Skip to main content

Malaysia perlu dahului masa hadapi ancaman - Mad Hasan

Malaysiakini
Malaysia perlu mendahului masa dengan membangunkan kefahaman dan kesiapsiagaan bagi menghadapi ancama bukan tradisional terhadap keselamatan negara, termasuk pandemik dan serangan siber.
Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, berkata kerajaan tidak lagi boleh mengambil pendekatan secara ad hoc semasa menghadapi situasai sebegitu.
Beliau berkata, penubuhan pusat kebangsaan seperti Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di AS kini sudah menjadi satu keperluan nasional dan mesti diutamakan.
"Malaysia akan lebih terdedah kepada semua ancaman bukan tradisional ini berbanding peperangan atau interstate conflict (konflik antara negara).
"Namun, terlalu banyak sumber diperuntukkan kepada sektor pertahanan dan keselamatan tradisional sehingga pelaburan dalam kesediaan menghadapi ancaman keselamatan bukan tradisional diabaikan.
"Kerajaan tidak lagi boleh mengambil pendekatan ad hoc. Kesiapsiagaan kita mesti mendahului masa," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu berkata demikian sebagai mengulas situasai penularan wabak Covid-19 dihadapi negara ketika ini.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menggambarkan bahawa krisis Covid-19 yang dihadapi ketika ini adalah paling parah dan mencabar semenjak Perang Dunia Kedua.
Perlu ketahanan lestari
Malaysia mengambil pendekatan melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) dalam usaha memutuskan rangkaian penularan wabak berkenaan.
Malah kerajaan juga mewajibkan rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dikuarantin selama 14 hari.
Bagi merancakkan ekonomi akibat penularan wabak itu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsan Ekonomi Prihatian Rakyat (Prihatin) bernilai RM250 bilion.
Sebelum itu pada 27 Februari bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad pada peringkat awal penularan Covid-19 mengumumkan Pakej Rangsana Ekonomi 2020 bernilai RM 20 bilion.
Mohamad berkata Malaysia mesti bersedia untuk melakukan total reset bagi memastikan kelestarian ekonomi dan pembangunannya.
Jelasnya, jika sebelum ini orientasi ekonomi negara berpaksi kepada kebolehsaingan dan pendapatan tinggi, namun keutamaan kini ialah membangun ketahanan ekonomi.
"Kita mesti kembali membongkar potensi modenisasi ekonomi tradisional dan sektor pertumbuhan crisis proof (kalis krisis) untuk kelangsungan ekonomi kita.
"Jika sebelum ini, rencana ekonomi kita ialah merangsang pertumbuhan. Sekarang, kita mesti kembali kepada pemulihan dan ketahanan yang lestari," katanya lagi.
Selain itu Mohamad berkata Malaysia perlu mesti memberi tumpuan untuk merombak secara radikal sistem penyampaian kerajaan.
Katanya, sudah tiba masanya beralih kepada kerajaan digital secara total dan bukan lagi pilihan, bahkan sistem penyampaian negara tidak boleh lumpuh ketika berhadapan dengan krisis.
"Contoh yang paling nyata ialah apabila sekolah terpaksa ditutup dan bagaimana kita tidak boleh beranjak ke online mode dengan pantas dan segera," jelasnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Laporan lengkap Tragedi 13 Mei oleh MAGERAN

Laporan lengkap Tragedi 13 Mei oleh MAGERAN Portal Malaysiakini telah menerbitkan artikel mengenai peristiwa 13 Mei dari sumber, dan beberapa wawancara. Ada beberapa perkara penting yang tidak disebutkan dalam artikel tersebut, yang kami rasakan perlu dibaca oleh setiap warga. Untuk makluman pembaca, perkara penting tersebut diceritakan dengan terperinci dalam Laporan Tragedi 13 Mei yang disediakan oleh Tun Abdul Razak, Pengarah Majlis Gerakan Negara (Mageran) ketika itu. Berikut merupakan kata-kata pendahuluan oleh beliau dalam laporan tersebut: Laporan penuh ada di bahagian bawah Oleh : Tun Abdul Razak Hari 13 Mei 1969 akan tercatit di dalam sejarah kita sebagai hari tragedi nasional. Pada hari itu asas perdirian Negara kita telah menerima paluan yang sehebat-hebatnya pernah dialami dengan meletusnya rusuhan antara kaum. Mujur lah Kerajaan telah mengambil tindakan yang segera dan tegas, dibantu dengan setianya oleh pihak Tentera dan Polis, maka dapatlah pihak berkuasa mengawal k...

Pilih semula BN kalau kami gagal kata Saddiq

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup dibuang seandainya PH gagal memenuhi manifesto mereka selepas dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN,” kata Syed Saddiq ketika sesi acara 'Sinar Debat bersama Exco Pemuda UMNO'. Syed Saddiq berkongsi pentas dengan Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin dalam forum anjuran Sinar Harian diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin. Menurut Syed Saddiq, PH perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu. Ujar beliau, rakyat berkuasa untuk membawa perubahan kerana walaupun negara ditadbir oleh BN lebih 60 tahun, parti itu adalah tidak sama seperti dahulu. Menurutnya, PH juga akan membebaskan media dan mana-mana kerajaan ti...

Bicara SRC; Dakwaan dan ulasan TS Shafiee

Anda perlu ingat, terdapat beberapa perkara yang pihak pendakwaan telah katakan. Ada 2 yang agak penting. Yang pertama, mereka telah katakan bahawa DSN telah merancang untuk mengambil RM 42 juta wang SRC itu sejak mula. Bermakna sejak tahun 2011, DSN telah merancang 3 tahun sebelum kejadian untuk menerima RM 42 juta 3 tahun selepasnya. Berapakah peratuskah sebenarnya RM 42 juta ini? (berbanding 4 billion). Ia adalah kurang dari 1%. Jika anda jual sebuah rumah sekalipun, jual hartanah, jual tanah atau anda menjadi broker sebuah perjanjian komersial, anda akan mengambil pulangan minumum 3-5%. Jadi mengapa 42 juta? Ia tidak capai pun 1%. Kenapa 42 juta? Kenapa dia kata dia mahu 42 juta? Ini gagal dijawab oleh pihak pendakwaan sungguhpun kita telah bangkitkan. Dan memikirkan bahawa ia diterima 3 tahun kemudian. Siapa yang terima rasuah, 3 tahun kemudian? Tak ada orang yang akan lakukan perkara ini. Jika saya mahukan rasuah, saya mahukannya SEKARANG. Terutamanya apabila saya ada...