Skip to main content

Posts

Showing posts with the label PM ke-8

Biar Dr Mahathir tadbir hingga habis penggal - Azmin

Biar Dr Mahathir tadbir hingga habis penggal - Azmin Azmin menegaskan rakyat menyerahkan mandat kepada pentadbiran sedia ada untuk mentadbir kerajaan bagi tempoh lima tahun pada PRU-14. ******* KUALA LUMPUR: Pihak yang ghairah mahu berkuasa dengan mengubah pentadbiran kerajaan lebih awal dari lima tahun, disifatkan sebagai cuba menubuhkan kerajaan menggunakan ‘pintu belakang’. Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menegaskan rakyat menyerahkan mandat kepada pentadbiran sedia ada untuk mentadbir kerajaan bagi tempoh lima tahun pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). “Jadi kalau ada pihak yang nak mengubah pentadbiran kerajaan lebih awal daripada itu, dua tahun atau satu tahun, itulah sebenarnya kerajaan pintu belakang. “Sepatutnya biarlah Tun Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri sehingga selesai tempoh penggal ini kerana itu mandat diberikan rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini. Beliau berkata demikian ketika dimi...