Skip to main content

Pendedahan dokumen oleh Najib menambah kecewa Mahathir



Dr Mahathir sedih Arab Saudi enggan nafi isu derma RM2.6 billion

Kita disuapkan dengan cerita rompakan rakus ke atas 1MDB sehingga ia menjadi satu skandal besar yang mengundang pelbagai cerita. Semua dikaitkan dengan 1MDB sehingga rakyat muak dan membenci kerajaan BN. Masa itu DS Najib pula tidak mempunyai banyak masa menerangkan hal ini. Namun, dengan pendedahan dokumen (sebahagian) jelas menunjukkan bahawa cerita derma tersebut rupanya benar. Kebenaran mula menampakkan wajahnya dan in shaa Allah kita semua bakal menikmati suasana terang mengenai perkara ini. 

Kini kita boleh merasakan Mahathir tambah kecewa dengan pendedahan ini. In shaa Allah. Ada hikmah di sebalik kejadian ini. Dokumen mengenai bukti derma Arab Saudi tersebut didedahkan oleh DS Najib melalui laman facebooknya dan benar-benar buatkan kening kita terangkat.

In shaa Allah dengan pendedahan ini kebencian ke atas UMNO BN akan beralih kepada PH khususnya ke atas Mahathir dan konco-konconya. Kebenaran tetap kebenaran.






Untuk laporan kesedihan Mahathir mengenai respon Arab Saudi baca seterusnya:

[Mahathir sedih Arab Saudi tidak nafikan derma Raja Arab Saudi kepada Najib]

Baca juga posting Dato' Seri Najib di facebook beliau mengenai dokumen ini.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tinggalkan DAP

Tinggalkan DAP Memang tak sangka, bila dengar berita ni. Ong Kian Ming ni dah 14 tahun dalam DAP, lama sangat tu, tiba-tiba keluar mesti ada sebab berat. Dari apa yang dia cakap, isu utama dia tak puas hati keputusan parti kekal dalam kabinet. Dia rasa DAP patut keluar dulu, tekan kerajaan buat perubahan yang dijanjikan, tapi parti pilih untuk terus kekal. Bila prinsip sendiri tak sama dengan hala tuju parti, memang susah nak terus tinggal. Dia pun kata tak masuk parti lain, tak nak bertanding juga. Nampak macam bukan sebab nak lari ke tempat lain, tapi betul-betul rasa tak sehaluan dah. Bila orang yang dah lama dalam parti pun buat keputusan macam ni, mesti ada benda yang tak kena di dalam. Entah-entah ini cuma permulaan saja, belum tahu siapa lagi akan ikut jejak langkah dia selepas ni.

Pilih semula BN kalau kami gagal kata Saddiq

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup dibuang seandainya PH gagal memenuhi manifesto mereka selepas dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN,” kata Syed Saddiq ketika sesi acara 'Sinar Debat bersama Exco Pemuda UMNO'. Syed Saddiq berkongsi pentas dengan Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin dalam forum anjuran Sinar Harian diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin. Menurut Syed Saddiq, PH perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu. Ujar beliau, rakyat berkuasa untuk membawa perubahan kerana walaupun negara ditadbir oleh BN lebih 60 tahun, parti itu adalah tidak sama seperti dahulu. Menurutnya, PH juga akan membebaskan media dan mana-mana kerajaan ti...

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 25 sen

Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi masing-masing naik 25 sen bagi tempoh 10 September hingga 16 September ini. Kementerian Kewangan (MOF) berkata, harga RON97 ditetapkan pada RM4.50 seliter berbanding RM4.25 sebelum ini, RON95 tanpa subsidi pada harga RM4.02 seliter berbanding RM3.77 dan diesel tanpa subsidi pula ditetapkan pada RM4.92 seliter berbanding RM4.67. Pada masa sama, harga petroleum bersubsidi kekal pada RM1.99 seliter bagi RON95 mengikut BUDI Madani RON95 (BUDI95), manakala RM2.10 seliter bagi diesel berdasarkan program BUDI Madani Diesel (BUDI Diesel). Harga bagi Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) pula masing-masing kekal pada RM2.05 dan RM2.15 seliter.