Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi masing-masing naik 25 sen bagi tempoh 10 September hingga 16 September ini.
Kementerian Kewangan (MOF) berkata, harga RON97 ditetapkan pada RM4.50 seliter berbanding RM4.25 sebelum ini, RON95 tanpa subsidi pada harga RM4.02 seliter berbanding RM3.77 dan diesel tanpa subsidi pula ditetapkan pada RM4.92 seliter berbanding RM4.67.
Pada masa sama, harga petroleum bersubsidi kekal pada RM1.99 seliter bagi RON95 mengikut BUDI Madani RON95 (BUDI95), manakala RM2.10 seliter bagi diesel berdasarkan program BUDI Madani Diesel (BUDI Diesel).
Harga bagi Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) pula masing-masing kekal pada RM2.05 dan RM2.15 seliter.

Comments
Post a Comment