Skip to main content

- Klaim Setaraf Mahathir Itu Palsu Rakyat Hidup Semakin Sempit Bukan Maju

 Jangan sesekali cuba menyamakan apa yang pernah dibina oleh Tun Mahathir dengan apa yang kita lihat berlaku pada hari ini. Perbezaannya terlalu jauh sehingga tidak wajar langsung diletakkan dalam satu perbandingan yang sama. Tun Mahathir memerintah bukan sekadar memegang jawatan tetapi beliau membina negara ini dari bawah ke atas. Beliau meletakkan asas yang kukuh dan membangunkan infrastruktur yang menjadi tulang belakang ekonomi kita sehingga ke hari ini. Beliau juga memberi visi yang jelas kepada seluruh rakyat serta berani membuat keputusan yang sukar demi kebaikan jangka panjang negara walaupun keputusan itu mungkin tidak disukai pada ketika itu.


Sebaliknya jika kita melihat kepada keadaan selepas hampir empat tahun pentadbiran sekarang apa yang sebenarnya rakyat dapat? Kos sara hidup semakin membebankan dan harga barang naik tanpa henti. Harga minyak juga naik dan nilai ringgit semakin merudum. Pelabur yang dulu yakin dengan hala tuju negara kini mula ragu-ragu malah ada yang beralih ke tempat lain. Dasar kerajaan pula sering berubah ubah dan janji manis yang diucapkan semasa kempen banyak yang tidak tertunai. Rakyat juga merasakan pemimpin sekarang lebih sibuk menjaga kedudukan politik serta memuaskan hati rakan kongsi gabungan daripada memikirkan nasib rakyat biasa yang semakin terhimpit.

 Apabila sokongan rakyat semakin luntur dan pengaruh parti semakin hilang itu bukan kerana masa yang belum cukup tetapi kerana rakyat tidak nampak hasil yang nyata. Rakyat menilai bukan dari ucapan yang indah tetapi dari perubahan yang berlaku dalam kehidupan harian mereka. Jika setiap hari menjadi semakin sukar untuk menyara hidup maka tiada hujah yang boleh menutup kebenaran itu. Tidak salah untuk memberi masa tetapi salah besar jika kita cuba mendakwa pencapaian sekarang itu setara dengan apa yang pernah dibina oleh Tun Mahathir selama puluhan tahun. Itu bukan sekadar tidak benar tetapi ia satu penghinaan terhadap usaha serta pengorbanan yang pernah dilakukan untuk memajukan negara ini.

Kita harus berani menerima hakikat bahawa pentadbiran sekarang gagal memberi kesejahteraan yang dijanjikan. Setiap kali ada kenaikan harga barang kerajaan sentiasa ada pelbagai alasan seperti faktor luaran atau masalah dunia tetapi apa yang rakyat perlukan bukanlah alasan tetapi penyelesaian yang sebenar. Tun Mahathir juga pernah menghadapi krisis ekonomi dan tekanan dunia tetapi beliau tidak pernah bersembunyi di sebalik alasan sebaliknya beliau mencari jalan keluar dan membuktikan bahawa negara ini boleh terus maju walaupun dalam keadaan yang sukar. Itulah perbezaan antara pemimpin yang membina dengan pemimpin yang sekadar memerintah. Satu meninggalkan legasi yang dibanggakan dan satu lagi meninggalkan rakyat yang semakin tidak yakin dengan masa depan negara.

Comments

Popular posts from this blog

Tinggalkan DAP

Tinggalkan DAP Memang tak sangka, bila dengar berita ni. Ong Kian Ming ni dah 14 tahun dalam DAP, lama sangat tu, tiba-tiba keluar mesti ada sebab berat. Dari apa yang dia cakap, isu utama dia tak puas hati keputusan parti kekal dalam kabinet. Dia rasa DAP patut keluar dulu, tekan kerajaan buat perubahan yang dijanjikan, tapi parti pilih untuk terus kekal. Bila prinsip sendiri tak sama dengan hala tuju parti, memang susah nak terus tinggal. Dia pun kata tak masuk parti lain, tak nak bertanding juga. Nampak macam bukan sebab nak lari ke tempat lain, tapi betul-betul rasa tak sehaluan dah. Bila orang yang dah lama dalam parti pun buat keputusan macam ni, mesti ada benda yang tak kena di dalam. Entah-entah ini cuma permulaan saja, belum tahu siapa lagi akan ikut jejak langkah dia selepas ni.

Pilih semula BN kalau kami gagal kata Saddiq

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup dibuang seandainya PH gagal memenuhi manifesto mereka selepas dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN,” kata Syed Saddiq ketika sesi acara 'Sinar Debat bersama Exco Pemuda UMNO'. Syed Saddiq berkongsi pentas dengan Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin dalam forum anjuran Sinar Harian diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin. Menurut Syed Saddiq, PH perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu. Ujar beliau, rakyat berkuasa untuk membawa perubahan kerana walaupun negara ditadbir oleh BN lebih 60 tahun, parti itu adalah tidak sama seperti dahulu. Menurutnya, PH juga akan membebaskan media dan mana-mana kerajaan ti...

RM314 Juta Tidak Diterima Kerajaan, Anthony Loke Patut Dipertanggungjawapkan

Isu penggantungan perkhidmatan MYEG dan Zetrix AI ini bukan sekadar pertikaian komersial biasa tetapi ia satu isu yang melibatkan amanah rakyat dan aliran dana negara. Dua platform ini  diwujudkan untuk memperkemas urusan awam dan mempercepatkan transformasi digital kerajaan justru kegagalan menyerahkan hasil berjumlah RM314 juta amatlah membimbangkan. Jumlah ini bukan kecil dan ia adalah hak rakyat yang sepatutnya digunakan untuk membiayai pelbagai keperluan pembangunan dan kebajikan masyarakat.  Apabila dua entiti ini gagal menunaikan tanggungjawab kewangan mereka rakyat mula mempersoalkan pengawasan dan mekanisme pemantauan yang ada di bawah kementerian berkenaan. Ia menimbulkan keraguan tentang sejauh mana kerajaan memastikan rakan kongsi yang dilantik mematuhi syarat perjanjian. Perkara yang lebih mendesak adalah ke mana perginya wang tersebut dan mengapa kelewatan ini dibiarkan berlaku sehingga ke tahap penggantungan perkhidmatan. Semua ini berlaku di bawah pengawasan m...