Skip to main content

Mahathir boleh sakit sebab prestasi buruk menteri





Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sememangnya tidak berpuas hati dengan apa-apa pencapaian, dan sikapnya itu turut dilihat dalam soal prestasi kabinetnya. 

Mahathir menekankan keperluan bertindak dalam masa yang pantas. Dia nampaknya seperti terdesak dan berkata bahawa beliau kalau boleh mahu apapun tindakan dibuat kelmarin dan bukan hari ini. 

Dia mengakui dia memang tidak puas hati. 

Memanglah cakap Mahathir tu ada asasnya. Bayangkan Menteri Pertanian boleh cadangkan nelayan yang berdepan kekurangan pendapatan disuruh tanam rambutan atau nanas belakang rumah kalau mahu tambah pendapatan. Menteri paloi dalam kabinet Mahathir ni memang langsung tak guna kepala otaknya semasa berhujah di parlimen. 

Berapa besar juga tanah yang nelayan ada di belakang rumah mereka? 

Itu satu contoh. Yang menteri seperti Lim Guan Eng cerita pasal salah perpuluhan, hutang negara trillion, wang dirompak walhal ada dalam akaun amanah yang disatukan, lagi buat haru-biru. Cerita hantam sajalah 10% SST kerana dia tak tahu itu kategori mana tapi rakyat yang kena tempias memang bikin pening. 

Cerita Saifuddin Nasution pasal peniaga degilpun satu lagi hal. Rakyat bukan mahu tahu degil peniaga tu. Rakyat mahu tahu bagaimana harga barang boleh diturunkan. 

Si Saddiq lagi pelawak dalam kabinet. Kalah pertandingan silat di sukan asia boleh buat kenyataan tak dapat emas sebab pingat dirompak pihak lawan. Dengan budak tingkatan empatpun boleh tak lepas berdebat. Macamana nak cakap tu? 

Memang tidak ada setakat ini prestasi menteri yang boleh dibanggakan. 



Comments

Popular posts from this blog

Tinggalkan DAP

Tinggalkan DAP Memang tak sangka, bila dengar berita ni. Ong Kian Ming ni dah 14 tahun dalam DAP, lama sangat tu, tiba-tiba keluar mesti ada sebab berat. Dari apa yang dia cakap, isu utama dia tak puas hati keputusan parti kekal dalam kabinet. Dia rasa DAP patut keluar dulu, tekan kerajaan buat perubahan yang dijanjikan, tapi parti pilih untuk terus kekal. Bila prinsip sendiri tak sama dengan hala tuju parti, memang susah nak terus tinggal. Dia pun kata tak masuk parti lain, tak nak bertanding juga. Nampak macam bukan sebab nak lari ke tempat lain, tapi betul-betul rasa tak sehaluan dah. Bila orang yang dah lama dalam parti pun buat keputusan macam ni, mesti ada benda yang tak kena di dalam. Entah-entah ini cuma permulaan saja, belum tahu siapa lagi akan ikut jejak langkah dia selepas ni.

Pilih semula BN kalau kami gagal kata Saddiq

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup dibuang seandainya PH gagal memenuhi manifesto mereka selepas dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN,” kata Syed Saddiq ketika sesi acara 'Sinar Debat bersama Exco Pemuda UMNO'. Syed Saddiq berkongsi pentas dengan Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin dalam forum anjuran Sinar Harian diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin. Menurut Syed Saddiq, PH perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu. Ujar beliau, rakyat berkuasa untuk membawa perubahan kerana walaupun negara ditadbir oleh BN lebih 60 tahun, parti itu adalah tidak sama seperti dahulu. Menurutnya, PH juga akan membebaskan media dan mana-mana kerajaan ti...

RM314 Juta Tidak Diterima Kerajaan, Anthony Loke Patut Dipertanggungjawapkan

Isu penggantungan perkhidmatan MYEG dan Zetrix AI ini bukan sekadar pertikaian komersial biasa tetapi ia satu isu yang melibatkan amanah rakyat dan aliran dana negara. Dua platform ini  diwujudkan untuk memperkemas urusan awam dan mempercepatkan transformasi digital kerajaan justru kegagalan menyerahkan hasil berjumlah RM314 juta amatlah membimbangkan. Jumlah ini bukan kecil dan ia adalah hak rakyat yang sepatutnya digunakan untuk membiayai pelbagai keperluan pembangunan dan kebajikan masyarakat.  Apabila dua entiti ini gagal menunaikan tanggungjawab kewangan mereka rakyat mula mempersoalkan pengawasan dan mekanisme pemantauan yang ada di bawah kementerian berkenaan. Ia menimbulkan keraguan tentang sejauh mana kerajaan memastikan rakan kongsi yang dilantik mematuhi syarat perjanjian. Perkara yang lebih mendesak adalah ke mana perginya wang tersebut dan mengapa kelewatan ini dibiarkan berlaku sehingga ke tahap penggantungan perkhidmatan. Semua ini berlaku di bawah pengawasan m...