Skip to main content

Mahathir akui bahawa Anwar suarakan kebimbangan hak Melayu

Mahathir Mohamad mengadakan perbincangan meja bulat bersama Pengerusi-Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN, hari ini. - Foto Asyraf Hamzah
Khamis, 30 Ogos 2018 | 5:03pm 

KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan kebimbangan mengenai kebajikan dan hak orang Melayu pada pertemuannya dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.
“Beliau (Anwar) merasakan kita tidak memberikan perhatian kepada kebajikan orang Melayu,” kata Dr Mahathir, sambil menambah isu-isu mengenai hak turut dibangkitkan.
Semasa ditanya sama ada Anwar ada mengkritik dasar kerajaan, Perdana Menteri mengatakan tidak.
Dr Mahathir berkata, Anwar hanya “membuat sedikit kenyataan mengenainya.”
Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, turut menafikan khabar angin bahawa Anwar ada menyatakan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil secepat mungkin.
“Beliau tidak mengatakan apa-apa mengenai bertanding. Beliau hanya datang dan berjumpa saya, dan kami mengadakan sedikit perbincangan,” katanya.
Adalah dilaporkan beberapa Ahli Parlimen PKR bersedia menyerahkan kerusi untuk ditandingi oleh pemimpin baharu mereka itu.
Sementara itu, Dr Mahathir berkata beliau tidak mengetahui berita blogger politik, Hishammuddin Rais bahawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak bersetuju melantik Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan.
Wan Azizah, seperti dilaporkan oleh Hishammuddin, dikatakan mahu Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menjadi Menteri Kewangan walaupun tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
“Saya tidak tahu mengenainya. Saya mendengarnya daripada anda,” katanya, sambil menambah beliau akan bertemu dengan Hishammuddin.
Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas majlis makan tengah hari dan perbincangan meja bulat bersama Pengerusi-Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN, hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

Tinggalkan DAP

Tinggalkan DAP Memang tak sangka, bila dengar berita ni. Ong Kian Ming ni dah 14 tahun dalam DAP, lama sangat tu, tiba-tiba keluar mesti ada sebab berat. Dari apa yang dia cakap, isu utama dia tak puas hati keputusan parti kekal dalam kabinet. Dia rasa DAP patut keluar dulu, tekan kerajaan buat perubahan yang dijanjikan, tapi parti pilih untuk terus kekal. Bila prinsip sendiri tak sama dengan hala tuju parti, memang susah nak terus tinggal. Dia pun kata tak masuk parti lain, tak nak bertanding juga. Nampak macam bukan sebab nak lari ke tempat lain, tapi betul-betul rasa tak sehaluan dah. Bila orang yang dah lama dalam parti pun buat keputusan macam ni, mesti ada benda yang tak kena di dalam. Entah-entah ini cuma permulaan saja, belum tahu siapa lagi akan ikut jejak langkah dia selepas ni.

Pilih semula BN kalau kami gagal kata Saddiq

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup dibuang seandainya PH gagal memenuhi manifesto mereka selepas dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN,” kata Syed Saddiq ketika sesi acara 'Sinar Debat bersama Exco Pemuda UMNO'. Syed Saddiq berkongsi pentas dengan Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin dalam forum anjuran Sinar Harian diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin. Menurut Syed Saddiq, PH perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu. Ujar beliau, rakyat berkuasa untuk membawa perubahan kerana walaupun negara ditadbir oleh BN lebih 60 tahun, parti itu adalah tidak sama seperti dahulu. Menurutnya, PH juga akan membebaskan media dan mana-mana kerajaan ti...

RM314 Juta Tidak Diterima Kerajaan, Anthony Loke Patut Dipertanggungjawapkan

Isu penggantungan perkhidmatan MYEG dan Zetrix AI ini bukan sekadar pertikaian komersial biasa tetapi ia satu isu yang melibatkan amanah rakyat dan aliran dana negara. Dua platform ini  diwujudkan untuk memperkemas urusan awam dan mempercepatkan transformasi digital kerajaan justru kegagalan menyerahkan hasil berjumlah RM314 juta amatlah membimbangkan. Jumlah ini bukan kecil dan ia adalah hak rakyat yang sepatutnya digunakan untuk membiayai pelbagai keperluan pembangunan dan kebajikan masyarakat.  Apabila dua entiti ini gagal menunaikan tanggungjawab kewangan mereka rakyat mula mempersoalkan pengawasan dan mekanisme pemantauan yang ada di bawah kementerian berkenaan. Ia menimbulkan keraguan tentang sejauh mana kerajaan memastikan rakan kongsi yang dilantik mematuhi syarat perjanjian. Perkara yang lebih mendesak adalah ke mana perginya wang tersebut dan mengapa kelewatan ini dibiarkan berlaku sehingga ke tahap penggantungan perkhidmatan. Semua ini berlaku di bawah pengawasan m...