Skip to main content

RM2.9 Trillion Nilai Pasaran Modal musnah oleh PH

Sebelum PH mengambil alih pemerintahan negara daripada BN saiz pasaran modal Malaysia mencecah RM2.9 trillion. Menurut Timbalan Ketua Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti (SC) Datuk Fairuz Zainol Abidin, pengembangan ini ekoran kepelbagaian opsyen pelaburan yang ditawarkan di dalam pasaran modal tempatan.


Namun begitu nilai pasaran Bursa saham Malaysia sebanyak RM2.9 trillion tinggal hanya kenang-kenangan bilamana PH gagal mengurus ekonomi negara, menyebabkan ramai pelabur menarik keluar modal mereka. Kita boleh baca apa  DS Najib kongsi dalam FB milik beliau seperti berikut:

3 February 2020

Minggu lepas, indeks pasaran saham kita jatuh ke paling rendah sejak 5 tahun dahulu. Hari ini, kita jatuh ke paling rendah sejak SEMBILAN tahun dahulu.

Ya, memang pasaran saham dua minggu ini mengalami tekanan dari wabak Coronavirus.

Tapi masalahnya ialah sejak PRU14, apabila pasaran saham lain turun, kita turun dan apabila pasaran saham lain naik, kita turun juga.

Sehingga kita menjadi paling corot dalam dunia. Jika ianya sudah paling corot dalam dunia, maka tak bolehlah kita nak salahkan perang dagang ke atau wabak virus sahaja kerana semua negara-negara lain dalam dunia juga sama-sama terkesan.

Sebenarnya, kebanyakan pasaran-pasaran saham lain dalam dunia masih mencatat kenaikan jika dibandingkan dengan dua tahun dahulu - langsung berbeza dengan Bursa Malaysia di bawah kerajaan PH.

 No photo description available.

Comments

Popular posts from this blog

Tinggalkan DAP

Tinggalkan DAP Memang tak sangka, bila dengar berita ni. Ong Kian Ming ni dah 14 tahun dalam DAP, lama sangat tu, tiba-tiba keluar mesti ada sebab berat. Dari apa yang dia cakap, isu utama dia tak puas hati keputusan parti kekal dalam kabinet. Dia rasa DAP patut keluar dulu, tekan kerajaan buat perubahan yang dijanjikan, tapi parti pilih untuk terus kekal. Bila prinsip sendiri tak sama dengan hala tuju parti, memang susah nak terus tinggal. Dia pun kata tak masuk parti lain, tak nak bertanding juga. Nampak macam bukan sebab nak lari ke tempat lain, tapi betul-betul rasa tak sehaluan dah. Bila orang yang dah lama dalam parti pun buat keputusan macam ni, mesti ada benda yang tak kena di dalam. Entah-entah ini cuma permulaan saja, belum tahu siapa lagi akan ikut jejak langkah dia selepas ni.

Pilih semula BN kalau kami gagal kata Saddiq

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup dibuang seandainya PH gagal memenuhi manifesto mereka selepas dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN,” kata Syed Saddiq ketika sesi acara 'Sinar Debat bersama Exco Pemuda UMNO'. Syed Saddiq berkongsi pentas dengan Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin dalam forum anjuran Sinar Harian diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin. Menurut Syed Saddiq, PH perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu. Ujar beliau, rakyat berkuasa untuk membawa perubahan kerana walaupun negara ditadbir oleh BN lebih 60 tahun, parti itu adalah tidak sama seperti dahulu. Menurutnya, PH juga akan membebaskan media dan mana-mana kerajaan ti...

RM314 Juta Tidak Diterima Kerajaan, Anthony Loke Patut Dipertanggungjawapkan

Isu penggantungan perkhidmatan MYEG dan Zetrix AI ini bukan sekadar pertikaian komersial biasa tetapi ia satu isu yang melibatkan amanah rakyat dan aliran dana negara. Dua platform ini  diwujudkan untuk memperkemas urusan awam dan mempercepatkan transformasi digital kerajaan justru kegagalan menyerahkan hasil berjumlah RM314 juta amatlah membimbangkan. Jumlah ini bukan kecil dan ia adalah hak rakyat yang sepatutnya digunakan untuk membiayai pelbagai keperluan pembangunan dan kebajikan masyarakat.  Apabila dua entiti ini gagal menunaikan tanggungjawab kewangan mereka rakyat mula mempersoalkan pengawasan dan mekanisme pemantauan yang ada di bawah kementerian berkenaan. Ia menimbulkan keraguan tentang sejauh mana kerajaan memastikan rakan kongsi yang dilantik mematuhi syarat perjanjian. Perkara yang lebih mendesak adalah ke mana perginya wang tersebut dan mengapa kelewatan ini dibiarkan berlaku sehingga ke tahap penggantungan perkhidmatan. Semua ini berlaku di bawah pengawasan m...