gagal memenuhi manifesto mereka selepas dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN,” kata Syed Saddiq ketika sesi acara 'Sinar Debat bersama Exco Pemuda UMNO'. Syed Saddiq berkongsi pentas dengan Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin dalam forum anjuran Sinar Harian diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin. Menurut Syed Saddiq, PH perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu. Ujar beliau, rakyat berkuasa untuk membawa perubahan kerana walaupun negara ditadbir oleh BN lebih 60 tahun, parti itu adalah tidak sama seperti dahulu. Menurutnya, PH juga akan membebaskan media dan mana-mana kerajaan ti...

RM314 Juta Tidak Diterima Kerajaan, Anthony Loke Patut Dipertanggungjawapkan

Isu penggantungan perkhidmatan MYEG dan Zetrix AI ini bukan sekadar pertikaian komersial biasa tetapi ia satu isu yang melibatkan amanah rakyat dan aliran dana negara. Dua platform ini  diwujudkan untuk memperkemas urusan awam dan mempercepatkan transformasi digital kerajaan justru kegagalan menyerahkan hasil berjumlah RM314 juta amatlah membimbangkan. Jumlah ini bukan kecil dan ia adalah hak rakyat yang sepatutnya digunakan untuk membiayai pelbagai keperluan pembangunan dan kebajikan masyarakat.  Apabila dua entiti ini gagal menunaikan tanggungjawab kewangan mereka rakyat mula mempersoalkan pengawasan dan mekanisme pemantauan yang ada di bawah kementerian berkenaan. Ia menimbulkan keraguan tentang sejauh mana kerajaan memastikan rakan kongsi yang dilantik mematuhi syarat perjanjian. Perkara yang lebih mendesak adalah ke mana perginya wang tersebut dan mengapa kelewatan ini dibiarkan berlaku sehingga ke tahap penggantungan perkhidmatan. Semua ini berlaku di bawah pengawasan m...