Skip to main content

Lupakan Cerita 100 hari kata Rafidah Aziz

Temu ramah bersama Tan Sri Rafidah Aziz, di kediamannya di Setia Murni 2, Bukit Damansara, Kuala Lum
Rafidah Aziz

KUALA LUMPUR 24 Ogos - 100 hari bukan ukuran bagi rakyat menilai ‘keberkesanan’ pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan walaupun masih banyak janji dalam manifesto kerajaan itu belum tertunai.
Pandangan itu dilontarkan oleh bekas veteran UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz sebagai berkata, rakyat perlu berfikiran lebih realistik bahawa tidak semua janji yang diberikan dapat dilaksanakan dalam jangka masa pendek kerana pelbagai aspek harus dinilai semula.
Katanya, tempoh tersebut sebaliknya sebagai satu komitmen kerajaan Pakatan Harapan melakukan apa yang boleh ditunaikan dalam masa tersebut dan indikasi bahawa parti itu tidak membuta-tuli untuk menjadi kerajaan.
“Kita undi kerajaan untuk 100 hari? Tidak, tetapi untuk lima tahun, maka pegang pada situ. Dalam manifesto yang diberikan, ada yang sudah dilaksanakan pun.
“Jika ada yang tidak dilaksanakan, itu adalah kerana keadaan memerlukan pelbagai siasatan, tidak boleh dibuat dalam tempoh 100 hari. Kalau nak buat ‘cincai’, bolehlah, semata-mata kononnya kerana janji.
“Bagi saya realitinya, janganlah kita pegang sebuah kerajaan baharu kepada 100 hari untuk buat semuanya, itu tidak realistik. Beri masa, kita tidak pernah pun memberi kerajaan 60 tahun lepas tempoh masa 100 hari,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama Utusan Online, baru-baru ini.
Tambah Rafidah yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, janji yang terkandung dalam manifesto kerajaan Pakatan Harapan tidak seharusnya dijadikan panduan oleh kerajaan itu dalam memerintah negara, sebaliknya strategi dan dasar yang bijak perlu diketengahkan.
“Itulah kita kadang-kadang tidak tengok keadaan menyeluruh dan gambaran yang luas. Manifesto satu sahaja, adalah untuk pilihan raya. Tetapi janganlah itu pula hendak dijadikan panduan kepada lima tahun akan datang, saya sendiri pun tidak akan terima.
“Jika ada sistem yang rosak, ia harus dinilai semula melalui proses, prosedur serta undang-undang yang boleh memakan masa lebih sebulan atau dua bulan. Kalau kita nak benarkan landasan mentadbir negara kukuh balik, kita perlu pandang ke hadapan,” katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/kita-bukan-undi-kerajaan-untuk-100-hari-rafidah-aziz-1.734921#ixzz5PAjkMwrc 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Comments

Popular posts from this blog

Tinggalkan DAP

Tinggalkan DAP Memang tak sangka, bila dengar berita ni. Ong Kian Ming ni dah 14 tahun dalam DAP, lama sangat tu, tiba-tiba keluar mesti ada sebab berat. Dari apa yang dia cakap, isu utama dia tak puas hati keputusan parti kekal dalam kabinet. Dia rasa DAP patut keluar dulu, tekan kerajaan buat perubahan yang dijanjikan, tapi parti pilih untuk terus kekal. Bila prinsip sendiri tak sama dengan hala tuju parti, memang susah nak terus tinggal. Dia pun kata tak masuk parti lain, tak nak bertanding juga. Nampak macam bukan sebab nak lari ke tempat lain, tapi betul-betul rasa tak sehaluan dah. Bila orang yang dah lama dalam parti pun buat keputusan macam ni, mesti ada benda yang tak kena di dalam. Entah-entah ini cuma permulaan saja, belum tahu siapa lagi akan ikut jejak langkah dia selepas ni.

Pilih semula BN kalau kami gagal kata Saddiq

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup dibuang seandainya PH gagal memenuhi manifesto mereka selepas dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN,” kata Syed Saddiq ketika sesi acara 'Sinar Debat bersama Exco Pemuda UMNO'. Syed Saddiq berkongsi pentas dengan Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin dalam forum anjuran Sinar Harian diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin. Menurut Syed Saddiq, PH perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu. Ujar beliau, rakyat berkuasa untuk membawa perubahan kerana walaupun negara ditadbir oleh BN lebih 60 tahun, parti itu adalah tidak sama seperti dahulu. Menurutnya, PH juga akan membebaskan media dan mana-mana kerajaan ti...

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 25 sen

Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi masing-masing naik 25 sen bagi tempoh 10 September hingga 16 September ini. Kementerian Kewangan (MOF) berkata, harga RON97 ditetapkan pada RM4.50 seliter berbanding RM4.25 sebelum ini, RON95 tanpa subsidi pada harga RM4.02 seliter berbanding RM3.77 dan diesel tanpa subsidi pula ditetapkan pada RM4.92 seliter berbanding RM4.67. Pada masa sama, harga petroleum bersubsidi kekal pada RM1.99 seliter bagi RON95 mengikut BUDI Madani RON95 (BUDI95), manakala RM2.10 seliter bagi diesel berdasarkan program BUDI Madani Diesel (BUDI Diesel). Harga bagi Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) pula masing-masing kekal pada RM2.05 dan RM2.15 seliter.