Skip to main content

DAP Tak Terlibat 13 Mei: Mahu Tipu Siapa?


DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF, HARAKAH
Tulisan Ketua Pemuda DAP (DAPSY) merangkap Ahli EXCO Kerajaan Perak, Howard Lee, dalam portal berita Malaysia Kini bertajuk “Adakah PAS Mahu Tutup ‘Bangkai Gajah’ Guna Isu 13 Mei?” adalah jelas satu cubaan untuk menipu rakyat dan memesongkan sejarah negara.

Di dalamnya, Howard Lee menggunakan Kertas Putih Kerajaan bertarikh 9 Oktober 1969, dengan judul penuhnya adalah “The May 13 Tragedy: A Report, The National Operations Council”, untuk menyatakan Peristiwa 13 Mei bukan berpunca daripada DAP tetapi PKM.

Hakikat sebenarnya adalah:

(1) Pada muka surat iv kertas putih ini disebutkan bahawa salah satu punca Peristiwa 13 Mei adalah calon-calon pembangkang dalam PRU 3 yang berkempen atas garis perkauman serta menyerang Perkara 152 dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

(2) Pada muka surat 21 kertas putih ini disebutkan mengenai tindakan lebih ekstrem sesetengah calon pembangkang dalam PRU 3 yang mempersoalkan hak dari sudut sejarah orang-orang Melayu untuk menganggap diri mereka sebagai Bumiputera.

(3) Pada muka surat 24 kertas putih ini disebutkan mengenai amaran Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra, di Kuala Pilah pada 15 April 1969 bahawa jika DAP cuba mengubah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan maka akan berlaku huru-hara.

(4) Pada muka surat 29 kertas putih ini disebutkan mengenai tindakan provokatif peserta perarakan kemenangan DAP pada jam 5 petang 11 Mei 1969 yang menghamburkan kata-kata “Apa polis boleh buat – kita raja” dan “Buang semua Polis Melayu”.

(5) Pada muka surat 29 kertas putih ini disebutkan mengenai tindakan provokatif peserta perarakan kemenangan DAP pada jam 10 malam 11 Mei 1969 yang menghamburkan kata-kata “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan” kepada polis-polis Melayu.

Ekoran Peristiwa 13 Mei ini, pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang, telah ditahan di bawah Seksyen 11(2)(b) ISA pada 18 Mei 1969 di mana asas utama penahanan ini adalah tindakan beliau mempertikaikan pembahagian rakyat kepada ‘Bumiputera’ dan ‘bukan Bumiputera’.

Menjawab pertuduhan terhadap beliau pada 30 Julai 1969, Lim Kit Siang dengan berani mengakui penentangan beliau ke atas pembahagian rakyat kepada ‘Bumiputera’ dan ‘bukan Bumiputera’ kerana beranggapan bantuan perlu diberi berasaskan ‘need’ bukan ‘race’.

Dalam sidang Parlimen pada 3 Mac 1971, Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, menggelar Ahli-Ahli Parlimen DAP sebagai seperti “ruthless, tricky, smooth, suave, slick political rogues” yang menggunakan isu-isu sensitif untuk menang dalam PRU 3.

Diungkapkan balik oleh Tun Dr Ismail petikan pelbagai kenyataan sensitif Lim Kit Siang, antaranya yang menolak Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tunggal dan yang didakwa tidak mengiktiraf kedudukan istimewa Melayu, tanpa apa-apa bantahan dari wakil DAP.

Semua ini adalah bukti nyata DAP tidak boleh berlepas tangan daripada Peristiwa 13 Mei.

Menariknya, walaupun Lim Kit Siang telah ditahan di bawah ISA pada 18 Mei 1969 kerana mempertikaikan pembahagian rakyat kepada ‘Bumiputera’ dan ‘bukan Bumiputera’, selaras dengan Deklarasi Setapak 1967, hingga kini prinsip ini tetap menjadi pegangan DAP.

Bandingkan sahaja kenyataan Lim Kit Siang mengenai perkara ini sebelum beliau ditahan di bawah ISA, antaranya ialah pada 29 September 1968, 2 November 1968, 7 Januari 1969, 25 Januari 1969, 26 Januari 1969, 7 Mei 1969 dan 13 Mei 1969, dengan kenyataan baru beliau.

Contoh kenyataan baru beliau ini adalah:

(1) “Saya dengan ini mendesak pembahagian rakyat Malaysia kepada bumiputera dan bukan-bumiputera dihapuskan” atau “I would therefore call for the abolition of the division of Malaysians into bumiputeras and non-bumiputeras” (10 September 1995).

(2) “DAP mendesak pembahagian rakyat Malaysia kepada bumiputera dan bukan-bumiputera dihapuskan segera” atau “DAP calls for the immediate abolition of the division of Malaysians into bumiputeras and non-bumiputeras” (15 September 1995 dan 20 September 1995).

Ini belum lagi diambil kira kenyataan lebih baru Lim Guan Eng dan Anthony Loke. Soalnya kini, setelah menang, bila dan bagaimana pembahagian ini mahu dihapuskan? Cukupkah agaknya dengan pemberian bantuan berasaskan ‘need’ bukan ‘race’ sahaja dahulu?

[Baca di Sini Juga]

Comments

Popular posts from this blog

Tinggalkan DAP

Tinggalkan DAP Memang tak sangka, bila dengar berita ni. Ong Kian Ming ni dah 14 tahun dalam DAP, lama sangat tu, tiba-tiba keluar mesti ada sebab berat. Dari apa yang dia cakap, isu utama dia tak puas hati keputusan parti kekal dalam kabinet. Dia rasa DAP patut keluar dulu, tekan kerajaan buat perubahan yang dijanjikan, tapi parti pilih untuk terus kekal. Bila prinsip sendiri tak sama dengan hala tuju parti, memang susah nak terus tinggal. Dia pun kata tak masuk parti lain, tak nak bertanding juga. Nampak macam bukan sebab nak lari ke tempat lain, tapi betul-betul rasa tak sehaluan dah. Bila orang yang dah lama dalam parti pun buat keputusan macam ni, mesti ada benda yang tak kena di dalam. Entah-entah ini cuma permulaan saja, belum tahu siapa lagi akan ikut jejak langkah dia selepas ni.

Pilih semula BN kalau kami gagal kata Saddiq

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup dibuang seandainya PH gagal memenuhi manifesto mereka selepas dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN,” kata Syed Saddiq ketika sesi acara 'Sinar Debat bersama Exco Pemuda UMNO'. Syed Saddiq berkongsi pentas dengan Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin dalam forum anjuran Sinar Harian diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin. Menurut Syed Saddiq, PH perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu. Ujar beliau, rakyat berkuasa untuk membawa perubahan kerana walaupun negara ditadbir oleh BN lebih 60 tahun, parti itu adalah tidak sama seperti dahulu. Menurutnya, PH juga akan membebaskan media dan mana-mana kerajaan ti...

RM314 Juta Tidak Diterima Kerajaan, Anthony Loke Patut Dipertanggungjawapkan

Isu penggantungan perkhidmatan MYEG dan Zetrix AI ini bukan sekadar pertikaian komersial biasa tetapi ia satu isu yang melibatkan amanah rakyat dan aliran dana negara. Dua platform ini  diwujudkan untuk memperkemas urusan awam dan mempercepatkan transformasi digital kerajaan justru kegagalan menyerahkan hasil berjumlah RM314 juta amatlah membimbangkan. Jumlah ini bukan kecil dan ia adalah hak rakyat yang sepatutnya digunakan untuk membiayai pelbagai keperluan pembangunan dan kebajikan masyarakat.  Apabila dua entiti ini gagal menunaikan tanggungjawab kewangan mereka rakyat mula mempersoalkan pengawasan dan mekanisme pemantauan yang ada di bawah kementerian berkenaan. Ia menimbulkan keraguan tentang sejauh mana kerajaan memastikan rakan kongsi yang dilantik mematuhi syarat perjanjian. Perkara yang lebih mendesak adalah ke mana perginya wang tersebut dan mengapa kelewatan ini dibiarkan berlaku sehingga ke tahap penggantungan perkhidmatan. Semua ini berlaku di bawah pengawasan m...