Skip to main content

Mahathir tuduh PH punca masalah


INILAH tiga pengakuan Tun Dr Mahathir Mohamad yang beliau sampaikan di Majlis Kenduri Rakyat bersempena perkahwinan anak Dato’ Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir di Dewan Wawasan, Jitra, hari ini:

(1)    Terbentuknya kerajaan baru yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah berpunca daripada tindakan Pakatan Harapan (PH) mencalonkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
(2)    Tun Dr Mahathir tiada masalah untuk BERSATU keluar dari PH, tetapi ia hanya boleh dilakukan setelah beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
(3)    Tun Dr Mahathir sememangnya tiada masalah untuk BERSATU bekerjasama dengan PAS, hanya kerjasama secara en bloc dengan Umno sahaja beliau sukar terima.
Inilah pula petikan ucapan Tun Dr Mahathir di Majlis Kenduri Rakyat tersebut:
“Saya kata kat Muhyiddin: Tunggulah, satu hari saya letak jawatan, pada masa itu nak buat apa buatlah. Tapi dia kata: Sekarang ini, mesti buat sekarang ini, mesti kerjasama dengan Najib dengan Umno. Dulu kita benci kepada Najib pasal dia curi duit. Dia sedang dibicara pasal curi duit banyak. Bukan seringgit dua ringgit, bilion-bilion ringgit duit kita dicuri. Macam manalah saya nak kerjasama dengan Najib?”
“Jadi saya kata kat Muhyiddin: Tunggulah. Tetapi dia tak mahu tunggu. Dia nak sekarang jugak. Kita mesti singkir apanama Pakatan Harapan, kita keluar daripada Pakatan Harapan, dan kita dirikan kerajaan Melayu kononnya dengan Umno. Saya kerjasama dengan PAS tak apa jugaklah. Tapi nak kerjasama dengan Umno saya sukar. Pasal kita baru saja kalahkan Umno pasal dia dirikan kerajaan kleptokrat. Nak terima Najib semula yang bermusuh dengan kita susah bagi saya.”
“Walaupun demikian, apabila saya dapati parti Pakatan Harapan ini tiba-tiba tak namakan saya sebagai calon mereka, mereka namakan Dato’ Seri Anwar sebagai calon mereka dan kerana itu saya kalah. Saya tak dapat majoriti. Anwar pun tak dapat majoriti jugak. Kalau parti Pakatan Harapan ini bagi sokongan kepada saya saya tak kalah. Tapi dalam politik ini kita tak taulah apa fikiran apa tindakan.”
Ada sesiapa yang mahu kata BERSATU masih boleh kekal dengan Pakatan Harapan?

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 7/3/2020

Comments

Popular posts from this blog

Tinggalkan DAP

Tinggalkan DAP Memang tak sangka, bila dengar berita ni. Ong Kian Ming ni dah 14 tahun dalam DAP, lama sangat tu, tiba-tiba keluar mesti ada sebab berat. Dari apa yang dia cakap, isu utama dia tak puas hati keputusan parti kekal dalam kabinet. Dia rasa DAP patut keluar dulu, tekan kerajaan buat perubahan yang dijanjikan, tapi parti pilih untuk terus kekal. Bila prinsip sendiri tak sama dengan hala tuju parti, memang susah nak terus tinggal. Dia pun kata tak masuk parti lain, tak nak bertanding juga. Nampak macam bukan sebab nak lari ke tempat lain, tapi betul-betul rasa tak sehaluan dah. Bila orang yang dah lama dalam parti pun buat keputusan macam ni, mesti ada benda yang tak kena di dalam. Entah-entah ini cuma permulaan saja, belum tahu siapa lagi akan ikut jejak langkah dia selepas ni.

Pilih semula BN kalau kami gagal kata Saddiq

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup dibuang seandainya PH gagal memenuhi manifesto mereka selepas dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN,” kata Syed Saddiq ketika sesi acara 'Sinar Debat bersama Exco Pemuda UMNO'. Syed Saddiq berkongsi pentas dengan Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin dalam forum anjuran Sinar Harian diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin. Menurut Syed Saddiq, PH perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu. Ujar beliau, rakyat berkuasa untuk membawa perubahan kerana walaupun negara ditadbir oleh BN lebih 60 tahun, parti itu adalah tidak sama seperti dahulu. Menurutnya, PH juga akan membebaskan media dan mana-mana kerajaan ti...

RM314 Juta Tidak Diterima Kerajaan, Anthony Loke Patut Dipertanggungjawapkan

Isu penggantungan perkhidmatan MYEG dan Zetrix AI ini bukan sekadar pertikaian komersial biasa tetapi ia satu isu yang melibatkan amanah rakyat dan aliran dana negara. Dua platform ini  diwujudkan untuk memperkemas urusan awam dan mempercepatkan transformasi digital kerajaan justru kegagalan menyerahkan hasil berjumlah RM314 juta amatlah membimbangkan. Jumlah ini bukan kecil dan ia adalah hak rakyat yang sepatutnya digunakan untuk membiayai pelbagai keperluan pembangunan dan kebajikan masyarakat.  Apabila dua entiti ini gagal menunaikan tanggungjawab kewangan mereka rakyat mula mempersoalkan pengawasan dan mekanisme pemantauan yang ada di bawah kementerian berkenaan. Ia menimbulkan keraguan tentang sejauh mana kerajaan memastikan rakan kongsi yang dilantik mematuhi syarat perjanjian. Perkara yang lebih mendesak adalah ke mana perginya wang tersebut dan mengapa kelewatan ini dibiarkan berlaku sehingga ke tahap penggantungan perkhidmatan. Semua ini berlaku di bawah pengawasan m...