Skip to main content

PH AKUI GAGAL HAPUSKAN PTPTN

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan berkata dia tidak tahu hutang PTPTN sangat besar. Sebab itu janji menghapuskan PTPTN atau sekurang-kurangnya menangguhkan pembayaran semula pinjaman tidak dapat dilaksanakan. 

Alasan ini rakyat tidak boleh terima kerana memang kerajaan BN sebelum PRU14 telahpun membuat kenyataan tentang jumlah hutang PTPTN iaitu sekitar RM42 billion. Tidak timbul cerita Wan Saiful tak tahu tentang jumlah pinjaman PTPTN yang besar tersebut. 

Rafizi sendiri membenarkan jumlah hutang yang ditanggung oleh PTPTN sebanyak RM24 billion dan RM42 billion tersebut termasuk jumlah hutang permohonan baru. Jadi mana cerita yang Wan Saiful tak tahu jumlah hutang PTPTN?

Kenyataan ini adalah kenyataan mengencing rakyat dan satu lagi kegagalan PH menunaikan tanggungjawap

Pengerusi PTPTN mohon maaf gagal tunai janji


Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan, memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana tidak dapat menunaikan janji berkaitan penangguhan bayaran balik pinjaman bagi peminjam bergaji bawah RM4,000 seperti yang diumumkan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).

Wan Saiful yang juga penulis Buku Harapan, berkata agensi itu sudah cuba mencari mekanisme terbaik untuk merealisasikan manifesto PH sebelum ini, namun gagal.

“Saya antara yang terbabit menulis janji Manifesto PH. Saya yang bertanggungjawab dalam hal ini, termasuk janji menangguhkan pembayaran semula oleh peminjam yang berpendapatan bulanan di bawah RM4,000.

“Saya mohon maaf kepada rakyat. Ketika itu (merangka manifesto), saya tidak tahu hutang negara dan PTPTN sangat besar.

“Hutang PTPTN (ketika itu) hampir RM40 bilion, dan jika janji ini diteruskan, hutang PTPTN akan menjadi bebanan besar kepada negara,” katanya.

Beliau membuat pengumuman maaf terbuka itu ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Wilayah Persekutuan 2018, di sini, hari ini.

Wan Saiful menjelaskan pengurusan PTPTN sudah lama berusaha untuk menyelesaikan hutang PTPTN namun tidak berjaya.

“PTPTN sudah lama nak (cuba) menguruskan pinjaman. Di sini, saya ingin menzahirkan kekaguman kepada pengurusan PTPTN kerana kesungguhan menyelesaikan isu ini,” katanya.

Wan Saiful berikrar untuk cuba menepati janji mengurangkan beban peminjam yang berpendapatan bulanan di bawah RM4,000.

Selain itu, beliau menggesa pucuk kepimpinan parti gabungan PH mengadakan mesyuarat meja bulat untuk membincangkan hala tuju janji manifesto parti politik itu.

“Sudah sampai masanya rakan PH dalam kerajaan mengambil keputusan tuntas berhubung janji manifesto.

“Sudah sampai masanya, semua pucuk pimpinan parti duduk berbincang, janji mana boleh dicapai segera, janji mana yang perlu dilihat semula atau dibatalkan sepenuhnya,” katanya.



SOAL JAWAB PTPTN: KITA MAMPU HAPUSKAN PTPTN


Berapakah sebenarnya hutang PTPTN yang perlu ditanggung oleh kerajaan sekiranya pinjaman PTPTN dihapuskan?

Hutangnya adalah RM24.7 bilion. Ini adalah pinjaman yang telah dikeluarkan oleh peminjam-peminjam sehingga kini.

Angka RM43 bilion yang disebut-sebut BN itu adalah jumlah keseluruhan pinjaman yang telah diluluskan. Sebahagian besarnya belum dibayar, ada juga yang membatalkan pinjaman di tengah jalan dan pelbagai perkara lain.


PTPTN tidak meminjam wang dari institusi kewangan berdasarkan pinjaman yang diluluskan. Ia meminjam mengikut keperluan mengeluarkan pinjaman kepada pelajar seperti yang dituntut pelajar.

Oleh itu, jumlah yang perlu ditanggung kerajaan untuk menghapuskan hutang PTPTN ialah RM24.7 bilion, iaitu separuh dari angka RM43 bilion yang disebut-sebut Perdana Menteri.

Bagaimana KEADILAN mahu membayar jumlah RM24.7 bilion ini?

Seperti juga pinjaman rumah yang kita buat, ia melibatkan tempoh masa pembayaran yang panjang. Jumlah RM24.7 bilion ini bukanlah perlu dibayar serta-merta apabila KEADILAN memansuhkan hutang PTPTN.

Jumlah ini akan dibayar mengikut tempoh masa 10 hingga 20 tahun di masa akan datang, seperti mana pinjaman-pinjaman lain yang dibuat kerajaan kini.

Jumlah yang perlu dibayar setiap tahun adalah antara RM2 bilion hingga RM2.5 bilion mengikut anggaran KEADILAN.

Ada banyak cara kerajaan boleh membayar jumlah ini.

Contohnya, kerajaan boleh merangka satu akta yang mensyaratkan mengikut undang-undang bahawa peratusan tertentu dari hasil minyak perlu dimasukkan ke dalam tabung pelaburan pendidikan. Dana ini tidak boleh diganggu dan hanya boleh digunakan untuk pendidikan.

Setiap tahun, sejumlah RM2 bilion boleh diambil dari dana ini untuk membayar tanggungan hutang PTPTN yang diambil alih oleh kerajaan. Jika ini dibuat, dalam tempoh 10 hingga 15 tahun, kita berjaya menghapuskan hutang PTPTN.

Jika kerajaan tidak mahu menyentuh hasil minyak, kerajaan juga ada pilihan untuk melakukan kaedah pembiayaan semula (atau refinancing). Kerajaan boleh menerbitkan bon baru berjumlah RM2 bilion setiap tahun yang akan dibayar dalam tempoh yang lebih panjang, misalnya 20 tahun. Hasil dari bon ini boleh digunakan untuk membayar hutang PTPTN yang diambil alih.

Sebenarnya, pelbagai cara boleh dilakukan untuk menanggung kos menghapuskan hutang PTPTN ini. Malah, jika kerajaan berjimat dan menghentikan ketirisan perbelanjaan yang melebihi RM28 bilion setiap tahun, jumlah RM2 bilion yang perlu dibayar adalah terlalu sedikit.

Bagaimana pula dengan mereka yang telah membayar sebahagian hutang mereka?

Setakat akhir tahun 2011, dianggarkan RM2.8 bilion telah dibayar kembali oleh 651,000 peminjam sejak PTPTN diperkenalkan.

Sebahagian besar peminjam masih belum melunaskan hutang. Prestasi pembayaran balik juga berbeza-beza mengikut peminjam. Ada yang membayar dengan berterusan setiap bulan mengikut kadar yang ditetapkan. Ada yang membayar lebih rendah. Ada juga yang langsung tidak membayar.

Pun begitu, kutipan RM2.8 bilion bermakna secara puratanya 10% dari jumlah pinjaman yang diambil telah dibayar balik.

Ada pelbagai mekanisme yang boleh dipertimbangkan untuk memastikan kebajikan dan keadilan kepada peminjam yang telah membayar hutang mereka.

Contohnya, kadar purata 10% boleh digunakan sebagai kadar minima pembayaran rebat dan ditambah dengan peratusan rebat yang berkadar terus dengan jumlah pembayaran seseorang individu, seperti berikut:

Maslan Ali meminjam RM18,000 dari PTPTN. Setakat ini beliau hanya membayar RM680 kepada PTPTN.

Munir Ali meminjam RM20,000 dari PTPTN. Beliau telah membayar RM2,500 kepada PTPTN.

Mohamad Ali meminjam RM20,000 dari PTPTN dan membayar RM4,800 setakat ini.

Kadar 10% pembayaran (iaitu kadar purata pembayaran) diambil kira sebagai kadar minima menentukan rebat yang dipulangkan kepada peminjam.

Maslan Ali hanya membayar 4% pinjamannya iaitu dibawah kadar purata nasional. Beliau tidak layak mendapat apa-apa pembayaran rebat.

Munir Ali membayar 12.5%. Beliau layak menerima rebat. Jika kadar pembayaran rebat ditetapkan sebagai berkadar terus dengan jumlah pembayaran, maka Munir Ali mendapat (12.5% X RM2,500 = RM312.50) sebagai rebat prestasi pembayaran PTPTN.

Begitu juga dengan Mohamad Ali yang bakal mendapat rebat sebanyak (24% X RM4,800 = RM1,152).

Banyak lagi mekanisme yang boleh diputuskan untuk menjamin kebajikan dan keadilan kepada peminjam yang membayar kepada PTPTN.

Jika kaedah pembayaran rebat seperti di atas digunapakai, maka tanggungan kerajaan untuk membayar rebat tidaklah setinggi seperti yang diwar-warkan. Jika kadar 10% adalah kadar purata pembayaran rebat, maka jumlah wang yang perlu diperuntukkan untuk membayar rebat kepada peminjam yang telah membayar adalah (10% X RM2.8 bilion = RM280 juta) sahaja.

Setelah kita hapuskan PTPTN, bagaimana kita akan membiayai yuran pengajian dan kos pendidikan tinggi rakyat selepas itu?

Masalah pembiayaan pendidikan tinggi rakyat yang meruncing bermula apabila Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Pendidikan memperkenalkan beberapa akta baru dalam tahun 1996 seperti Akta Pendidikan dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996.

Pengenalan akta-akta ini menandakan bermulanya era bila mana tanggungjawab menyediakan tempat dan peluang pendidikan tinggi diserahkan kepada pihak swasta. Tindakan ini telah ditentang pimpinan siswa ketika itu atas kebimbangan ia samalah dengan memperniagakan sektor pendidikan tinggi.

PTPTN kemudiannya ditubuhkan dalam tahun 1997 yang bertujuan untuk menyediakan pembiayaan kepada belanja pendidikan tinggi yang mula melambung dengan penglibatan besar-besaran pihak swasta melalui IPTS.

Oleh kerana kerajaan tidak menyediakan tempat yang mencukupi untuk lepasan sekolah yang layak memasuki universiti, ratusan ribu rakyat pelbagai kaum terpaksa mendaftar ke IPTS yang yurannya lebih mahal.

Oleh itu, kita kena kembali kepada zaman sebelum 1996 iaitu tempat dan peluang untuk melanjutkan pendidikan tinggi kepada lepasan sekolah disediakan oleh kerajaan. Kos dan yurannya lebih rendah kerana tiada unsur “keuntungan” berbanding IPTS. Bila ini berlaku, peranan IPTS akan kembali kepada menyediakan peluang khas yang tidak dapat disediakan oleh IPTA seperti kursus-kursus khas, pengajian baru dan lain-lain.

Sejak tahun 2005, jumlah kemasukan pelajar ke IPTS telah mengatasi IPTA dan jurang ini semakin melebar saban tahun. Contohnya, dalam tahun 2005 nisbah kemasukan pelajar di IPTA:IPTS adalah 310,000 (IPTA) berbanding 337,000 (IPTS). Jurang ini telah meningkat menjadi 372,000 (IPTA) berbanding 466,000 (IPTS) menjelang 2010, mengikut unjuran yang dibuat Kementerian Pendidikan Tinggi sendiri.

Lambakan IPTS dan pergantungan kepada IPTS untuk menyediakan kemudahan pendidikan tinggi menyebabkan bebanan hutang PTPTN juga melambung, kerana yuran IPTS yang lebih mahal dan jumlah pemohon dari IPTS yang naik mendadak.

Jika ini berterusan, kerajaan di masa hadapan tidak mampu menanggung kos pendidikan tinggi.

Sebab itu, langkah pertama adalah mengembalikan peranan kerajaan dalam menyediakan tempat dan peluang melanjutkan pelajaran tinggi seperti sebelum 1996.

KEADILAN percaya jika 10 IPTA baru dibina dalam masa 10 tahun akan datang, 100,000 tempat baru di IPTA dapat disediakan. Ini akan mengurangkan pergantungan kepada IPTS dalam menempatkan pelajar lepasan SPM.

Pembiayaan pelajar di IPTA dibuat melalui 3 cara. Pertama, yurannya memang lebih murah kerana tiada unsur keuntungan tidak seperti IPTS. Kedua, jaminan KEADILAN bahawa melalui konsep pendidikan percuma, yuran dan kemudahan tempat tinggal disediakan kepada pelajar lalu mereka tidak perlu meminjam bagi kedua-dua tujuan ini. Ketiga, subsidi makanan dan lain-lain akan memastikan kos makan dan sara hidup pelajar di kampus tidak tinggi, lalu tidak memerlukan pembiayaan yang tinggi.

Berdasarkan yuran IPTA, subsidi kerajaan dan pembiayaan PTPTN sedia ada, kos purata untuk kursus sarjana muda bagi seorang pelajar setiap tahun adalah RM25,000.

Maka, kiraan awal kos pembiayaan yang perlu ditanggung:

Kos tambahan menyediakan pendidikan percuma bagi 100,000 tempat baru di 10 IPTA baru:

RM25,000 X 100,000 = RM2.5 bilion setiap tahun

Kos tambahan memastikan pendidikan percuma bagi 372,000 pelajar sedia ada di IPTA:

RM5,000 (pinjaman PTPTN biasa yang diberikan kepada pelajar IPTA) X 372,000 = RM1.86 bilion setiap tahun

Kos pembiayaan baki pelajar di IPTS (anggaran berdasarkan pengurangan 30% tempat di IPTS dan hanya 35% dari pelajar IPTS mengambil PTPTN, berdasarkan rekod semasa):

RM25,000 (pinjaman PTPTN biasa yang diberikan kepada pelajar IPTS) X 60,000 = RM1.5 bilion setiap tahun

Maka, jumlah pembiayaan pendidikan tinggi di bawah rancangan yang dipertimbangkan KEADILAN adalah (RM2.5 b + RM1.86 b + RM1.5 B) RM5.86 bilion setiap tahun.

Dalam tahun 2010, PTPTN meluluskan RM6.1 bilion pinjaman kepada peminjam.

Ini bermakna, jumlah yang ditanggung kerajaan kini lebih tinggi berbanding dengan jumlah pembiayaan sekiranya pendidikan percuma diperkenalkan melalui pengwujudan 10 IPTA baru bagi menyediakan 100,000 tempat baru seperti yang dicadangkan KEADILAN.

Walaupun PTPTN dihapuskan, dana pinjaman kepada pelajar yang masih mahu meneruskan pelajaran di IPTS tetap disediakan tetapi jumlah ini lebih kecil berbanding tanggungan RM6 bilion setiap tahun sedia ada.

Tambahan pula, lebih ramai pelajar yang akan menikmati kemudahan pendidikan percuma kerana tempat-tempat di IPTA adalah mencukupi dan keperluan menyediakan pinjaman pelajaran kepada pelajar-pelajar akan berkurangan dengan mendadak.

Semua ini bakal dibiayai dengan kos yang tidak banyak berbeza dengan kos yang dibelanjakan sekarang. Bezanya, wang akan dilaburkan di dalam IPTA baru untuk menyediakan lebih banyak tempat bagi pendidikan tinggi percuma, bukannya disalurkan ke pelbagai IPTS seperti sedia ada.

Comments

Popular posts from this blog

Police Call Up Sarawak Chinese Activist Members For Not Standing For National Anthem

Police Call Up Sarawak Chinese Activist Members For Not Standing For National Anthem Sarawak for Sarawakians (S4S) official spokesman Shaow Tung Leong (The Star) – Police have called up seven members of the Sarawak for Sarawakians (S4S) activist group who did not stand up for the national anthem, as seen in a video clip which has gone viral on social media. State deputy commissioner of police DCP Datuk Dev Kumar said a police report on the incident was lodged on Monday (Sept 30). “Based on the report, we have commenced investigations under Section 8(3) of the National Anthem Act 1968,” he said. Under Section 8, anyone who knowingly shows disrespect to the national anthem in a public place can be fined up to RM100 or jailed not more than one month. S4S spokesman Shaow Tung Leong, who was among those called up by police over the incident, said their action was a “silent protest” against the Federal Government’s “unfair” treatment of Sarawak. “We did not stand up because we feel d...

Perlembagaan benarkan Agong singkir PM, kata peguam

SHAH ALAM: Peguam kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan adalah salah untuk berkata Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa menyingkir Perdana Menteri. Malah, undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan dengan jelasnya menyatakan, “kuasa melantik termasuk kuasa untuk menolak,” kata Mohamed Haniff Khatri Abdulla. “Ada pihak mempersoal kuasa Agong terhadap Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak). Bagi saya, jawapannya ada dalam perlembagaan. “Perkara 40 (2) (a) menyatakan Agong boleh bertindak menurut budi bicara dalam pelantikan Perdana Menteri. Ia tidak menyentuh soal kuasa memecat Perdana Menteri. “Tetapi dalam Seksyen 29 Jadual ke-11, undang-undang bertulis menyatakan bagi individu atau pihak yang diberi kuasa membuat pelantikan ke mana-mana pejabat, kuasa yang sama hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk kuasa untuk membuang kerja atau menggantung individu yang dilantik dan melantik orang lain buat sementara bagi menggantikan indivi...

Penghantaran Helicopter dibeli era BN dihalang, alasan ada penyelwengan

Menteri Pertahanan kitalah iaitu YB  mat Sabu yang mengarahkan agar penyerahan helikopter penyerang MD-530G kepada ATM ditangguhkan atas alasan untuk menyiasat penyelewengan walaupun pesawat yang ditempah telah pun siap. RM301 JUTA SUDAH DIBAYAR HELIKOPTER MD-530G TIDAK DITERIMA Begitulah tajuk pemberitaan FMT yang berterusan  membawa agenda dajal dalam usaha menghasut rakyat dengan fitnah terhadap kerajaan terdahulu serta oleh media utama pro PH yang lain dan turut dikongsi oleh RBA RBA dan barua 3K mereka Dengan status panjangnya 10 perkataan  atau dengan hanya share tajuk seperti yg dilapor FMT kebanyakan mahacai dan RBA sudah faham segala gala,  walau pun kami penyokong UMNO hampir satu jam satu satu artikel dibaca semata mata mahu memahami satu satu isu agar ia tidak bias dalam pemahaman kami selaku rakyat Malaysia. Hamba politik PH serta BARUA BARUANYA bertungkus lumus untuk mengekalkan kuasa politik mereka pada PRU 15 sanggup berbuat apa saja terma...